Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, September 25, 2009

Krisis Pakatan di Selangor : Lakonan bersama Datuk Dr. Hassan dengan DAP/PKR.


Apa yang sedang berlaku sekarang ini diantara Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ahli exco kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan YB Datuk Dr. Haji Hassan Ali dengan rakan-rakan dalam Pakatan Pembangkang di negeri tersebut hanyalah lakonan semata-mata.
Tidak usahlah nak percaya lagi dengan trick atau helah Pakatan Pembangkang ini. Memang begitulah cara yang akan digunakan oleh mereka apabila adanya sesuatu pilihanraya kecil yang akan diadakan.
Bila ada saja pilihanraya kecil akan diadakan maka timbullah bermacam-macam sengketa yang sengaja direka-reka demi untuk mendapat "undi simpati" daripada rakyat dikawasan yang tertentu.
Pilihanraya DUN Bagan Pinang akan diadakan awal bulan Oktober depan. PAS sudah menyatakan bahawa mereka pun akan serta pada pilihanraya itu nanti dengan meletakkan calon pilihan mereka. Jadi untuk menarik perhatian rakyat dikawasan tersebut maka sesuatu perkara harus dilakukan lebih awal sebelum hari penamaan calon diadakan.
Oleh itu demi untuk kemenangan bersama parti-parti yang ada didalam Pakatan Pembangkang, mereka berpendapat adalah lebih baik melakukan sesuatu perkara iaitu seperti biasa dalam pilihanraya kecil yang terdahulu maka suatu "lakonan yang berkesan" mesti dibuat dan dihasilkan agar rakyat mudah terpedaya.
Kita lihat dulu sebelum dan semasa pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang, siapa yang paling menonjol bakat lakonannya. Semua tahu siapa artis politik itu yang telah berjaya memukau undi rakyat dikawasan berkenaan supaya memangkah PAS. Lakonan yang paling berjaya dan harus mendapat trofi berbentuk botol "beer Heineken."
Apabila rakyat telah tertipu dengan permaianan Pakatan Pembangkang seperti ini iaitu apabila timbul rasa kasihan terhadap Datuk Dr. Hassan Ali yang terus dikecam dan diminta keluar dari Pakatan Pembangkang kononnya oleh rakan-rakan sendiri maka sudah pasti rakyat yang telah tertipu akan mula rasa kesian dengan Datuk Dr. Hassan ini dan tanpa memikirkan perkara lain selain itu rakyat akan mudah untuk "memberi undi simpati" kepada calon PAS.
Kepada semua, jangan mudah percaya dengan tipudaya bersiri oleh pihak Pakatan Pembangkang ini, mereka akan sentiasa buat apa saja dan yang pasti mereka akan sanggup lakukan apa saja perkara demi untuk mendapat undi ataupun sokongan daripada rakyat.
Lihat sajalah nanti apabila pilihanraya kecil telah selesai diadakan, tiada kita akan mendengar keluh kesah atau perselisihan faham terjadi diantara DAP/PKR/PAS. Mereka akan diam saja seperti ular sawa yang sudah kekenyangan.

5 ulasan:

antipkrsarawak berkata...

saya setuju dengan pandangan saudara. sebelum ini juga pernah berlaku di kedah, dap keluar dari pakatan pembangkang kedah. tapi lepas tu mereka rujuk semula. seolah2 mereka boleh berunding dengan cara baik dan memahami antara satu sama lain. namun hakikatnya mereka adalah pakatan rapuh!

hilbert berkata...

itulah dia namanya pakatan. Tun Dr M pun ada menyebut, bagi orang Melayu kalau disebut "pakat" tu memang nak buat kerja yang tak baik...

maka itulah sebenarnya apa sebab pakatan haram itu diwujudkan. mereka sanggup berlakon dalam berbagai gaya dan tempat..asalkan hajat tercapai.

wénkt berkata...

Berbangga menjadi Melayu Muslim Malaysia yang bakal menyambut 'Arthur's Day' hari ini di Sunway Lagoon (bersamaan 6hb Syawal 1430H). Sempena 250 tahun, Guiness dicipta. Dengan semangat perpaduan, jom sambut Arthur's Day. ANDA BERANI?

jom ramai2 pergi Sunway Lagoon. kat selangor kot.. Selamat punya, Take Beer!!

YANG GAMBI berkata...

Salam 'Idil Fitri,

Betul sangat pendapat tuan, UMNO-BN jangan mudah mengikut rentak lakonan PAS Khawarij ini, nanti macam-macam Niky Aziz akan buat fatwa untuk menghina UMNO-BN......

Kalau tidak percaya, tunggulah lepas PRK Bagan Pinang, mereka akan berbaik-baik selepas PAS Khawarij dapat upah lumayan selepas berlakon.....

hilbert berkata...

Wenkt,

...baru juga saya tahu tentang perkara tu..hebatkan Selangor hehe..

Yanggambi,

...harap kita sentiasa ingat bahawa apa yang sedang berlaku sekarang adalah sandiwara pakatan haram semata-mata...jangan pula rakyat tertipu lagi..

Arkib Blog