Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Disember 23, 2010

Ayahku kahwin lagi - L. Ramli

Ayahku kahwin lagi
Dengan si dara jelita
Riang agar hatinya
Mendapat isteri yang muda...

Tapiku sedih sekali
Mengenang ibu yang ku kasehi
Tempat ibu sukar diganti
Tapi ayah kahwin lagi...

Chorus: Kiniku membawa diri
             Tempat bermanja jauh sekali
             Ibu sudah dahulu pergi
             Tapi ayah kahwin lagi
             Ayah kahwin lagi...

Mengapa muda remaja
Ayah pinangkan si dia
Anak ayah tak terjaga
Rumahtangga porakpranda
Ayah kahwin lagi...

Setiap hujung tahun pasti ramai yang akan melangsungkan majlis perkahwinan masing-masing tak kira yang muda atau yang tua dan juga tak kiralah usia pasangan masing-masing tu bezanya berapa kerana apa yang penting ialah persefahaman bersama...

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada mereka semoga ikatan jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat...

2 ulasan:

IBM berkata...

Salam, dan salam perjuangan. Melawat bolg tuan yg canggih ni. Saya suka lagu L.Ramli, mengimbau era 60an. Saya mohon linkkan blog saya ke blog tuan ini. Terima kasih....ibm-akusayangumno.blogspot.com

hilbert berkata...

Salam brader,

canggih? he he.. tak de la bro..

ok sy dah linkkan..

Arkib Blog