Dikala rakyat Malaysia yang lainnya sedang meraikan hari Kemerdekaan Negara, tidak diduga sama sekali terdapat perbuatan membakar bendera kebangsaan seperti yang tertera diatas ini telah dilakukan oleh rakyat Negara ini sendiri. Sangat memalukan! ...rakyat Malaysia sendiri membakar bendera kebangsaan Negara sendiri !!!...
Memang kita tidak menerima sama sekali perbuatan yang paling tidak bertamadun seperti itu. Apakah yang orang ini akan dapat dari perbuatan dia dengan membakar Jalur Gemilang?
Adakah dengan tindakan orang ini yang tergamak membakar Jalur Gemilang segala masalah dia, keluarga dia atau sesiapa saja yang bersetuju dengan tindakan biadap dia itu akan selesai serentak dengan hangusnya Jalur Gemilang itu dijilat api?
Dimanakah terletaknya tanggungjawab orang itu sebagai warganegara Malaysia terhadap negara tumpah darah sendiri?
Apakah orang ini tidak sedar, bahawa perbuatan dia dengan membakar bendera kebangsaan negara kita itu sama saja seperti dia membakar rumah keluarga tempat dia lahir, tempat dia dibesarkan, tempat dia dididikan, tempat dia berteduh, tempat dia tidur, tempat dia makan, tempat dia menyimpan segala pakaian keperluan dan sebagainya...?
Kepada Kementerian Dalam Negeri dan juga Kerajaan khasnya, tindakan harus diambil terhadap pelaku yang telah membuat perkara seperti ini. Diharapkan semoga Kerajaan, khususnya pihak yang memang berkuasa penuh terhadap keselamatan didalam Negara ini tidak akan terlepas pandang dengan kejadian seperti ini agar ianya tidak akan berulang dimasa yang akan datang.
Tindakan tegas mesti dikenakan terhadap orang itu yang jelas sekali menunjukkan kepada kita bahawa tindakan beliau itu bukan sahaja setakat untuk menghina Malaysia dengan membakar Jalur Gemilang malah sudah ada niat terpendam yang lebih jauh lagi iaitu untuk memusnahkan Negara Malaysia secara keseluruhannya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan