Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Februari 18, 2012

Sabah akan hilang identiti jika berterusan meniru kebudayaan rakyat Sarawak

Ini menunjukkan pakaian tradisional rasmi masyarakat kaum Iban iaitu kaum terbesar di Bumi Kenyalang dan juga kaum Orang Ulu dari suku etnik Kayan & Kenyah di Sarawak yang telah diwarisi mereka sejak turun temurun daripada generasi terdahulu dan ianya hanya akan dipakai sewaktu mereka meraikan majlis tertentu yang diiringi dengan muzik sape serta tarian.


Ini pula merupakan tarian serta pakaian tradisional masyarakat terbesar di Sabah dari kaum Kadazan Dusun. Kesenian ini juga telah diwarisi oleh mereka daripada nenek moyang yang terdahulu. Pakaian atau costum yang digunakan jelas jauh berbeza dengan pakaian yang diwarisi oleh kaum Dayak di Sarawak.
 Tindakan kurang bijak pihak-pihak tertentu di Sabah yang terus mempromosi pakaian tradisional yang menyerupai dan juga betul-betul mirip seperti pakaian tradisional masyarakat Dayak dan juga Orang Ulu di Sarawak sebagai hak milik warisan budaya Sabah adalah suatu perkara yang sangat dikesali.

Andai ada yang pernah berkunjung ke Sabah terutamanya sejak tahun 2009 sehingga kini tentu anda akan mula perasan bahawa ada sesuatu yang tidak kena sebaik saja anda tiba di pintu masuk negeri Sabah apabila disambut oleh para penyambut tetamu yang berpakaian tidak mencerminkan budaya Sabah tetapi sebaliknya memakai pakaian tradisional yang biasa dipakai oleh masyarakat pribumi di Sarawak.

Dengan hiasan bulu burung ruai di kepala yang melambangkan kepahlawanan kaum Dayak di Bumi Kenyalang, penyambut tetamu terutama di pintu masuk seperti di lapangan-lapangan terbang utama di Sabah mahupun ketika berlangsungnya sesuatu program anjuran pihak tertentu di negeri berkenaan, mereka begitu bersahaja bergaya dengan pakaian tradisional yang sememangnya bukanpun diwarisi dari generasi sebelum mereka.

Bagi saya pula, Sabah yang terbukti mempunyai begitu banyak sumber-sumber pelancongan di mana ada di antaranya belum lagi diterokai dan diusahakan sepenuhnya oleh pihak kerajaan ataupun swasta adalah menjadi satu perkara yang amat pelik apabila mereka terpaksa menceduk budaya dari negeri lain demi untuk menarik minat pelancong luar agar terus berkunjung ke negeri Sabah.

Sebelum perkara ini berlarutan tanpa sebarang tindakan daripada pihak berwajib di Sarawak, adalah lebih baik bagi saya menyeru kepada menteri yang bertanggungjawab tentang kebudayaan dan juga pelancongan di Sabah iaitu Datuk Seri Masidi Manjun agar mengambil perhatian serius tentang hal sebegini kerana jika ianya dibiarkan saja dan tidak ditangani dalam semangat kejiranan pasti akan mendatangkan banyak kesulitan kepada kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak pada masa hadapan terutamanya dalam isu budaya.

Demi kebaikan bersama, seruan saya kepada mereka yang berkenaan di Sabah, cukuplah. Harap di masa-masa yang akan datang, Sabah harus menampilkan budaya tradisional yang unik rakyatnya sendiri tanpa perlu meniru atau mengambil elemen budaya rakyat Sarawak semata-mata untuk meningkatkan lagi industri pelancongan di negeri Sabah.

Masyarakat di Sabah seperti kaum Kadazan, Bajau, Rungus dan sebagainya tentu memiliki pakaian atau budaya tradisi mereka masing-masing maka gunakanlah ia supaya menjadi aset penting bagi industri pelancongan negeri di samping untuk memperkenalkan terus Sabah kepada pelancong seluruh dunia.

2 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..BTOL TU BRO. KITA PATUT BERBANGGA DENGAN CARA DAN TRADISI KITA SENDIRI. TAK PERLU NK CIPLAK IDENTITI ORG LAIN. IDENTITI MELAMBANGKAN BANGSA

hilbert berkata...

Ye salam bro, slmt kembali..

teguran tidak salah bagi pihak tertentu di Sabah. Baik untuk mereka baik untuk semua rakyat Malaysia.

Mereka juga perlu bertegas dalam menjaga hak mereka dan mereka juga perlu menghormati hak budaya rakyat negeri lain.

Arkib Blog