Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Januari 13, 2013

Himpunan Shamsidar target lari jaaauuuhhh!!!

Semalam pelaburan jangka panjang pihak Yahudi di negara ini nampaknya rugi besar, mereka mengharapkan petanda yang baik datang dari Perhimpunan Shamsidar yang dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS namun segalanya hancur musnah akhirnya apabila target mula kedatangan para penyokong adalah sejuta orang dan sekurang-kurangnya seratus ribu orang tetapi malangnya sebaik selepas perhimpunan selesai dilaporkan cuma lebih 45 ribu orang saja yang hadir memberi sokongan setelah melalui proses kira tolak, campur dan darab.

Pada perhimpunan semalam saja, kita tidak dapat menjangka berapa besar jumlah wang yang digunakan oleh pihak Pakatan DAP, PKR dan PAS untuk menganjurkan perhimpunan tersebut, dari dana asing yang mana satu, adakah IMF, adakah Amerika Syarikat, adakah Israel dan lain-lain lagi yang mahu melihat Malaysia jatuh ke tangan para pengkhianat negara seperti pemimpin gelojoh dan gila kuasa seperti yang ada dalam PR itu.

Tentunya pihak asing yang iri hati dengan kemakmuran Malaysia akan sentiasa sanggup menunaikan kemahuan pihak PR ini dengan syarat mereka tidak berputus asa dari terus menimbulkan keadaan yang huru hara di dalam negara sehingga kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat tumbang dan jatuh ke dalam tangan mereka. Pihak asing pastinya tidak teragak-agak untuk memberi modal awal kepada PR untuk tujuan itu kerana percaya sekiranya Kerajaan BN jatuh maka mereka juga tentu sekali akan dapat habuan yang lebih besar daripada kejayaan PR yang merampas kuasa secara paksa.

Apa-apapun petanda awal dari perhimpunan semalam sudahpun meresah semua pihak di dalam PR mahupun pihak-pihak yang pernah dan telah menaja kerja gila mereka selama ini. Petanda kehancuran pakatan mereka juga sudah semakin jelas dan rakyat sudah semakin ramai yang sedar cara politik yang dibawa oleh oleh Pakatan Pembangkang merupakan politik yang bermutu rendah sekali dan tidak akan mampu membawa negara ini ke arah yang lebih baik malah jika tersilap langkah boleh menjerumus Malaysia ke arah kehancuran.

2 ulasan:

assaad berkata...

Salam. Walaupun apa yang dirancang oleh manusia. Allah mengetahui. Jadi janganlah berbuat yang Allah tidak kehendaki. Berbuat baiklah. Jangan mempergunakan rakyat demi kepentingan agenda buruk mereka , tdak kira BN atau PR.

Biasakanlah Yang Betul dan Betulkanlah Yang Biasa".

Saat Jais
http://saatjais.wordpress.com

Jeffry berkata...

SLM BRO..DIA YG MERANCANG TP TUHAN MAHA KUASAYG TENTUKAN...TUHAN NAK TUNJUK KAT DIA YG USAHA DIA MMG SIA2 SBB NIAT JHT NAK MENJAHANAMKAN RAKYAT..MAJORITI RAKYAT PUN TAK RESTU..YG RENTU CUMA LEMBU2 YG KNE CUCUK HIDUNG JEK KEHKEHKEHKEH

Arkib Blog