Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Disember 24, 2010

Logo 1Malaysia: Kerajaan Pakatan di Selangor amal sistem Komunis !

Jika sebelum ini Pakatan Beruk yang dibarisi oleh tiga buah parti yang masing-masing dengan ideologi karut mereka sering mendendangkan kepada umum bahawa merekalah kononnya pejuang demokrasi dan lebih hebat lagi mahu demokrasi sepenuhnya diamalkan dalam sistem pemerintahan negara walau dimana-mana tempat sekalipun maknanya kebebasan penuh harus diberikan kepada seluruh rakyat.

Tetapi sebenarnya apa yang kini berlaku adalah sebaliknya. Sebelum ini di Kedah, sebuah negeri yang ditadbir ditadbir Pakatan Beruk dan diterajui oleh PAS telah menghalang iaitu tidak membenarkan sama sekali pengamal media untuk membuat sebarang liputan pada pembentangan Bajet 2011 Kerajaan Negeri Kedah yang telah disempurnakan oleh KDYMM Paduka Seri Sultan Kedah Darul Aman Sultan Abdul Halim.

Kehadiran pihak media pada majlis pembentangan Bajet 2011 itu yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri Kedah itu telah disekat dan mereka yang berusaha untuk menyusup masuk telah dihalau bagai menghalau haiwan-haiwan yang liar yang cuba memasuki kawasan kebun tanaman. Perkara seperti ini tidak pernahpun dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional ketika memerintah negeri Kedah suatu ketika dulu malah pihak media telah diberi tempat untuk mereka membuat liputan.

Terbaru di negeri Selangor Darul Ehsan, kejadian yang jelas menunjukkan betapa kejamnya amalan yang mula cuba untuk dipraktik oleh kerajaan Pakatan Beruk yang diketuai oleh PKR apabila mereka telah mula mengarahkan rakyat negeri berkenaan supaya tidak memasang sebarang tanda logo 1Malaysia di premis masing -masing tanpa sebarang alasan.

Apa yang telah dilakukan pihak Pakatan Beruk ke atas sebuah Restoran 1 Seven Eleven di Selangor telah membuktikan bahawa laungan mereka selama ini berkenaan dengan sistem demokrasi cuma terletak dihujung lidah mereka semata-mata dan akan hilang bersama janji-janji kosong baru yang sangat mustahil untuk mereka tunaikan.

Tanpa rakyat sedar dan mampu melihat dari bentuk tindakan yang telah pihak Pakatan Beruk ini ambil ke atas rakyat di negeri-negeri yang telah mereka kuasai ialah cara pemerintahan komunis yang diamalkan dalam sistem pemerintaha kerajaan China kini sudah mulai diterapkan dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pakatan Beruk ini.

Asal kita tau saja bagaimana sengsaranya hidup rakyat Negara China untuk hidup bebas seperti rakyat negara lain tanpa kongkongan daripada pemerintah mereka sudah pasti akan sedar betapa bertuahnya kita lahir dan hidup di dalam negara seperti Malaysia ini. Di Negara China rakyat amat sukar untuk memiliki kenderaan persendirian seperti kereta dan sebagainya walaupun mereka mampu kerana dasar kerajaan negara komunis itu untuk tidak membenarkan rakyatnya mempunyai kelebihan dalam bentuk apapun harta benda sehingga kelihatan melebihi harta yang dimiliki oleh pegawai kerajaan.

Nyata kini bahawa kerajaan di Selangor sudah mulai mengorak langkah untuk menuju kepada cara pemerintahan ala Komunis apabila terus menjadikan rakyat sebagai mangsa kepada kerja gila seperti itu supaya semua rakyat mengikut arah telunjuk mereka tanpa bebas untuk melakukan urusan kerja sebagaimana sewaktu BN memerintah Selangor dulu.

Tiada ulasan:

Arkib Blog