Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Disember 23, 2010

4 atlet Bumi Kenyalang terima insentif daripada kerajaan Sarawak.

KUCHING 22 Dis: Kerajaan negeri memberikan insentif berjumlah RM160,000 kepada empat atlet Sarawak yang mengharumkan nama negara dan negeri pada temasya Sukan Komanwel di New Delhi 2010, semalam.

Mereka terdiri daripada atlet terjun Pandelela Renong dan Brian Nickson Lomas, atlet menembak Bibiana Ng serta atlet berbasikal, Josiah Ng Onn Lam.

Pandelela yang memperolehi satu pingat emas dalam acara 10 meter platform dan satu perak dalam acara tiga meter papan anjal serentak, serta Bibiana Ng yang meraih satu pingat emas dan satu gangsa, masing-masing menerima insentif sebanyak RM50,000.

Josiah Ng yang memenangi satu pingat emas dalam acara keirin, satu perak dalam acara satu kilometer ujian masa dan satu gangsa dalam acara sprint berpasukan pula menerima insentif sebanyak RM45,000, manakala Brian yang memperolehi dua pingat gangsa masing-masing dalam acara 10 meter platform dan tiga meter papan anjal serentak menerima insentif sebanyak RM15,000.

Hadir menyampaikan insentif tersebut kepada para penerima ialah Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Dato Sri Wlliam Mawan Ikom.

Pada sukan Komanwel 2010 yang berlangsung dari 3 hingga 14 Oktober lepas di New Delhi India seramai sembilan atlet Sarawak telah terpilih mewakili negara bagi acara akuatik berbasikal, hoki wanita, menembak dan skuasy.

Mawan, pada sidang media sempena majlis tersebut berkata, kerajaan negeri memandang serius usaha untuk membangunkan bidang sukan melalui Pelan Induk Pembangunan Sukan Negeri.

"Kita amat menghargai sumbangan para atlet kita, dan mereka yang berjaya ini sewajarnya diiktiraf dan akan menjadi model kepada generasi-generasi akan datang," katanya. - Utusan Borneo

Ulasan Anak Merdeka,
Tahniah dan syabas buat keempat-empat atlet muda ini atas penghargaan yang telah diberikan oleh kerajaan Sarawak terhadap mereka semua.

Memang wajar sangatlah sumbangan para atlet kita diberi perhatian sedemikian rupa kerana walaupun ada diantara mereka yang turut terpilih menyertai kontinjen negara kemana-mana temasya sukan sekalipun di negara lain ada yang gagal tetapi apa yang lebih penting ialah semangat mereka dan kerajaan patut melihat kepada matlamat para atlet sendiri selain matlamat negara iaitu apabila mereka bertarung bermakna mereka menyimpan satu azam hanya untuk menang bagi menaik dan mengharumkan nama negara disamping memberi kebanggaan kepada Sarawak juga.

Para atlet ini apabila mereka keluar negara, mereka membawa bersama satu semangat yang terpuji iaitu untuk mencipta nama yang besar, nama yang gagah dan harum untuk Malaysia tidak seperti Anwar Ibrahim serta kekawan dia dari Hindraf yang apabila mereka keluar negara mereka akan mencaci, menghina, memburuk-buruk serta mencemarkan nama baik negara sendiri kepada rakyat negara luar.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Perjuangan...Harap dapat dilink blog KL BOYZ disini...Terima Kasih..
http://klboyzwangsa.blogspot.com

Arkib Blog