Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, September 07, 2009

>>RM800<< : Sebelum itu bakar Jalur Gemilang...

Sebelum itu tuduh rakyat dan Negara Malaysia "maling" atau pencuri...tak cukup dengan itu, bendera Kebangsaan Jalur Gemilang pula menjadi mangsa sebagai tempat melepaskan amarah yang tidak terkawal disebabkan oleh perasaan syak wasangka yang bukan-bukan.

Mereka terlupa bahawa apabila bendera dinaikkan ianya akan disertai dengan nyanyian-nyanyian lagu tertentu. Bermakna setiap bendera yang telah berkibar dan dikibarkan akan mempunyai satu semangat yang manusia sendiri tidak sedari akan kewujudannya.

Apabila sesuatu bendera itu telah dimasyurkan sebagai lambang kedaulatan kepada sesebuah negara itu, maka setiap orang harus menghormatinya. Pantang bagi sesiapa jua untuk mengkhianatinya seperti membakar, mengoyak, mencincang dan sebagainya walaupun bendera itu bukan bendera milik negara-negara tertentu.

Boleh kita lihat akan kesannya, khusus di Jawa. Beberapa hari saja selepas rakyat disana membakar Jalur Gemilang kita, tempat mereka telah dilanda dengan gempa bumi besar berukuran 7.4 pada skala richter. Dua hari selepas itu satu lagi gempa bumi melanda dan telah menyebabkan banyak sekali kemusnahan yang terpaksa mereka tanggung.

Mereka harus terima hakikat bahawa setiap benda yang kita daulatkan diatas bumi ini pasti punya semangat yang tersendiri. Apatah lagi dengan bendera yang kita semua maklum adalah satu lambang kemegahan dan kebanggaan kepada sesuatu bangsa dan negara.

Apabila berlaku kejadian seperti membakar bendera yang sering diamalkan oleh masyarakat Indonesia jika berdepan dengan apa juga masalah dengan rakyat dari negara lain, mereka harus sedar saat dan ketika mereka mulai membakar bendera itu maka saat itulah semangat bendera itu akan meratap, menangis dan menyumpah sebelum ianya hangus dijilat api. Akibatnya, kita telah lihat...siapa dan daerah mana yang sengsara disebabkan musibah itu.

Diakhir tulisan ini, cuma saya nak katakan sesuatu..sedangkan rakyat tempatan di Malaysia ini sendiri begitu sukar untuk mendapatkan gaji permulaan setinggi RM800 sebulan, jadi bagaimana pula selepas perbuatan yang sangat menghiris hati dan perasaan kita dengan gelaran "maling/pencuri"..membakar bendera kita..dengan mudah saja mereka itu meletakkan harga RM800 setiap bulan gaji untuk diberikan kepada warga mereka yang bekerja hanya sebagai pembantu rumah di Malaysia. Logik kah? Munasabah kah? Patut kah? Negara Malaysia bukannya sebuah supermarket yang terdesak untuk menghabiskan stock dengan menawarkan berbagai-bagai cara pembelian kepada pelanggan..."pakai dulu kemudian bayar"..."bakar dulu kemudian minta." - Maaf!

Jumaat, September 04, 2009

MALINDO : Orang berbudi anda berbahasa...

Perbuatan masyarakat yang tidak bertamadun. Yang mempunyai akal pikiran singkat. Tergamak mempamerkan budaya yang bertentangan sama sekali dengan budaya masyarakat timur. Selagi kita hidup dan selagi kita berurusan dengan masyarakat dari negara lain maka selagi itulah kita pasti akan berdepan dengan apa jua masalah biar masalah yang kecil maupun masalah yang besar.

Walau apapun, saya tetap berpendapat bahawa tindakan yang melampau seperti membakar bendera Kebangsaan Negara Malaysia sebagaimana yang telah dilakukan oleh rakyat negara jiran negara tetangga kita yang telah kita anggap mereka adalah sebahagian daripada kita, pasti tidak akan mampu untuk menyelesaikan sebarang masalah melainkan hanya akan menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada.

Kita telah menerima berita terbaru tentang satu lagi bencana alam yang menimpa penduduk di Barat laut Ujong Kulon, Banten, Lampung Indonesia apabila kawasan itu telah digegarkan dengan gempa bumi sekuat 5.6 pada skala richter selang dua hari selepas Tasik Malaya di Jawa Tengah yang dilanda gempa berukuran 7.4 magnitud atau skala richter pada 02hb. September 2009 yang baru lalu.

Tragedi pertama itu telah mengorbankan banyak nyawa serta harta benda awam. Begitu juga dengan bencana yang terbaru ini, pasti ianya akan bertambah banyak korban apabila kerja-kerja mencari dan menyelamat akan dimulakan serta selesai dilakukan.

Kebiasaannya apabila terjadinya perkara seperti ini, Malaysia khususnya akan bersedia untuk menghulurkan apa juga bentuk bantuan jika dikehendaki, malah Malaysia akan segera menawarkan pertonlongan walaupun kadangkala tidak diminta demi semangat kejiranan yang ada pada setiap rakyat Malaysia.

Contohnya ketika kejadian Tsunami yang melanda Aceh pada 26hb. Disember 2006 yang lepas, kita melihat bagaimana rakyat Malaysia tanpa mengira usia, pekerjaan, pangkat, kedudukan, ideologi politik, bangsa dan agama telah melaksanakan tanggungjawab yang sangat mulia, secara berkumpulan ataupun secara perseorangan ikhlas menghulurkan pelbagai bentuk bantuan seperti wang ringgit, makanan asas seperti beras, gula, tepung, garam serta selimut, pakaian seperti baju, seluar, tilam, bantal dan juga telah menghantarkan pasukan mencari dan menyelamat seperti SMART ke sana disamping pakar-pakar perubatan untuk merawat mangsa yang tercedera atau terluka.

Manakala didalam negara, rakyat Malaysia yang terdiri dari berbagai lapisan masyarakat telah bertungkus-lumus menubuhkan dana-dana yang bertujuan untuk mendapatkan derma dari orang ramai bagi disumbang dan dihulurkan kepada mangsa-mangsa Tsunami Aceh di Indonesia. Dari kanak-kanak sekolah hinggalah kepada orang dewasa, semuanya dengan ringan hati turut sama menyumbangkan derma tidak mengira berapa saja jumlahnya demi untuk meringankan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Aceh ketika itu.

Dalam pada itu juga, tanggungjawab Malaysia sebagai sebuah negara Islam untuk membantu rakyat Palestine yang terus ditindas dengan kejam oleh puak Zionis pernah tidak pernah dilepaskan begitu saja. Walaupun sibuk dengan kempen mengutip derma untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh, namun rakyat Palestine juga turut terus dibantu. Dalam isu Palestine, negara yang paling lantang bersuara dan sering menghulurkan bantuan adalah Malaysia. Bantuan berbentuk material dan juga bantuan dalam bentuk galakan atau sokongan moral bagi menyuntik semangat mereka agar terus tabah dan tidak akan pernah mengalah kepada tekanan Israel.

Namun jika kita buat perbandingan diantara kedua-dua negara ini yang kita pernah memberi atau menyumbangkan sedikit bantuan dan sokongan ketika mereka ditimpa kesusahan, mana satukah negara ini yang rakyatnya lebih menghargai segala pemberian kita serta tahu mengenang budi dan jasa negara kita kepada negara serta mereka sendiri selaku rakyatnya?

Rakyat Palestine, walaupun mereka mempunyai bentuk wajah yang sangat jauh berbeza dari kita, punya budaya, bahasa, adat resam, makanan yang tidak serupa dengan kita atau berlainan sama sekali, tetapi mereka lebih tahu menghargai sumbangan yang kita berikan kepada mereka.

Mereka sangat menghargai segala pemberian oleh rakyat Malaysia biar dalam bentuk apapun, kita tahu mereka sering mengucap syukur dan terima kasih. Walaupun sebenarnya kita tidak berniat untuk sangat dihargai dengan apa jua ucapan, namun apa yang lebih penting ialah apabila kita dapat melihat mereka dapat hidup selesa di negara mereka sendiri sebagaimana kita hidup diatas bumi bertuah seperti negara Malaysia ini.


Tetapi apa yang sangat dikesali ialah, kita, rakyat kita, negara kita seumpama orang yang "melepaskan seekor anjing yang tersepit, bila anjing terlepas tapi tangan kita pula yang digigitnya." Bendera kita, Jalur Gemilang dibakar. Negara kita Malaysia digelar sebagai pencuri "Maling...bermakna mereka menuduh kita sebagai pencuri. Membakar Jalur Gemilang bermaksud untuk memusnahkan Malaysia.

Disebabkan hal-hal yang belum lagi jelas dan yang belum pasti, maka negara kita telah di labelkan sebagai pencuri. Puncanya hanya disebabkan masalah remeh-temeh, hal yang kecil, tarian "pendet." Dalam hal ini apa salahnya mereka sebagai rakyat Indonesia untuk bersabar dan menunggu atau selidiki terlebih dahulu dari mana atau siapa yang telah merekacipta papan iklan untuk tahun melawat Malaysia itu. Jangan main tibai saja.

Sekarang semua pihak sudah jelaskan siapa yang bertanggungjawab. "Discovery Channel." Pihak Discovery Channel yang berpangkalan di Republik Singapura sudahpun menjelaskan kedudukan sebenar insiden itu serta telah mengemukakan surat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Indonesia dan juga kerajaannya melalui Kementerian Pelancongan Indonesia berhubung dengan "tarian pendet" itu. Maka oleh itu, diharap rakyat Indonesia terutamanya mereka yang memulakan tuduhan itu dapat memperbetulkan semula tanggapan mereka terhadap negara Malaysia serta rakyatnya. Tidak susah, cuma minta maaf saja kepada seluruh rakyat Malaysia secara terbuka demi perpaduan kita bersama.

Kami rakyat Malaysia lebih menghargai hubungan mesra yang telah lama terjalin dengan negara serta rakyat Indonesia. Jika boleh bersamalah kita untuk meningkatkan jalinan yang sedia ada ini demi masa depan yang lebih gemilang lagi antara Indonesia dan Malaysia. Janganlah di runtuh jambatan penghubung yang telah kita sama-sama lalui selama ini. Peliharalah semangat Serumpun dan Sebangsa diantara Malaysia dan Indonesia. Lontarkanlah jauh-jauh perasaan iri hati dan dengki khianat dari dalam lubuk jiwa masing-masing. Perbalahan tidak akan membawa kita ke arah kesejahteraan.

Rabu, September 02, 2009

Inikah balasan yang kita terima dari sumbangan dan bantuan yang kita hulurkan ?

Negara kita Malaysia adalah merupakan sebuah negara walaupun kecil namun telah berjaya membangun sebagai sebuah negara maju diantara negara-negara membangun yang lain.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang sering membantu serta sering menyumbangkan segala bantuan dalam berbagai bentuk rupa kepada negara-negara jiran bilamana negara-negara jiran berhadapan dengan apa jua jenis bencana yang menimpa mereka.

Bantuan bukan hanya disumbang oleh kerajaan atau pemerintah malah lebih daripada separuh adalah sumbangan daripada semua golongan rakyat di negara. Sumbangan atau bantuan yang dihulurkan diatas tanggungjawab sebagai rakyat yang berjiran yang saling perlu memerlukan diantara satu dengan yang lain.

Rakyat Malaysia tidak kira usia, bangsa, agama, pangkat atau darjat apabila negara tetangga telah ditimpa kesusahan bencana seperti Tsunami, banjir, kebakaran dan sebagainya akan segera bersedia untuk menghulurkan apa saja bentuk bantuan seperti wang ringgit, pakaian, makanan, selimut serta keperluan asas dan juga segala jenis alat perubatan. Kerana apa? Kerana sifat prihatin, tanggungjawab sebagai rakyat negara tetangga serta atas rasa belas kasihan terhadap mangsa walaupun mereka hanyalah sekadar rakyat negara jiran.


Akan tetapi kini, kita saban hari melihat semua pengorbanan kita, sumbangan yang telah kita berikan ketika rakyat mereka mengalami segala bencana bagi meringankan segala bebanan yang terpaksa mereka tanggung ketika susah seolah-olah tidak pernah dipandang dengan ikhlas apatah lagi untuk menghargainya.

Sebagai rakyat yang sudah biasa dengan aktiviti kemanusiaan, rakyat Malaysia bukan mengharapkan apa-apa juga dari apa saja sumbangan yang telah dihulurkan, cukuplah sekadar jika rakyat negara jiran yang pernah dibantu dapat untuk menghormati perasaan rakyat Malaysia agar tidak terguris dengan tidak membuat tuduhan yang paling tidak munasabah seandainya ada terjadi sesuatu perkara kecil yang melibatkan kepentingan bersama diantara kedua negara serumpun ini.

Saya bukan berniat untuk membangkit tentang perkara remeh seperti ini, tetapi apa boleh buat setelah saya melihat begitu banyak sekali serangan terhadap negara kita walaupun bukan tanpa senjata tapi dengan cara membakar bendera kita Jalur Gemilang, memijak gambar pemimpin kita, tidak cukup dengan itu mereka menggelarkan negara kita sebagai pencuri.

Jadi sebagai salah seorang rakyat yang sangat menyayangi negara Malaysia yang berdaulat ini, maka tentu sekali saya rasa sangat terhina dan kesal dengan segala apa yang telah mereka lakukan sehingga tergamak menuduh kita sebagai pencuri. Kita boleh lihat dan baca disetiap artikel dalam blog warga mereka yang menulis tentang negara kita serta tentang rakyat kita, saya sampai tidak sanggup untuk membacanya.

Rakyat negara jiran ini bukan kesemuanya, saya tahu bahawa tidak semua rakyat Indonesia yang bersetuju dengan perbuatan sesetengah rakan-rakan mereka yang membuat angkara sebegini sebab saya mempunyai banyak rakan-rakan dari warga Indonesia baik yang berasal dari Sulawesi, Kalimantan, Jawa, Lombok dan sebagainya, haruslah ingat bahawa walaupun ada diantara mereka yang bekerja di Malaysia tidak memiliki sebagai dukomen perjalanan yang sah, namun demi berpegang kepada prinsip kawan dari negara jiran yang serumpun dan sebangsa ada juga rakyat Malaysia yang melindungi mereka dari dikesan oleh pihak berkuasa.

Tindakan seperti itu walaupun jelas menyalahi undang-undang Negara atau juga peraturan Imigresen namun oleh kerana memikirkan warganegara Indonesia adalah sebahagian dari rumpun bangsa di Malaysia maka mahu tidak mahu rakyat Malaysia terpaksa menyelamatkan rakan-rakan mereka ini dari tindakan pihak berkuasa walaupun sedar akan risiko yang terpaksa diterima jika rakyat Malaysia ini didapati bersubahat menyembunyikan warga asing.

Apakah warga Indonesia tidak sedar akan perkara ini? Bukan saja Kerajaan Malaysia yang sering memberi apa-apa bantuan kepada kerajaan Indonesia jika diperlukan malah rakyat Malaysia sendiri juga turut sama terlibat walaupun mungkin bukan dengan cara atau saluran yang betul. Mereka juga perlu sentiasa ingat, bahawa Malaysia lah negara yang pertama sekali datang membantu negara mereka jika ada apa-apa trajedi yang melanda negara dan rakyat mereka.


Apa yang membuat hati saya sangat kesal dan kecewa diatas perbuatan biadap mereka adalah sepertimana yang terdapat didalam gambar disebelah.

Samada gambar disebelah menujukkan yang membakar Jalur Gemilang itu adalah rakyat negara ini sendiri ataupun rakyat warga asing yang bekerja dinegara ini.

Jika perbuatan itu telah dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri, maka pihak Kementerian Dalam Negeri(KDN) hendaklah mengambil tindakan segera kepada mereka yang terlibat.

Jika alasan KDN sukar untuk mengesan dimanakah lokasi membakar Jalur Gemilang ini dilakukan jika benar ianya perbuatan rakyat negara ini, jadi saya rasa apa salahnya jika KDN minta kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ), Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Tanah dan Ukur(PEMETAAN) bagi menyelidiki dimana tempat letaknya tapak yang digunakan oleh mereka itu untuk membakarkan bendera Malaysia.

Dalam kes ini saya rasa, Jabatan Kerja Raya yang arif tentang gambaran tempat tersebut boleh mengesan dimanakah lokasi itu berpandukan, garisan jalanraya, lampu tiang yang dipasang tepi jalan, bahu jalan, bangunan-bangunan disekitar dan sebagainya. Dalam pada itu khidmat Jabatan Pengangkutan Jalan juga amat diperlukan sebab mungkin ada dikalangan anggota peronda JPJ ini yang kenal akan kawasan seperti yang ada dalam gambar disebelah.

Oleh itu, diharap KDN bolehlah mendapat khidmat dari empat agensi yang seperti disebut diatas bagi mengesan tempat jalan yang diguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah membakar Jalur Gemilang itu. Diharap KDN dapat bertindak dengan menggerakkan pegawainya menyiasat perkara ini demi kesejahteraan Malaysia.


Manakala gambar ini adalah menunjukkan Jalur Gemilang, bendera kebangsaan Negara kita dibakar oleh rakyat negara jiran kita.

Apakah trend ini akan berterusan?

Adakah segala masalah akan selesai setelah bendera kita menjadi abu...?








...dan ini...












...dan ini...





















...dan ini...

















...dan ini...



















...dan ini...



















...dan juga ini.



Selasa, September 01, 2009

Membakar rumah sendiri... KDN mesti bertindak segera.




Dikala rakyat Malaysia yang lainnya sedang meraikan hari Kemerdekaan Negara, tidak diduga sama sekali terdapat perbuatan membakar bendera kebangsaan seperti yang tertera diatas ini telah dilakukan oleh rakyat Negara ini sendiri. Sangat memalukan! ...rakyat Malaysia sendiri membakar bendera kebangsaan Negara sendiri !!!...

Memang kita tidak menerima sama sekali perbuatan yang paling tidak bertamadun seperti itu. Apakah yang orang ini akan dapat dari perbuatan dia dengan membakar Jalur Gemilang?

Adakah dengan tindakan orang ini yang tergamak membakar Jalur Gemilang segala masalah dia, keluarga dia atau sesiapa saja yang bersetuju dengan tindakan biadap dia itu akan selesai serentak dengan hangusnya Jalur Gemilang itu dijilat api?

Dimanakah terletaknya tanggungjawab orang itu sebagai warganegara Malaysia terhadap negara tumpah darah sendiri?

Apakah orang ini tidak sedar, bahawa perbuatan dia dengan membakar bendera kebangsaan negara kita itu sama saja seperti dia membakar rumah keluarga tempat dia lahir, tempat dia dibesarkan, tempat dia dididikan, tempat dia berteduh, tempat dia tidur, tempat dia makan, tempat dia menyimpan segala pakaian keperluan dan sebagainya...?

Kepada Kementerian Dalam Negeri dan juga Kerajaan khasnya, tindakan harus diambil terhadap pelaku yang telah membuat perkara seperti ini. Diharapkan semoga Kerajaan, khususnya pihak yang memang berkuasa penuh terhadap keselamatan didalam Negara ini tidak akan terlepas pandang dengan kejadian seperti ini agar ianya tidak akan berulang dimasa yang akan datang.

Tindakan tegas mesti dikenakan terhadap orang itu yang jelas sekali menunjukkan kepada kita bahawa tindakan beliau itu bukan sahaja setakat untuk menghina Malaysia dengan membakar Jalur Gemilang malah sudah ada niat terpendam yang lebih jauh lagi iaitu untuk memusnahkan Negara Malaysia secara keseluruhannya...

Isnin, Ogos 31, 2009

YB Karpal Singh tenat di Hospital ?

Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan YB Karpal Singh dilaporkan sakit dan dikatakan berada didalam keadaan yang kritikal atau tenat dan sedang menerima rawatan disebuah hospital di Pulau Pinang.

Betul ke??? Sahih ke berita ini??? Kalau benar maka akan berlaku lagilah satu Pilihanraya Kecil...

Sumber dari http://www.malaysia-instinct.com/ , catatan jam 10:24am - 31hb. Ogos 2009...

Ahad, Ogos 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Negara ke-52.

Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman bin Yaakub
...bekas Ketua Menteri Sarawak yang ke-3
dan juga bekas TYT Yang DiPertua Negeri Sarawak yang ke-4

Yang Amat Berbahagia Allahyarham Tun Hussein Onn
...bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-3

Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
...bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4

Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud
Ketua Menteri Sarawak yang ke-4

Yang Amat Berbahagia Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein
...bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-2
Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj
...bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan juga adalah
pengasas kepada kemerdekaan Negara Malaysia.
Bendera Kebangsaan Negeri Sarawak, lambang kemakmuran negeri Sarawak serta juga rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keturunan, agama, adat resam dan budaya sejak menyertai pembentukan Kerajaan Malaysia 45 tahun yang lalu.

Jalur Gemilang, lambang kebanggaan rakyat Malaysia yang telah hidup aman dalam satu Negara yang mempunyai penduduk serta etnik kaum yang sangat berbeza apabila memiliki kebudayaan, kepercayaan, adat resam, bahasa, wajah namun tetap dapat bergerak bersama menuju ke arah 1 Malaysia.
Selamat menyambut hari kemerdekaan negara Malaysia yang ke-52 kepada seluruh masyarakat Malaysia, jadikanlah diri kita serta jiwa kita sebagai milik salah seorang rakyat yang senantiasa tahu menghargai erti kemerdekaan, tahu menghargai segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para pejuang kemerdekaan dahulu.
Bersamalah kita menjaga kedaulatan Negara kita dari sebarang anasir-anasir yang sentiasa cuba untuk menggugat kestabilan Negara ini, walaupun perjuangan kita mengikut cara kita yang tersendiri tapi yang paling penting ialah kita mempunyai semangat cintakan negara, oleh sebab itu sebagai rakyat kita tetap mempunyai hak dan tanggungjawab bersama didalam menentukan keamanan, keharmonian, kesejahteraan, kemajuan dan juga keselamatan negara yang tercinta ini.
Dan tidak lupa juga kepada seluruh rakan-rakan saya tak kira yang telah ataupun belum lagi berdaftar dengan Kelab Anak Merdeka, selamat menyambut Harijadi masing-masing esok 31hb. Ogos 2009, semoga semua kita dilanjutkan usia dan dimurahkan rezeki, hidup rukun damai didalam negara yang bertuah ini.
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !...

Jumaat, Ogos 28, 2009

Siapa Yang Lebih Berani ?

Diantara mereka berdua ini banyak sekali jurang perbezaannya. Yang seorang wanita hanya seorang model sambilan namanya Kartika Sari Dewi Shukarnor tetapi tidak gentar sama sekali dengan sebarang hukuman yang bakal beliau terima gara-gara perbuatan sendiri malahan beliau dilihat tidak sabar-sabar untuk menjalani hukuman itu.
Manakala yang seorang lagi ini adalah seorang lelaki yang gagah perkasa, bukan calang-calang orang. Bekas Timbalan Presiden UMNO, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, bekas Menteri Kewangan Malaysia, bekas Menteri Pelajaran Malaysia, bekas Menteri Pertanian Malaysia, bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan kini adalah Penasihat Umum PKR selaku Ketua Pembangkang dalam Dewan Parlimen Malaysia. Tetapi apa masalahnya. Masalahnya ialah, dia tak seberani Kartika Sari Dewi Sukarnor. Posted by Picasa

Khamis, Ogos 27, 2009

Tahniah! kepada Datuk Seri Idris Jala

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines Datuk Seri Irish @ Idris Jala diatas perlantikan beliau sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tanpa portfolio. Ini bermakna beliau terpaksa melepaskan semua jawatan yang dipegang oleh beliau selama ini didalam MAS.

Perlantikan Datuk Seri Idris ke jawatan baru itu diumumkan setelah mendapat perkenan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Di samping itu juga beliau akan diberi tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU).

Sebagai rakyat Sarawak, saya sangat berbangga dengan kemampuan serta pencapaian yang sangat tinggi oleh Datuk Seri, sebagaimana yang telah dibuktikan ketika berkhidmat dengan Syarikat minyak Shell dahulu dan juga ketika menyumbangkan khidmat kepada Syarikat penerbangan MAS selama ini.

Selamat bertugas kepada Datuk Seri, berikan yang terbaik diantara yang terbaik kepada negara kita Malaysia.

Selamat maju jaya.
Posted by Picasa

Sidang Bawah Pokok Siri ke-2 : 02/09/2009.

Dengar khabar DAP, PKR dan PAS sedang merancang untuk mengadakan semula sesuatu yang dulu pernah mereka lakukan iaitu menganjurkan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di bawah sebatang pokok pada Rabu 02 September depan mungkin ditempat yang sama.

Biar apapun kita kena tunggu dan lihat, apakah yang akan berlaku selepas itu. Kepada pembekal bahan-bahan seperti simen, pastikan simpanan bahan-bahan tersebut mencukupi, juga kepada pemilik-pemilik farmasi yang ada disekitar Ipoh Perak, sediakan sebanyak mungkin kapas, bandage atau pembalut kaki, pengikat siku dan yang lain-lain lagi.

Tak lupa juga kepada pihak ambulan, pihak klinik serta pihak hospital di Ipoh mestilah kena bersedia awal. Pastikan juga kerusi roda serta tongkat yang beraneka jenis mencukupi bagi menampung keperluan sekiranya berlakunya perkara-perkara yang tidak kita inginkan darpada berlaku tetapi memangpun DAP, PKR dan PAS inginkan supaya ianya tetap berlaku seperti mana kes Mr. Wong Chuan How yang mengalami "kepatahan" serta YB N. Gobalakhrisnan juga mengalami masalah "kekoyakkan dan kepatahan".

Bukan apa, kita sangat perihatin dengan keadaan tubuh badan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang itu yang begitu sensitif dan tidak berupaya untuk berdepan dengan kejadian-kejadian yang agak mencabar seperti terjatuh ketika main kejar mengejar atau main langgar garisan polis. Jika itu terjadi, pasti jari, tangan, lutut, kaki mereka akan patah serta retak. Betul-betul lembab kan... ..tetapi kalau cicak jatuh dari atas siling rumah setinggi 7 meter pun masih mampu untuk ketawa dan tersenyum, namun tidak bagi pihak Pakatan Pembangkang.
Posted by Picasa

Rabu, Ogos 26, 2009

BN harus ada kaedah baru untuk memperkenalkan bakal calon YB kepada rakyat.

Kekalahan memalukan bagi Barisan Nasional di DUN Permatang Pasir semalam harus diambil sebagai satu iktibar dan peringatan sepanjang masa. BN mesti mencari jalan bagaimana cara untuk meyakinkan rakyat dikawasan yang tertentu tentang bakal wakil mereka ke DUN ataupun Dewan Rakyat kelak.

Terdapat beberapa kelemahan di pihak Barisan Nasional didalam menentukan calon-calon mereka yang akan diketengahkan sebagai calon yang akan bertanding atau calon wakil rakyat. Perkara ini harus diberi tumpuan khusus agar kekalahan bersiri BN dalam beberapa pilihan raya kecil sejak akhir-akhir ini tidak akan terus berulang.

Seperti kita semua sudah sedia maklum, apabila ada sahaja pilihanraya kecil akan diadakan tidak kira disebabkan oleh kematian seseorang ADUN serta Ahli Parlimen itu atau juga kerana meletak jawatan ataupun kerana DUN/Parlimen dibubarkan, biasanya mesyuarat parti memang pasti serta kerap diadakan dari masa ke masa untuk membincang berbagai perkara terutamanya dalam soal memilih bakal-bakal calon yang akan bertanding pada pilihanraya itu nanti.

Perkara yang telah menjadi kebiasaan seperti ini seolah-olah telah menjadi satu keadaan yang sangat misteri kepada rakyat yang tentunya akan timbul banyak tandatanya dikalangan rakyat dikawasan yang terbabit, ..siapakah calon wakil rakyat kita?, ..orang manakah dia?, ..baguskah dia?, ..prestasi dia macamana?, ...dan ianya telah meletakkan persoalan seperti itu secara tidak langsung akan menjadi satu teka-teki kepada rakyat sehinggalah pada hari dimana nama calon itu diketahui setelah diumumkan sebelum hari penamaan calon diadakan barulah segala teka-teki itu terjawab.

Apabila nama individu tertentu telah diumumkan sebagai calon bagi sesuatu kawasan DUN/Parlimen, maka teka-teki itu telahpun terjawab dan rakyat hanya mampu untuk menerima saja calon yang telah diumumkan sebab tidak mungkin ada ruang untuk mereka mengemukakan sebarang bantahan kepada pemimpin parti-parti tertentu terhadap seseorang yang telah dinamakan sebagai calon pada sesuatu pilihanraya itu.

Oleh itu, saya berpandangan jika Barisan Nasional betul-betul mahu berubah maka mereka harus memulakan perubahan itu bermula dari cara-cara memilih calon-calon wakil rakyat yang akan bertanding. Jika mahu berubah, maka bermula dari situlah sebaik-baik langkah pertama untuk kearah perubahan seterusnya harus digerakkan. Maknanya, perubahan tidak boleh dilakukan secara serentak tetapi secara berperingkat-peringkat iaitu harus dimulakan dari mana ianya dirasakan mesti didahulukan.

Sehubungan dengan itu saya berpendapat agar cara memilih calon-calon yang akan bertanding pada mana-mana pilihanraya selepas ini hendaklah dibuat secara terbuka dan tidak hanya dibincang didalam mesyuarat yang tertutup seperti selalu yang hanya melibat segelintir pihak yang berkepentingan saja. Rakyat juga berhak untuk mengetahui lebih awal tentang siapa individu yang hendak diletakkan sebagai calon disesuatu kawasan tersebut supaya insiden yang berlaku terhadap UMNO di Permatang Pasir tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Saya mencadangkan agar kaedah baru harus diperkenalkan untuk tujuan itu. Adalah lebih baik sekiranya sebelum menetapkan nama-nama calon untuk bertanding pada mana-mana pilihanraya, pamerkan gambar individu-individu tak kira seramai mana mesti lengkap dengan biodata atau data peribadi mereka kepada umum dengan meletakkannya ditempat-tempat tumpuan orang ramai seperti pejabat pos, pejabat daerah, bank-bank, hospital, klinik, kedai-kedai atau di mana-mana supermarket. Sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum hari penamaan calon akan diadakan.

Langkah ini perlu bagi mengetahui tentang bagaimana reaksi rakyat setempat berkenaan dengan seseorang bakal calon itu. Jika dirasakan ada dua atau tiga ataupun empat nama yang layak untuk dipilih sebagai calon tetapi sukar untuk memilih salah seorang daripada mereka kerana berkemungkinan mereka itu hebat-hebat belaka, jadi kenalah guna kaedah atau cara itu dengan menyerah kepada rakyat bawahan untuk menilai mereka itu terlebih dulu sebelum keputusan muktamad dibuat.

Oleh itu jika dalam masa sepuluh hari berakhir itu pihak parti ada menerima banyak aduan tentang satu atau dua nama bakal-bakal calon yang telah dipamerkan kepada orang ramai itu, jadi ini bermakna pihak parti harus memilih hanya seorang yang nama beliau dikira bersih dari sebarang skandal apabila tiada apa-apa komplen yang diterima oleh pihak parti berkenaan dengan yang seorang ini daripada masyarakat tempatan ataupun daripada pihak parti lawan itu sendiri.

Jadi, seandainya BN memang ada hasrat benar-benar untuk berubah, maka gunakan masa yang semakin hari semakin dekat sebaik mungkin untuk memperbaiki mana-mana tempat yang perlu dibaiki. Bedah siasat untuk mengetahui punca kekalahan tidak perlu dilakukan, hanya membuangkan masa saja. Yang lebih penting ialah pertingkatkan segera segala kelemahan yang dirasa perlu, walaupun ada yang mengatakan bahawa memang adat pertandingan "ada yang kalah dan ada yang menang" tetapi harus diingatkan bahawa apabila kita bertanding, maka kemenanganlah sebenarnya yang kita kejar bukannya kekalahan.

Jadi, mengapa harus menerima kekalahan ? Kita berjuang hanya untuk mendapatkan kemenangan demi bangsa dan negara... ...oleh itu "Tingkatkan Prestasi, Kurangkan Kontroversi"...~~~MELODI~~~

Selasa, Ogos 25, 2009

DUN Permatang Pasir : BN kalah lagi...

Keputusan rasmi untuk Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir telahpun diketahui. Barisan Nasional kecundang lagi ditangan PAS. Mengapa ?

Mengapa separuh daripada rakyat Permatang Pasir lebih suka kepada populariti daripada prestasi ? Huhhh!!!...sedih dengan keputusan sebahagian daripada rakyat Permatang Pasir yang sukar untuk menerima perubahan...

...tetapi mengapa mereka lebih gemar untuk memilih jalan ke arah kemunduran daripada kemajuan...?

Isnin, Ogos 24, 2009

Semut-semut Yang Pelupa...

Semut adalah sejenis serangga yang biasa kita lihat ada dimana-mana. Semut juga mempunyai banyak jenis dengan bentuk rupa serta warnanya yang berbeza-beza diantara satu dengan yang lain. Cuma satu saja tabiat yang dapat kita lihat bahawa semut tetap juga semut iaitu tabiat ataupun sifat "pelupa" yang seperti sudah menjadi sifat semulajadi serangga ini.

Kalau kita sabar untuk memerhatikan bagaimana kita dapat mengetahui sifat "pelupa" semut ini ialah, kita perhatikan saja ketika semut ini berjalan dalam rantaian yang panjang masyarakat semut ini, kita akan dapat melihat semut-semut ini begitu sibuk sekali berjalan secara tergesa-gesa seolah-olah ada sesuatu yang mahu dipercepatkan dan dalam pada itu juga kita akan dapati ada hampir setiap dari semut-semut ini akan berpatah balik setiap kali berjumpa dengan kawan-kawan yang datang dari arah depan seperti ada benda yang tertinggal atau terlupa untuk dibawa.

Namun bagi para pengamal perubatan tradisional, mereka percaya bahawa sarang semut yang banyak terdapat diatas pokok terutamanya pokok rhu ataupun diatas pokok kandis ianya mampu untuk menyembuh mata yang rabun-rabun ayam atau mata yang kabur. Ini berdasarkan kepada satu sifat semut ini yang mempunyai deria penglihatan yang begitu terang dan jelas sekali walaupun didalam keadaan yang paling gelap tanpa kehadiran sedikit cahaya pun.

Semut juga tidak memerlukan sebarang alat lampu suluh ataupun lilin untuk ia bergerak kesana kesini didalam lubang yang maha gelap. Mungkin juga semut ini dapat melihat kawan-kawan mereka ini yang telah terlebih dulu mati, dimana tempat semut ini berada samada di "Syurga ataupun di Neraka".

Sarang semut berbentuk seperti sebiji buah durian belanda, cuma setiap daripada buah sarang semut ini mempunyai akar yang tumbuh dibuntutnya seperti ekor dibelakang seekor lembu. Cara mendapatkan buah sarang semut ini juga sama seperti cara kita untuk mendapat benda yang lain juga, "dimana ada usaha maka disitulah ada kejayaan".

Cara penyediaannya sebelum digunakan ada dua cara, pertama kalau kita mahu minum air rebusan sarang semut ini segar terus dari ladang, kita boleh berbuat demikian juga dan khasiatnya juga lebih baik...minum sementara masih panas. Cara kedua kalau kita mahu bekalan berterusan, kita kena hiris nipis-nipis buah sarang semut ini, lepas itu jemur dan selepas itu simpan didalam bekas. Jika hendak minum air rebusan semula maka kita buatlah seperti biasa.

Namun kesan-kesan sampingan yang ketara apabila kita selalu mengambil atau mengamalkan meminum air rebusan sarang semut ini ialah kita sering mengalami keadaan yang lupa-lupa tak ingat. Iyalah, ianya sama dengan tabiat sang semut itu sendiri yang selalu lupa-lupa ingat. Huh...bahaya tu... boleh menyebabkan penyakit Alzhemier.

Kita lupakan sementara pasal cerita semut-semut yang lupa ini. Kita mesti mahu ingat semula ketika isu Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang satu ketika dulu. Cadangan beliau itu juga telah menyaksikan perbalahan telah berlaku didalam parti PAS terutamanya diantara beliau dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan berlarutan pula dengan Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Pada 17hb. Jun 2009, Datuk Nik Aziz telah mencabar Ustaz Nasha supaya meletakkan semua jawatan beliau didalam PAS yang sedang disandang beliau serta sebagai Anggota Parlimen kawasan Bachok di Kelantan ekoran daripada tindakan Ustaz Nasha yang menyokong cadangan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO/BN oleh YB Datuk Seri Abdul Hadi itu. Pada ketika itu juga Ustaz sedang menjalani rawatan kanser usus di sebuah hospital kerajaan di Kota Bharu Kelantan. Dan pada masa itu juga kempen untuk PRK di Manek Urai sedang berlangsung.

Pada 22hb. Ogos 2009, Datuk Nik Aziz telah membidas sesetengah pemimpin UMNO dan juga BN yang beliau sifat sebagai tidak menghormati orang yang sedang sakit iaitu ADUN Galas dari PAS iaitu YB Che Hashim Sulaiman yang kini sedang menjalani rawatan diluar negara dengan mendesak YB Che Hashim supaya meletak jawatan. Nik Aziz telah menyatakan bahawa beliau sangat berdukacita dengan perkara seumpama itu.

Nik Aziz berkata, sepatutnya semua pihak mendoakan supaya kesihatan orang yang sedang sakit itu, terutamanya wakil rakyat agar dapat kembali berkhidmat kepada rakyat. "Ini tidak, menambah lagi beban mereka yang menderita dengan penyakit yang dihidapinya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Takzirah Ramadan di Masjid Kota Darulnaim.

Menurut Mursyidul Am PAS/DAP itu, sebagai umat Islam, kenyataan-kenyataan seperti itu adalah tidak baik dan sewajarnya mereka mendoakan agar kesihatan mereka yang ditimpa musibah itu kembali pulih dan menjalankan tugas seperti biasa.

Fuhhh... Tau tak apa Nik Aziz ni... yang dulu dia kutuk-kutuk serta memaki hamun Ustaz Nasharuddin tu sebegitu teruk sekali hanya disebabkan Ustaz Nasha menyokong idea Kerajaan Perpaduan iaitu perkara yang baik dan mulia macamana pulak ??? ...Siap dengan gelaran "sampah" pula tu. Baik ke begitu wahai Nik Aziz , tak berdukacita ke ???

Ok, kita tinggalkan dulu cerita dukacita Nik Aziz tu. Kita lihat gambarajah diatas yang mempamerkan dimana dan bagaimana seseorang pengidap penyakit Alzhemier atau pelupa dapat dikesan. Saya bukan pakar perubatan, tetapi saya gunakan teori saja pasal benda-benda macam ni. Lihat, betapa banyaknya urat-urat yang ada di sekitar tengkok kita, di otak kita juga yang mempunyai fungsi yang tersendiri juga. Ada urat yang berfungsi untuk memikirkan bagaimana nak membela negara, bangsa dan agama. Ada juga urat yang fungsinya hanya untuk memutar belitkan kata-kata, untuk menipu rakyat pun ada...mana satu urat disana, kurang pasti juga saya.

Ya, kepada pengidap-pengidap Alzhemier atau pelupa ini ataupun kepada mereka yang bakal mewarisi penyakit Alzhemier ini, lihat gambar diatas. Ubat pencegah yang dicadangkan. Bukan ISA. Tapi ubat khas untuk mereka yang telah, sedang dan akan menjadi pengidap Alzhemier. Sangat baik untuk pemimpin-pemimpin parti yang selalu lupa kepada perkara yang mereka sendiri buat dan yang selalu menudingkan setiap kesalahan kepada pihak lain.

Oleh itu, kepada sesiapa yang ada mempunyai simptom-simptom Alzhemier, segeralah mendapatkan rawatan awal dari mana-mana agensi perubatan, jangan biarkan...nanti rakyat yang menjadi mangsa. Juga jika mereka ini mendapati yang diri mereka tergolong didalam kalangan yang mengidap Alzhemier adalah dilarang sekali untuk mengamalkan meminum rebusan air sarang semut, supaya tidak menambahkan lagi penyakit lupa-lupa tak ingat itu.
Posted by Picasa

Ahad, Ogos 23, 2009

N.34 Lunas : UMNO/BN harus tunggu dan lihat...

Keputusan mengejut yang telah dibuat oleh wakil rakyat DUN Lunas dari Parti PKR Yang Berhormat Mohd. Radzhi Salleh yang mana beliau juga adalah salah seorang daripada exco kerajaan negeri Kedah untuk keluar daripada PKR dan akan menjadi seorang wakil rakyat bebas.

Dalam pada itu juga Mohd. Radzhi telah memaklumkan kepada media bahawa tetap akan kekal untuk menjawat jawatan sebagai seorang exco kerajaan negeri.

Susulan daripada perkembangan terbaru ini saya berpendapat adalah lebih sekiranya pihak UMNO dan juga Barisan Nasional dapat untuk tidak selalu kerap mengulas atau menyentuh perkara ini agar tidak terperangkap dengan permainan kotor Pakatan Pembangkang.

Masih terlalu awal untuk kita membuat sebarang pengakuan yang ahli-ahli PKR ini memang ikhlas untuk meninggalkan parti itu. Mana tahu dalam masa 48 jam keputusan itu akan ditarik balik setelah mereka-mereka yang telah mengumum keluar dari PKR akan membatalkannya semula apabila terpukau dengan pujukan Anwar nanti.

Pandangan saya lebih terarah kepada usaha Anwar untuk memenangkan calon PAS saudara Salleh Man di DUN Permatang Pasir. Anwar akan sanggup buat apa saja untuk mencapai niatnya biarpun ianya akan menyebabkan PKR akan dilihat oleh masyarakat sebagai parti yang semakin teruk walaupun pada hakikatnya PKR memangpun sebuah parti yang paling teruk.

Biar apapun, saya akan mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Mohd. Radzhi Salleh jika beliau benar-benar ikhlas untuk meninggalkan PKR tanpa takut akan kehilangan jawatannya didalam kabinet negeri Kedah. Ini juga akan petanda awal yang menunjukkan bahawa lama-kelamaan PKR akan terpaksa gulung tikar juga akhirnya...

Jumaat, Ogos 21, 2009

Selamat Menyambut 1 Ramadhan 1430 Hijrah...

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, selamat menyambut awal Ramadhan Al Mubarak serta selamat menjalani Ibadah Puasa semoga apa saja yang dilakukan dengan niat yang ikhlas dan jujur dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini juga senantiasa akan diberkati oleh yang maha esa.

Juga tidak dilupakan kepada semua rakan-rakan blogger ataupun pengendali blog yang beragama Islam seperti Kumbang, Huh, Pokok, 300, Joyah, AIDC, Panglima Perang Cyber, GOMO, Waris Pahang, Jeffery Damien(Dimensi), Yang Gambi, Ustaz Said, Datu Sulaiman, Kelambu Harimau, AntiPKRSarawak, Revolusi Pedang Srikandi, Cucu Tok Selampit, Pisau Net, Putra Merdeka, Apai Ngelai, Mamak Penang, Gerakan Anti PKR, anak2merdeka serta seluruh ahli Blogger Pembela Negara(BPN) juga para penyokong BPN, selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak serta selamat mengerjakan ibadah puasa.

Khamis, Ogos 20, 2009

Harga Simen dan peralatan kecemasan mungkin akan naik mendadak.

Perhatikan betul-betul saudara-saudari sekalian gambar yang menunjukkan benda yang akan mengalami kenaikan harga pada bila-bila masa saja dari sekarang. Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hendaklah memantau secara berterusan akan perkembangan yang kurang sihat ini.

Simen adalah komoditi asas yang sangat diperlukan didalam bidang pembinaan. Jadi sekiranya harga bahan ini tidak dapat dikawal maka yang terpaksa menanggung bebannya adalah kontraktor-kontraktor bumiputera yang baru berjinak-jinak didalam bidang ini. Simen juga bukan saja sekadar untuk digunakan sebagai bahan untuk pembinaan semata, tetapi simen juga sememangnya digunakan oleh para pengamal perubatan seperti doktor atau pihak hospital sebagai sebahagian daripada bahan keperluan untuk digunakan kepada para pesakit mereka yang mengalami patah tangan, patah kaki, patah tengkok, patah leher, patah jari kecuali patah hati.

Dalam pada itu juga adalah difahamkan bahawa perkakas-perkakas atau alat kecemasan seperti kerusi roda, tongkat biasa, tongkat berbagai guna, mangkuk tandas mudah alih dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan risiko kecemasan semuanya juga akan turut naik harga berikutan kenaikan harga simen. Bila harga simen naik, tentu sekali kos untuk pengangkutan bertambah jadi ianya tetap akan naik secara seiringan.

Fenomena kenaikan harga barangan ini selalunya dikaitkan dengan perkembangan dipersekitaran. Jadi setelah tinjauan dibuat sejak beberapa tahun, bulan dan hari yang lalu sebab musabab kenaikan harga barangan ini berlaku adalah kerana permintaan tanpa diduga secara tiba-tiba daripada sesetengah para pengguna sejak kebelakangan ini.

Perkara ini hanya disedari berlaku sejak beberapa hari yang lalu walaupun sebenarnya ia telah berlaku sejak dari tahun 1998 lagi dimana ia melibatkan seorang pelakon paling popular di Malaysia, tak payahlah saya sebut nama beliau, pasti semua orang kenal siapa dia, artislah katakan. Baru-baru ini kes seorang mangsa pertama atau entah yang dijangkiti wabak maut "InCrocodile A" iaitu saudara Wong Chuan How telah menyebabkan semuanya terdedah kepada umum. Selepas itu mangsa kedua iaitu Anggota Parlimen Padang Serai YB N. Gobalakhrisnan. Dan mungkin ada lagi mangsa selepas ini memandang Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir baru saja bermula dan masih banyak masa lagi untuk wabak ini merebak kepada orang lain pulak. (Dengar khabar DUN Kota Seputeh di Kedah masih kelabu asap...bagaimanakah nasib wakil rakyatnya nanti).

Memandangkan jumlah kerusi yang dikuasai oleh Pakatan Pembangkang agak besar di Dewan Parlimen dan DUN serta dicampur-campur lagi dengan jumlah penyokong tegar DAP/PKR/PAS, jadi saya tidak menolak kemungkinan permintaan untuk barangan tersebut juga akan menjadi lebih besar serta berlipat berpuluh kali ganda lagi. Bayangkan seandainya wabak tersebut menyerang lebih separuh daripada mereka ataupun kesemua mereka...mana mau digali benda ini. Nak import dari negara luar, jika kapal yang membawa benda ini kena rampas lanun Somalia...nak buat camna? Aduiiiiii....
Posted by Picasa

Rabu, Ogos 19, 2009

Dunia Politik Dunia Gusti, Ada Perbezaan Ada Juga persamaan...

Yang memakai serban tu tak payahlah nak diperkenalkan lagi, semua orang pasti tahu dan kenal akan siapa dia. Tok Guru. Dia juga Ulamak. Dia juga Menteri Besar Kelantan Darul Naim dan dia juga Mursyidul Am PAS merangkap DAP juga. Dia juga kononnya memang tahu dimana terletaknya roh-roh orang yang telah mati atau bahasa lembutnya orang yang telah meninggal dunia ditempatkan samada di Syurga ataupun di Neraka.

Maknanya serba-serbi atau segalanya hanya dia sajalah yang paling tahu TETAPI dalam pada itu belum pernah lagi saya terdengar Nik Aziz memberitahu kepada orang lain seandainya suatu hari nanti apabila tiba pula giliran dia pula untuk ke arah yang PASTI itu...dimana pula roh dia akan ditempatkan. Takkan lah hanya kedudukan roh orang lain saja yang dia tahu tetapi dimana roh dia dia sendiri nanti akan ditempat, janganlah nak berahsia pulak. Tak aci lah kalau macam tu.

Sementara gambar sebelah itu yang tengah memegang tempayan yang berisi debu mayat namanya ialah Paul Bearer. Beliau adalah bekas pengurus kepada seorang ahli gusti yang paling terkenal iaitu The Undertacker. Ketika perlawanan gusti berlangsung tentunya yang melibatkan The Undertacker, peranan Paul Bearer bukan hanya sekadar sebagai seorang pengurus saja tetapi lebih berperanan sebagai seorang yang mengawal jasad seorang yang telah mati dengan menggunakan kuasa roh yang tersimpan didalam bekas tempayan yang sering dibawa oleh beliau.

Biasanya ketika perlawanan diadakan, The Undertacker yang digambarkan sebagai satu jasad orang yang telah mati tetapi masih dapat bergerak, melawan serta berfungsi seperti seorang manusia biasa yang masih hidup hanya dengan kemampuan Paul Bearer mengawal tempayan tersebut bagi memastikan roh dan jasad saling memerlukan diantara satu sama lain walaupun telah terpisah.

Didalam situasi dimana sekiranya The Undertacker dilihat hampir tewas ataupun semakin lemah digasak oleh lawannya ketika bertarung, kita akan dapat melihat bagaimana lagak bersahaja Paul Bearer ini menjulang beberapa kali bekas temayan itu sambil bibir beliau tergerak-gerak bagaikan gaya seorang ahli sihir yang sedang membaca jampi serampah ataupun sebuah mentera.

Tiba-tiba kita akan dapat melihat The Undertacker mampu bangkit semula dengan wajah pucat seperti mayat sambil mata beliau terbeliak tajam memerhatikan musuh walaupun telah dibelasah dengan begitu teruk sekali namun memang telah diduga beliau kembali bertindak dan berkira-kira untuk menghapuskan seteru beliau dengan kuasa yang ada didalam bekas tempayan yang sedang dipuja oleh Paul Bearer.

Begitulah serba sedikit catatan saya mengenai dua dunia yang penuh dengan penipuan ini yang mungkin jika dilihat secara sepintas lalu memang kelihatan sangat berbeza namun sekiranya kita perhatikan betul-betul maka kita akan dapat melihat banyak sekali persamaan diantara kedua-dua dunia ini iaitu diantara bidang sukan gusti dan juga bidang politik. Jika didalam sukan gusti kita memang selalu melihat tiada wujud sama sekali erti "kesetiaan sejati atau kekal" dan begitu juga didalam bidang politik kadangkala kawan jadi lawan serta lawan menjadi kawan balik.

Jadi ertinya sukan gusti dan dunia politik walaupun tak sama tetapi serupa. Kutuk mengutuk, hina menghina, cabar mencabar sudah menjadi asam garam dalam sukan gusti ini. Jadi, adakah perkara seperti ini berlaku didalam dunia politik atau adakah juga terdapat pada sesetengah ahli-ahli politik ???
Posted by Picasa

Karpal Singh Peguam baru Anwar ?

Berita terbaru. Betul ke YB Karpal Singh telah dilantik oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peguam baru bagi menghadapi dakwaan kes liwat bekas pembantu beliau? Apakah Karpal Singh akan mengambil tempat yang telah ditinggalkan oleh Sulaiman Abdullah?

Jika iya..., maka Karpal Singh juga terlebih dulu harus bertaubat sebelum menjadi peguam bela bagi mewakili Anwar Ibrahim, sebab Anwar Ibrahim belum lagi bertaubat...kan ! ...Jika tidak kedua-duanya nanti pun akan jadi sama-sama "tidak bermoral"...kan !

Sama-sama kaki saman pulak tu... !!! dunia, !!! dunia...
Posted by Picasa

Selasa, Ogos 18, 2009

Mangsa kedua wabak "InCrocodile A" masuk wad.

Wabak baru atau virus baru. Hati-hati dengan penyakit ini. Penyakit ini jika seseorang yang telah dijangkiti akan membuatkannya bersikap seperti orang yang kena sawan babi. Tetapi ada bezanya.

Orang yang kena serang sawan babi ini biasanya memang mahu dikawal oleh orang lain seperti mesti dipegang tangan juga kaki agar kesakitan yang dihadapi dapat dikurangkan.

Tetapi tidak kepada mereka-mereka yang kena serangan penyakit terbaru ini iaitu "InCrocodile A" atau dalam bahasa tempatan disebut sebagai "selsema buaya", seboleh-bolehnya mereka mahu mengelak daripada disentuh oleh sesiapa, apa sebab semuanya masih dalam kajian.

Gambar tertera diatas yang ditandakan dengan nombor 1 adalah merupakan individu pertama yang terkena jangkitan penyakit tersebut. Ianya telah mula dikesan pada 14hb. Ogos lepas. Penyakit ini juga dipercayai mudah merebak dengan cepat ke tempat lain disekitar tubuh yang telah didapati terkena jangkitan awal dan mampu melumpuhkan segala anggota tubuh badan mereka yang yang telah dijangkiti.

Mangsa pertama ini juga bersikap seperti orang yang telah kehilangan akal sambil berlari-lari apabila didekati. Mungkin fobia. Apabila berjaya ditahan, didapati wabak itu telah menyerang dibahagian kepala lutut beliau dan terus dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sampai di klinik, wabak itu dengan cepat telah didapati menyerang hampir keseluruhan kaki beliau hingga memaksakan pihak klinik membalutkannya dengan simen bermutu rendah. Fuhhhh...waduh,waduh,waduh...

Sementara gambar yang bertanda dengan nombor 2 diatas adalah mangsa kedua. Orang ini diserang virus berbahaya tersebut pada siang hari Isnin 17hb. Ogos semalam iaitu tiga hari selepas mangsa pertama dikesan. Tindakbalas mangsa kedua terhadap wabak baru ini juga sama dengan kelakuan pelik mangsa pertama iaitu menjerit-menjerit, melolong tak tentu pasal, berlari-lari dan akan bertindak ganas apabila cuba untuk ditahan.

Mangsa kedua ini juga lagi teruk, mulanya wabak itu dikesan terdapat di bahagian kaki beliau, tetapi kenapa pulak sampai merebak begitu cepat sampai ke tangan...hissh betul-betul bahaya wabak baru ini. Tak cukup dengan itu, wabak itu juga telah merebak tidak mengira tempat...sampaikan seluar orang ini pun kena belasah wabak "InCrocodile" ini...maka sesuailah wabak baru ini dinamakan sebagai sedemikian atau dalam bahasa yang bukan PPSMInya "selsema buaya"...ganas.

Manakala gambar kecik yang terdapat disebelah bawah sikit, itulah punca sebenar penyakit ini. Buaya... iya...buaya, buaya tembaga. Jadi persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu untuk kita ambil bagi mengekang virus ini daripada terus menular dan menjangkiti masyarakat kita dan bagaimana cara untuk membolehkan kita semua dapat bersama untuk mengatasi wabak ini dari terus menjadi duri dalam daging kepada Negara ???

Sebarang cadangan boleh dikemukakan kepada Pusat Khidmat DAP/PKR/PAS yang berdekatan... tiada bayaran dikenakan malah air paip percuma akan diberikan. Sumbangan juga boleh diberikan kepada pusat-pusat khidmat ini...tetapi perkara yang sumbang-sumbang saja akan diterima sebagai syarat utama sekiranya mahu sumbangan yang dihulurkan akan diterima.
Posted by Picasa

Pertandingan suara serak-serak basah...

Ini adalah satu pertandingan yang baru diperkenalkan. Kepada sesiapa yang ingin turut serta didalam pertandingan ini hendaklah mendapatkan borang pertandingan terlebih dulu daripada mana-mana kedai yang ada menjual arak. Syarat untuk mendapatkan borang-borang tersebut adalah seperti berikut, jika anda membeli satu atau dua botol beer maka borang akan diberi percuma dan setelah itu anda diminta mengisi semua data-data peribadi dan setelah lengkap diisi anda dikehendaki menghantarkan borang ini sendiri ke Pusat Khidmat yang terdekat.

Macammana anda berminat??? Jika anda rasa anda ingin untuk menyertainya, jangan berlengah lagi...jom! ...perolehilah borang-borang itu hari juga...

Hadiah??? ...hadiahnya...menginap dalam bilik istimewa satu minggu...atau lebih berdasarkan kepada mutu suara anda. Yang sebelah tu jangan ceriter lah...memang mengerikan.
Posted by Picasa

Arkib Blog