Bila kita lihat iklan oleh sebuah Syarikat Petrolium Nasional iaitu Petronas setiap malam dan setiap hari dikaca tv baik di TV1, TV 2, TV3 ataupun dilain-lain saluran media elektronik, kita sudah hafal sangat dah dengan aksi lakonan singkat serta dialog yang meyakinkan tetapi mengelirukan.
Babak dalam iklan itu menggambarkan seorang wanita iaitu tuan rumah sedang menggoreng sayap ayam, tiba-tiba sewaktu sedang mengalih-alih ayam yang sedang digoreng dalam kuali dengan senduk besar maka gas untuk memasak pun habis.
Keadaan terus menjadi cemas tetapi nasib baik anak lelaki wanita tersebut masih ada dirumah ketika itu dan sedang bermain dengan telephon bimbit miliknya namun setelah anak wanita itu sedar apa yang sedang berlaku dia dengan segera membuat panggilan ke syarikat pembekal tong gas petronas berdekatan yang ada menyediakan perkhidmatan penghantaran segera ke rumah lalu menyuruh ibunya sendiri bercakap dengan pegawai atau pekerja yang bertugas di syarikat petronas itu dengan berkata "Adam...boleh tolong hantar tong gas segera ke rumah"?.
Tidak lama selepas itu muncul watak yang bernama Adam tadi yang datang dengan membawa satu tong gas petronas warna hijau(biasalah, petronas memang hijau) yang ditarik dengan sebuah troli khas. Suasana cemas tadi bertukar menjadi ceria kembali dan semua tetamu yang ada didalam rumah wanita itu termasuk wanita itu sendiri tadi mampu untuk ketawa sebagai tanda lega.
[sedikit persoalan tentang iklan petronas ini, kenapa juga sebelum wanita ini mengundang para tetamu untuk datang makan dirumah, beliau tidak membuat persediaan lebih awal ? Tidak masuk akal juga apabila tunggu tetamu sudah sampai di rumah baru nak masak itu ini... lebih parah lagi ketika tengah masak tetiba saja kehabisan gas...naya, naya, naya...
...lagi satu, wanita ini buat panggilan terus saja suruh pekerja petronas itu datang hantar tong gas ke rumah, tetapi sebelum itu tiada juga dia memperkenalkan diri, tiada juga bagi tau mana tempat rumah dia... tiba-tiba saja pekerja petronas itu muncul di belakang dapur]
Tetapi saya bukanlah nak cerita sangat pasal iklan Petronas ni, apa yang ingin dikatakan sedikit disini ialah tentang penamaan calon bagi DUN Bagan Pinang di Teluk Kemang Negeri Sembilan esok. Sebelum inipun berbagai-bagai suara yang kita dengar berkenaan dengan bakal calon yang akan diletak untuk bertanding disitu nanti termasuk dari rakyat hingga kepemimpin UMNO serta BN sendiri.
Ada suara yang membantah jika Tan Sri Isa Samad dicalonkan dan tentu juga ada pihak yang menyokong dengan penuh yakin agar Tan Sri Isa dicalon untuk DUN Bagan Pinang sebagai bakal wakil mereka dalam DUN Negeri Sembilan.
Apa yang sangat diharapkan esok ialah, supaya BN terutamanya UMNO jika betul-betul mahu "berubah agar tidak rebah" maka pilihlah calon lain yang lebih muda dan bertenaga dan jika benar-benar UMNO sudah tiada lagi calon yang paling sesuai ataupun nanti pembangkang akan berkata UMNO/BN ketandusan pemimpin bolehlah calonkan Isa Samad...apa boleh buat.
Jasa dan pengorbanan Isa Samad ketika menerajui Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar dulu memang tidak dapat dinafikan malah Negeri Sembilan selama beliau sebagai berkhidmat sebagai Menteri Besar banyak sekali mengalami perubahan serta kemajuan. Itu semua cerita dulu.
Tetapi sekarang semuanya sudah berubah, jika dulu sebelum Tan Sri Isa disabitkan dengan kes rasuah orang ramai atau rakyat masih lagi boleh mempercayainya sebagai seorang pemimpin bersih, cekap dan amanah...namun setelah beliau terlibat dalam kes seumpama itu walaupun sudah dilepaskan dari hukuman digantung keahlian dalam UMNO selama 3 tahun tidak mungkin dalam jiwa rakyat itu sendiri mereka mampu untuk membersihkan perasaan berprangsangka buruk mereka terhadap Tan Sri Isa.
Mungkin sesetengah daripada rakyat terutamanya penyokong UMNO boleh menerima Tan Sri Isa serta mahu melupakan beliau sabagai seorang pemimpin yang pernah disabitkan dengan politik wang tetapi bagaimana pula dengan sesetengah yang lainnya ? ...tentu golongan itu agak liat untuk menerima kembali Tan Sri Isa seadanya seperti sebelum beliau menerima hukuman digantung daripada menjadi ahli UMNO.
Apa yang hendak kita lihat ialah UMNO terutamanya BN itu sendiri harus serius dalam usahanya untuk membenteras gejala rasuah dan politik wang ini dikalangan ahli-ahlinya tidak kira mereka itu punya kedudukan serta jawatan penting didalam parti ataupun mereka itu hanyalah merupakan ahli biasa parti.
Diharap selepas ini tiada lagi kata-kata "kita akan kaji kenapa UMNO/BN kalah", kita akan tubuhkan segera jawatankuasa bertindak untuk menyiasat kenapa rakyat menolak kita" , "siasatan segera akan dilakukan untuk mencari jawapan mengapa rakyat tolak UMNO/BN" dan sebagainya lagi kata-kata apabila sesuatu perkara yang telah berlaku pada pilihanraya kecil yang terdahulu masih lagi tidak mahu diambil sebagai pengajaran atau iktibar.
Masa yang telah diberikan oleh SPR sebelum ini sangat panjang kepada parti-parti politik tertentu untuk membuat persiapan awal dan juga rapi sebelum menjelangnya hari penamaan calon esok, tidak mungkin dalam tempoh yang sebegitu panjang UMNO/BN gagal untuk menemui calon-calon yang lebih berwibawa dan lebih muda serta bertenaga selain daripada Tan Sri Isa. !!! Harap ada khabar berita gembira dari Bagan Pinang esok...
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, September 28, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan