Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Januari 10, 2011

DS Ismail Sabri gagal kawal kenaikan harga bawang merah !

Dalam kabinet Datuk Seri Najib, ada dua orang menterinya yang agak kurang berjaya dari segi KPI mereka. Itu adalah pendapat saya. Mereka berdua ni seakan sama saja, suka bagi amaran saja tapi kalau orang tak ikut juga mulalah nak salahkan pihak lain. Ini juga adalah pandangan saya cuma dan kalau tak tepat sila perbetulkan.

Kalau biasanya Menteri Keselamatan Dalam Negeri atau ringkasnya KDN YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein lebih suka memberi amaran demi amaran kepada pihak-pihak yang cuba, telah dan akan membuat kacau bertujuan mengganggu ketenteraman awam tetapi kalau semua amaran yang beliau tidak diendahkan oleh mereka yang suka buat kacau-bilau itu maka tindakan yang diambil DS Hisham hanyalah berdiam diri saja 'tunggu dan lihat' itu saja.

Dan begitu juga halnya dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang suka sangat bagi amaran demi amaran kepada para peniaga khususnya supaya jangan sesuka hati menaikan harga barangan keperluan asas dan sebagainya kepada pengguna namun apa yang terjadi disebaliknya ialah harga berbagai-bagai jenis barangan termasuklah bawang merah kerapkali mengalami kenaikan harga.

Di Sarawak saja harga gula, teh, kopi, minyak masak dan lain-lain lagi semua sudah naik. Bulan lepas saya turun ke sebuah Supermarket beli bawang merah dan harga sekilo sudah naik kepada RM9.50 dan pada hari ini harga bawang merah telah dinaik lagi sebanyak RM4 menjadikannya RM13.50 mungkin diseluruh bandar dalam Sarawak.

Kenaikan harga seliter petrol serta diesel benar-benar telah membebankan dan ditambah lagi dengan kenaikan harga barang keperluan lainnya seperti beras dan banyak lagi akan terus menjejas ekonomi keluarga yang sebelum ini biasa dengan harga yang lama berpatutan dengan gaji yang mereka terima tetapi semua itu sudah jauh berbeza apabila gaji begitu payah untuk naik tetapi harga barangan pulak yang terus menerus saja naik...Huh!!!

Jadi apa lagi yang mampu kita nak bagitau dengan menteri yang bertanggungjawab dalam isu kenaikan harga barang ini ? Kita mohonlah agar YB Datuk Seri Ismail Sabri bantu kami rakyat, pantau segera kedai-kedai yang menaikan harga barang sesuka hati mereka, dahulukan kebajikan rakyat...kami tak mampu lagi bertahan dengan harga barang yang tiap kali melambung harganya sedangkan gaji kami dalam 2 tahun pun amat sukar untuk dinaikan...

Kepada menteri ini..janganlah selalu sangat bagi amaran kepada peniaga..bertindaklah mengikut bidang tugas yang ada supaya rakyat tidak terus menderita dan janganlah simpan idea untuk suruh rakyat tanam bawang putih sendiri di rumah tapi carilah jalan bagaimana cara untuk menahan kenaikan harga barang dari terus berlaku...

1 ulasan:

hisham berkata...

susah sangat ke nak selesai kes harga bawang ni...
bagi aku senang jer.....
bawang merah tu datang dari INDIA(bukan keling ye)...
buat apa lantik samy veloo jadi wakil khas malaysia ke INDIA kalau dia tak bolih tolong tengok2kan dimana bolih dapat bawang murah di INDIA sana.
sedara mara puak2 keling ni kan ramai dinegara ASAL...ULANG SEKALI LAGI...INDIA NEGARA ASAL KELING2 yang ada kat malaysia ni.
mereka bolih suruh sedara mereka tanam bawang banyak2 dan hantar kemari...
tak tau la pula bangsa keling yang di india sana hidup merempat tak ada tanah dan papa kedana bukan macam keling2 yang hidup mewah disini.
kalau di india sana lebih bagus...dah tentu ramai mereka pakat pindah balik kesana...tempat asal usul keturunan mereka.

Arkib Blog