Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Januari 09, 2011

Apakah kedudukan Wanita Pertama sesebuah negara setaraf Menteri ?

Perkataan ini biasa kita dengar "tempat isteri adalah disisi suami" tetapi apakah perkataan ini sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan pada zaman ini ?

Bagi saya, apabila seseorang itu yang mempunyai kedudukan istimewa dalam sesebuah negara iaitu yang digelar sebagai Wanita Pertama atau First Lady apabila suami mereka diangkat sebagai pemimpin nombor satu negara-negara yang tertentu maka secara langsungnya wanita berkenaan adalah satu contoh yang terbaik kepada wanita-wanita lain dalam negara yang sama.

Saya selalu ingat kepada bekas Wanita Pertama ke-4 Negara dulu iaitu YABhg Tun Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali dimana beliau sentiasa saja berada disisi suaminya YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu di sepanjang karier Tun Dr Mahathir sebagai teraju kepada kepimpinan negara pada waktu itu.

Tun Dr Siti Hasmah kalau tak silap saya tidak pernah keluar negara melainkan beliau akan berbuat demikian hanya untuk menemani Tun Dr Mahathir dan di negara mana tempat lawatan yang Perdana Menteri lakukan maka disitulah tempat Tun Dr Siti Hasmah memenuhi program sampingan secara berasingan selaku Wanita Pertama yang menyertai lawatan suaminya.

Saya bukannya apa, cuma apabila saya merasakan kita di Malaysia sekarang ini sudah ada seorang Perdana Menteri yang sangat bagus dan berwibawa selepas YABhg Tun Dr Mahathir bersara seperti YAB DatukSeri Mohd Najib Tun Razak ini maka semua pihak haruslah berusaha memastikan agar tidak sebarang unsur-unsur yang boleh menjadi penyebab untuk melemahkan kepimpinan Perdana Menteri.

Sebagai rakyat biasa, kita juga tentunya punya rasa yang mungkin lebih tinggi seperti orang lain yang mahu melihat pentadbiran Datuk Seri Najib yang mantap akan terus bertambah kukuh dan kuat demi kemajuan negara serta kemakmuran rakyat tanpa ada sebarang perkara atau kesilapan dilakukan yang akhirnya hanya akan merugikan kita sendiri.

Tambahan pula kita tidak mahu sebarang fitnah akan melanda kerajaan terutamanya para pemimpin atasan kita. Pemimpin sendiri harus sedar bahawa bukan mudah untuk mereka membersihkan kembali nama baik mereka apabila sudah terpalit dengan bermacam-macam fitnah oleh pihak Pakatan Haram Pembangkang dan apa lagi sekiranya fitnah yang dilemparkan membabitkan soal maruah serta moral.

Melihat kepada lawatan 10 hari ke 3 negara oleh Datin Sri Rosmah , apakah lawatan berkenaan yang sepatutnya hanya boleh dilakukan oleh seorang Menteri yang dilantik oleh kerajaan tetapi kini seolah-olah telah diambilalih pula peranannya oleh seorang yang bukan sebagai anggota pentadbiran negara, jadi apakah apakah alasan dan penjelasan yang harus kita mahu daripada pihak kerajaan ?

Dimanakah kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dalam menunaikan tanggungjawab mereka ? Kenapa Menteri ini hanya duduk di belakang Wanita Pertama Negara dan kenapa juga Wanita Pertama seakan-akan mendahului menteri dalam menangani isu masyarakat ? Kenapa seringkali peranan beliau selaku seorang Menteri yang di pertanggungjawabkan dengan bidangkuasa yang telah ditetapkan nampak sangat tidak berfungsi dengan baik ?

Janganlah buat rakyat keliru dengan semua ini ! Menteri diberi gaji untuk tugas yang harus mereka laksanakan dan bukannya mengagih-agihkan tugas kepada pihak yang tidak sepatutnya !

6 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

saya setuju pandangan bro dlm isu ini.


pokok pangkalnya adakah boleh berdasarkan undang2 isteri PM melakukan lawatan ke luar negara dan dijadikan lawatan rasmi pula ?

sekejap tadi buletin pagi ada menyiarkan berita rosmah di arab saudi.


saya akan siarkan perkara ini dengan niat untuk memohon penjelasan siapa yang mampu menjelaskan perkara ini sebelum ia boleh menjadi barah yang membunuh.


salam.

Double Y berkata...

Kalau kalah PRU akan datang. percaya aku cakap Rosmah sedikit sebanyak puncanya.

Tindak tanduknya yang kadang kala melebihi PM sendiri boleh menimbulkan perasaan meluat di mata rakyat.

hangkedee berkata...

Akan Datang .Pak Lah jatuh kerana menantu ,Tok Jib kerna menteri Rosmah

akmy berkata...

Memang benar inilah barah yang sedang merebak dalam pemerintahan DS Najib. Siapakah yang berani melangkahi isteri PM masa ini? Cara yang mudah untuk hidup dalam UMNO kini ialah membuat apa yang disukai oleh isteri PM. Mudah-mudahan tidak akan jadi seperti PRU12 kerana semua calon mesti diperkenan oleh menantu. Bukan setakat rakyat sahaja yang meluat, ahli UMNO sendiri menjadi tawar hati.

matrengganu berkata...

Sokong komen2 yang di kemukakan.
Sebaik2nya di selitkan beberapa acara untuk isteri PM semasa lawatan resmi PM kemana2 tempat. Tak perlu buat lawatan persendirian samada resmi atau tak resmi. Atas dasar apa lawatan sebegitu di buat ???

Timbul masalah ada lah. Jangan terlebih sudu dari kuah, kakak ooi !

hilbert berkata...

Iya, terima kasih Panglima..
kita harap kerajaan DS Najib peka tentang perkara ini..jangan diulang-ulang lagi kesilapan lalu.

DY, tindakan seperti itu pasti akan mempengaruhi keputusan rakyat kelak..lihatlah pada pru-13 nanti..

Hankedee, mungkin juga ;-)

Akmy, agak-agaknya begitulah...mungkin istilah queen control boleh diguna ;)

Matterengganu, terima kasih atas sokongan dan komen,,

Arkib Blog