Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, November 27, 2009

Datuk Dr. Hassan Ali bekas Timb. Ketua Pengarah Biro Tata Negara

Hari Ini Dalam Sejarah : Selain YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah terlibat secara langsung didalam segala bentuk aktiviti serta program dibawah Biro Tata Negara(BTN), YB Datuk Dr. Hassan Ali yang juga merupakan salah seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor adalah merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Biro Tata Negara yang kini telah "diharamkan" oleh Kerajaan Negeri Selangor atas alasan ianya mempunyai unsur-unsur perkauman yang ditakuti kononnya kelak akan memecahbelahkan perpaduan rakyat di negara ini.

hmmmm....takkanlah YB Datuk Dr. Hassan Ali tidak tahu akan perkara ini. Anwar pun juga. Ketika YB Datuk Dr. Hassan menjadi Timbalan Ketua Pengarah Biro itu dulu berapa banyak kali kah dia berjaya memecahbelahkan perpaduan dikalangan rakyat berbagai kaum dalam Malaysia ini ? Dan Anwar juga berapa ramai kah sudah rakyat yang telah dipecahbelahkan oleh beliau ketika berada sebagai apa-apa saja didalam Organisasi BTN itu dulu?

Ini Exco Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Selangor, YB Dr. Halimah Ali ikut sedap rasa saja menuduh yang BTN sebagai seperti itu... saya rasalah, beliau itu juga dulu berjaya sehingga menjadikan beliau sebagai seorang yang seperti beliau sendiri sekarang ini juga mungkin kerana sebenarnya BTN bukanlah sebagaimana yang beliau dakwa...

Makanya, jika benar tuduhan Dr. Halimah itu bahawa kursus BTN adalah antara usaha BN untuk melakukan proses doktrinasi, pasti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Perak(11 bulan) tidak akan jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang dan tidak mungkin juga Tan Sri Robert Kwok akan muncul sebagai orang paling kaya di Malaysia, Tan Sri T. Ananda Krishnan kedua terkaya dan diikuti (3)Tan Sri Lee Shin Cheng, (4)Tan Sri Guek Leng Chan

...dan barulah nampak yang kelima terkaya di Malaysia seorang yang beragama Islam, Melayu/Arab iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan selepas beliau ditangga keenam mereka lagilah... Tan Sri Teh Hong Piow, (7)Tan Sri Lim Kok Thay, (8)Tan Sri Tiong Hew King, (9)Tan Sri Vincent Tan dan yang kesepuluh barulah jumpa sekali lagi Melayu iaitu, Tan Sri Azman Hashim. Yang kesebelas dan seterusnya entahlah tetapi saya fikir memang kaum Lim Kit Siang sama Ronnie Liu jugalah...

...dan itulah hakikat sebenar yang tidak boleh diputar belit dan fakta itu jugalah antara perkara yang telah membuktikan bahawa DEB, Konsep Ketuanan Melayu, Malaysia Negara Islam, istilah Bumiputera dan Bukan Bumiputera dan yang lain-lain lagi tidak pernah bertujuan untuk menindas kepentingan serta hak kaum bukan bumiputera di negara ini.

Oleh kerana itu, tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan menghalang semua kakitangan kerajaan yang berkaitan dengan Kerajaan dibawah pentadbiran Pakatan Pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS dari mengikuti sebarang kursus yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara itu adalah sebagai satu tindakan berpunca dari perasaan syak wasangka yang keterlaluan terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

3 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..DIORANG NI KLU DH NAMA PENYANGAK, MANA ADA PERASAAN PATRIOTIK LAGI. KLU BLH DIORANG NAK TENGOK NEGARA KITA NI HANCUR LEBOR. BIAR BERPERANG SAUDARA PUN XPE ASAL KAN TELUNGKUP. BARU ANUWAR PUAS HATI..HARKK PTUIHHH!!

Panglima Perang Cyber berkata...

hilbert - terima kasih atas ucapan selamat hari raya anda.

Isu BTN adalah isu seperti SPRM.. tujuan mereka sama iaitu ingin menghancurkan kredibiliti BTN / SPRM..

imej PM terletak pada nama baik agensinya.

hilbert berkata...

Terima kasih Jeffery, juga Panglima...

diharap kita semua akan terus menyokong kerajaan yang jelas perjuangan mereka, yang sederhana pada dasarnya...

Arkib Blog