Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, September 25, 2009

Sama tapi berbeza - Semuanya kebetulan...

Ini dia bendera Kerajaan Republik Singapura. Disebelah atas berwarna merah darah melambangkan keberanian dan kemajuan yang turut mempamerkan lambang anak bulan serta lima butir bintang(5 butir bintang tu entah apa, dulu Komunis pakai lambang itulah), manakala disebelah bawah berwarna putih bersih lambang kesucian, kemakmuran dan kesejahteraan.

Cuba kita perhatikan, jika simbol anak bulan dan lima butir bintang itu ditiadakan sudah pastinya ianya akan 100% seperti bendera Republik Indonesia. Ada tak segelintir rakyat Indonesia yang sedar tentang perkara ini ? Saya rasa kalau mereka terutamanya sesetengah rakyat Indonesia tahu akan hal ini sudah pasti Singapura pun akan berdepan dengan masalah sama seperti Malaysia sekarang ini dan mungkin juga Singapura akan kena tindakan "Sweeping Orang Singapura" pula.


Yang ini pula adalah bendera Parti UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Warna latarnya sama dengan yang ada di bendera Singapura. Sebelah atas berwarna merah muda dan disebelah bawahnya pula berwarna putih bersih.
Di tengah yang berbentuk bulat itu serta berwarna kuning adalah lambang bulan penuh atau juga bulan mengambang penuh dan ada juga orang menyebut sebagai bulan lima belas. Dalam cahaya bulan mengambang penuh itu ternampak simbol sebilah keris iaitu lambang Kepahlawanan dan keberanian perwira-perwira Melayu dahulu-kala.
Dan sekali lagi kita buat renungan, jika simbol bulan penuh dan lambang keris itu tiada maka ianya sama juga dengan bentuk bendera Indonesia iaitu dari segi warna dan rekaannya. Tentang bendera UMNO ini sesetengah rakyat Indonesia tahu dah, terus saja dikatakan telah diciplak dari bendera Indonesia.
Perkara ini tidak menghairankan lagi, sudah menjadi kelaziman atau kebiasaan bagi mereka untuk menuduh negara lain sebagai pencuri, perompak dan penciplak atau sebagainya. Mereka seperti tidak mahu mengakui bahawa sesuatu yang kebetulan kadang-kala memang tidak dapat dielakkan.

Dan inilah rupa bentuk bendera kebanggaan rakyat Indonesia. Merah putih. Warna merah mewarnai bahagian sebelah atas dan bahagian disebelah bawahnya berwarna putih bersih. Tiada simbol lain yang diletak dibahagian mana-mana pada bendera tersebut.
Jika sebelum ini yang segelintir rakyat Indonesia sering menuduh UMNO meniru dengan membuat bendera parti itu hampir sama dengan bendera negara mereka, jadi bagaimana pula dengan bendera negara Singapura ? Tak nak bakar bendera Singapura pula ke selepas ini ?

5 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam,

Warga Indonesia ini sebenarnya tidak sedar bahawa hak mereka sebagai peeribumi telah dicuri oleh kaum pendatang dalam negara sendiri atas dasar nasional........ peribumi jadi perempat di tempat orang lain, nusantara katanya.....

Kebodohan mereka ini tidak akan marah kepada Singapura yang meniru bendera Indonesia, mereka cuma anti Malaysia sahaja, nasib baik bendera Malaysia tidak mengikut corak bendera mereka, kalau tidak makin teruk di hina......

hilbert berkata...

Salam Yanggambi,

Begitulah sikap mereka yang sering dan suka menyalahkan pihak lain, kadangkala kesilapan mereka sendiri mereka tidak nampak...

Aditya berkata...

Assalamu'alaikum...

Sebagian orang di negeri saya memang tak habis-habisnya menjelekkan dan mengumpat Malaysia. Tengok saja forum KASKUS dimana Malaysia menjadi bahan umpatan dan muntahan kata-kata teruk (kotor). Ini URL KASKUS jika anda ingin melihat http://www.kaskus.us/

(Note: If you could't see any thread about Malaysia while you visit KASKUS for the first time, I suggest to use their search engine then type "Malaysia")

NKRI berkata...

bodohnya posting gak bermutu lagi bendera jelas berbeda coba lihat dan perhatikan karena warga singapura sangat berdedikasi dan berpendidikan jadi tak pernah tu singapura klaim2 asal2 an. coba pikir bendera USA ma malysia apa bedanya cuma malaysia ditambahin bulan sahaja bulshit

merah berarti berani dan putih berarti suci kalau kau ingin tau artinya.

hilbert berkata...

Terima kasih Aditya atas maklumat itu.

Tapi kami semakin sudah terbiasa dengan fitnah sebegitu, hendak melayan sangat tidak juga, cuma kami hanya untuk mempertahankan apa yang benar.

Dan untuk membiarkan saja negara Malaysia dihina rakyat negara lain memang kamipun tidak rela, ya sama saja dengan rakyat Indonesia misalnya,jika ada rakyat lain yang menghina Indonesia tentu sekali hati dan perasaan rakyatnya akan terluka maka begitu juga dengan kami.

NKRI, posting yang bermutu tidak boleh dinilai dari gambar yang ada unsur-unsur pengganas seperti di blog anda. Di blog anda, anda berniat hendak meledakkan Bangunan Berkembar Petronas di Malaysia menerusi illusi anda, saya yakin itu sedang bermain didalam jiwa anda.

Sungguh malang sekali, anda kononnya mengatakan bahawa anda anti-pengganas/terorist tetapi apa bezanya dengan gambar yang anda letakkan dibawah gambar buluh runcing dengan perkara yang anda tidak suka. Lagi satu, foto Perdana Menteri kami dipamerkan sebagai sebegitu rupa, apa faedahnya yang kalian dapat.

Seteruk mana sekalipun kami rakyat Malaysia dihina segelintir rakyat Indonesia, tetapi kami tidak pernah buat begitu pada foto Presiden Susilo Bambang Yudiyono(SBY), kerana apa???...kerana kami menghormati SBY sebagai Presiden Indonesia. Saya secara peribadi sangat bangga dan kagum melihat SBY menjadi Presiden Indonesia yang bagi saya sangat sesuai dari segi penampilannya untuk terus jadi seorang Presiden.

Arkib Blog