Saya rasa anda semua tahu bahawa burung walit yang terkenal kerana nilai komersil sarangnya dipasaran antarabangsa sebelum ini yang begitu banyak terdapat di negara Indonesia sehinggakan rumah atau bangunan tinggi yang dibina khas tempat burung berkenaan membuat sarang begitu mudah untuk kita temui kelihatan disepanjang jalan baik di kampung mahupun berdekatan dengan kawasan bandar di negara tersebut namun atas sebab yang tidak diketahui, burung walit kini sudah semakin banyak terbang berhijrah ke sebelah Malaysia terutamanya di Sarawak, Brunei dan di Sabah.
Di Sarawak saja pembinaan rumah atau bangunan-bangunan tinggi yang menyerupai bangunan premis perniagaan sudah boleh dilihat berdiri dengan megahnya di sepanjang laluan jalanraya di kampung-kampung dan juga di bandar dalam negeri ini. Rumah atau bangunan yang didirikan lengkap dipasang dengan cakera ataupun disc player yang berfungsi sebagai daya tarikan kepada burung walit ini untuk datang dan masuk ke dalam rumah berkenaan apabila lagu berupa bunyi burung tersebut dimainkan melalui pembesar suara khas.
Itu sedikit kisah penghijrahan burung walit. Saya tidak kisah samada ianya mahu berhijrah ke mana biarkan saja sebab itu semua kuasa alam dan setiap haiwan pasti mempunyai sebab yang tersendiri mengapa mereka mesti berhijrah dan kita pasti tidak akan tahu apa jawapannya secara tepat walaupun kajian demi kajian terus dilakukan.
Berbalik kepada tajuk artikel seperti yang di atas, sebenarnya saya kurang faham apakah kesanya terhadap semangat patriotik kepada negara sekiranya hasrat pemain muda kebanggaan kita iaitu Mohd Safee Mohd Sali yang mahu berhijrah ke Indonesia dan bermain dengan kelab Perkib Bandung akan menjadi nyata.
Semua orang tahu bahawa bergiat didalam bidang sukan juga adalah salah satu daripada cara untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang setiap individu kepada negara iaitu di negara mana yang mereka menjadi warganya apabila mereka terlibat mewakili pasukan kebangsaan negara masing-masing ke temasya sukan antarabangsa.
Tetapi kita tidaklah bertujuan untuk menentang hasrat Mohd Safee hendak berhijrah bagi meningkatkan lagi corak permainan beliau, namun kalau iyapun dia harus melihat kepada banyak perkara yang lain seperti soal maruah negara kita, soal penyokong sukan bolasepak tanahair, soal harapan seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat negara ini kembali menjadi sebahagian daripada kuasa bolasepak Asia bersama beberapa negara Asia yang lain sebelum memenuhi kehendak pihak yang ada di Indonesia.
Sebelum ini lagi negara kita sentiasa menjadi sasaran maki hamun, fitnah serta bermacam-macam jenis propaganda oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Indonesia sehingga menyebabkan hubungan antara rakyat sesama rakyat dan juga hubungan antara kerajaan sesama kerajaan seringkali terganggu dan ini harus juga di ambilkira dalam membuat sebarang keputusan.
Apa yang sangat penting ialah sebagai rakyat, kita harus utamakan tentang maruah dan kedaulatan negara kita, jangan biarkan rakyat negara asing sesuka hati mereka untuk mencabul kedaulatan serta mencemar maruah dan nama baik negara kita. Saya bimbang sekiranya suatu hari nanti apabila timbulnya perkara yang tak terduga seperti contohnya Mohd Safee tidak menghabiskan kontrak sepertimana yang telah ditandatangani, gaji beliau sebagai pemain profesional disana dibekukan atas alasan yang bermacam-macam dan sebagainya lagi, bukankah itu semua nanti boleh mencetuskan semula keadaan yang panas di sebelah pihak Indonesia yang pastinya menyakitkan hati kita semua sebagai rakyat Malaysia.
Saya harap Mohd Safee pertimbangkanlah keputusan sebaik mungkin, pilihlah kelab-kelab bolasepak dari negara lain yang nyata lebih bagus mutu permainan serta pengurusan mereka dan apa yang mustahak ialah negara berkenaan tidak pernah ada niat untuk bermusuh dengan Malaysia.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Januari 10, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
6 ulasan:
Gaji ditawarkan mahal. kos hidup pula murah.
nak tambah kata2 pemikir, kt sana safee sali senang bersembang dgn rkn2 & jurulatih. dorang boleh sembang2 guna bahasa jawa...hahaha, akupun wong jowo jugak tp benci banget karo wong indon sing goblok. harap safee sali pikir balik, jgn menyesal kemudian....
Semangat cintakan negara yang ada pada safee sali tak boleh kita persoalkan..beliau mahu berhijrah ke luar untuk menambahkan skill permainan beliau..dan akhirnya beliau akan memberi sumbangan kepada negara..bola sepak Indon jauh lebih baik dari kita..biarlah pemain kita mengorak langkah sebegini,demi kemajuan bola sepak tanah air..kita sokong mereka sentiasa.
Bola ada bermacam-macam daya. Ini termasuklah daya tarikan dan mampu merapatkan jurang perbedaan agama-sosio-ekonomi.
Oleh itu penyertaan mana-mana pemain dalam kelab asing pastinya akan mengeratkan lagi hubungan antara negara asing berkenaan dan negara asal pemain tetapi bukan sebaliknya.
Mana-mana pemain yang bermain untuk kelab asing tidak akan mengurangkan kerinduan, kecintaan dan kebanggaan terhadap negara asal.
Lagi pun prestasi baik dalam sukan bukanlah dapat dipertahankan untuk satu tempoh yang lama, oleh itu ia perlu dipergunakan sebijak mungkin sama ada untuk diri atau untuk sesiapa jua (termasuk negara).
Sahabat aku di Indonsia berkata 'tawaran untuk si Sgafee lumayan pak, kok ngak silap RM50000 sebulan tidak termasuk bonus lain nya.
waduh... pergi aje , jangan lepas peluang sebab belum pasti jika ke Korea atau Jepang dapat tawaran yang sama..
Pemikir : Saya fikir kalau hanya kerana soal itu adalah lebih baik Safee berfikir dua kali, belum pasti pihak sana boleh membayar gaji dalam jumlah agak besar, lihat saja kepada masyarakat disana yang berduyun-duyun datang mencari nafkah di negara kita.
Usin : saya agak setuju juga dengan anda..
Rizal World : saya tak persoalkan semangat kenegaraan yang ada pada Safee tetapi saya melihat kepada perkara yang lain sebelum ini, sekarang dan pada masa yang akan datang.
Dahulu Malaysia sering menjadi cemuhan pihak sana hanya kerana isu-isu yang remeh temeh tetapi andainya berlaku sesuatu perkara yang kita tidak jangka sepanjang Safee mengikat kontrak dengan kelab Indon..tahukah kita apa yang harus kita rakyat Malaysia akan hadapi kelak ?
Zalram Siber : Tujuan sukan diadakan memanglah untuk perkara yang sedemikian tetapi apakah kita lupa bahawa baru saja berlalu Piala Suzuki AFF2010 di Jakarta Indonesia..bagaimana layanan yang pasukan serta rombongan bolasepak negara terima daripada pihak sana?
Amnitpg : harap Safee akan mempertimbangkan semula keinginan beliau untuk ke sana..apa kurangnya kelab2 yang ada di negara kita dan apa kelebihannya kelab2 bolasepak di Indonesia sana..sama saja lebih kurang..
Catat Ulasan