
Lihat saja di Singapura iaitu sebuah Pulau yang asal-usulnya memang hak milik kaum Melayu tetapi malangnya telah terlepas dari kekuasaan orang Melayu kerana sebab-sebab yang tertentu, maka sudah pasti kita dapat melihat bagaimana nasib yang telah menimpa orang-orang Melayu disana. Bagaimana layanan yang diberikan oleh Kerajaan Singapura terhadap mereka.
Soal memijak ini sememangnya adalah satu budaya dalam masyarakat DAP. Kita boleh melihat apa yang sedang berlaku di negeri Selangor, Menteri Besarnya orang Melayu tetapi semua kelulusan sesuatu perkara itu hanya akan berlaku setelah ditapis serta mendapat keizinan daripada DAP.
Begitu juga dengan apa yang telah berlaku selama 11 bulan di negeri Perak suatu ketika dulu, Menteri Besarnya juga orang Melayu tetapi segala keputusan berada didalam tangan DAP. Ini juga merupakan tindakan yang berunsur kepada perbuatan memijak kepala. Namun rakyat serta negeri Perak bernasib baik kerana dapat diselamatkan oleh Barisan Nasional lebih awal sebelum terus tenggelam bersama dengan segala penyelewengan.
Di Pulau Pinang jelas ketara bahawa kaum Melayu disana mula merasa tertindas dan semakin terpinggir. Dan semua ini terjadi berpunca daripada dasar yang diperjuangkan oleh DAP iaitu "Malaysian Malaysia" kononnya memperjuangkan kesaksamaan hak dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia tanpa mengira latar belakang mereka dan hasilnya nanti kita akan dapat melihat keadaan dimana 'yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus miskin' dan begitulah juga "kaum yang kaya akan terus mewah dan kaum yang miskin akan terus hidup dalam kemiskinan."
Jadi apabila pagi tadi saya membelek-belek akhbar berbahasa Cina iaitu Sin Hew Daily News, melihat satu gambar yang terpamer dimuka hadapan akhbar tersebut dan setelah itu saya melayari pula internet lalu klik masuk ke blog Gerakan Anti PKR(GAP), saya juga melihat gambar yang sama dimana menunjukkan bagaimana aksi Lim Kit Siang serta anaknya Lim Guan Eng berjalan sambil memijak gambar tiga ADUN Bebas yang dulunya adalah sebahagian daripada Pakatan Pembangkang dan setelah melihat keadaan seperti itu menjadikan saya tidak merasa terkejut kerana saya berpendapat bahawa itulah sebahagian daripada gambaran yang menggambarkan watak dan matlamat DAP sebenarnya cuma mereka berselindung disebalik gelaran sebagai Yang Berhormat iaitu satu gelaran yang mengaburi pemikiran rakyat.