Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, September 07, 2009

>>RM800<< : Sebelum itu bakar Jalur Gemilang...

Sebelum itu tuduh rakyat dan Negara Malaysia "maling" atau pencuri...tak cukup dengan itu, bendera Kebangsaan Jalur Gemilang pula menjadi mangsa sebagai tempat melepaskan amarah yang tidak terkawal disebabkan oleh perasaan syak wasangka yang bukan-bukan.

Mereka terlupa bahawa apabila bendera dinaikkan ianya akan disertai dengan nyanyian-nyanyian lagu tertentu. Bermakna setiap bendera yang telah berkibar dan dikibarkan akan mempunyai satu semangat yang manusia sendiri tidak sedari akan kewujudannya.

Apabila sesuatu bendera itu telah dimasyurkan sebagai lambang kedaulatan kepada sesebuah negara itu, maka setiap orang harus menghormatinya. Pantang bagi sesiapa jua untuk mengkhianatinya seperti membakar, mengoyak, mencincang dan sebagainya walaupun bendera itu bukan bendera milik negara-negara tertentu.

Boleh kita lihat akan kesannya, khusus di Jawa. Beberapa hari saja selepas rakyat disana membakar Jalur Gemilang kita, tempat mereka telah dilanda dengan gempa bumi besar berukuran 7.4 pada skala richter. Dua hari selepas itu satu lagi gempa bumi melanda dan telah menyebabkan banyak sekali kemusnahan yang terpaksa mereka tanggung.

Mereka harus terima hakikat bahawa setiap benda yang kita daulatkan diatas bumi ini pasti punya semangat yang tersendiri. Apatah lagi dengan bendera yang kita semua maklum adalah satu lambang kemegahan dan kebanggaan kepada sesuatu bangsa dan negara.

Apabila berlaku kejadian seperti membakar bendera yang sering diamalkan oleh masyarakat Indonesia jika berdepan dengan apa juga masalah dengan rakyat dari negara lain, mereka harus sedar saat dan ketika mereka mulai membakar bendera itu maka saat itulah semangat bendera itu akan meratap, menangis dan menyumpah sebelum ianya hangus dijilat api. Akibatnya, kita telah lihat...siapa dan daerah mana yang sengsara disebabkan musibah itu.

Diakhir tulisan ini, cuma saya nak katakan sesuatu..sedangkan rakyat tempatan di Malaysia ini sendiri begitu sukar untuk mendapatkan gaji permulaan setinggi RM800 sebulan, jadi bagaimana pula selepas perbuatan yang sangat menghiris hati dan perasaan kita dengan gelaran "maling/pencuri"..membakar bendera kita..dengan mudah saja mereka itu meletakkan harga RM800 setiap bulan gaji untuk diberikan kepada warga mereka yang bekerja hanya sebagai pembantu rumah di Malaysia. Logik kah? Munasabah kah? Patut kah? Negara Malaysia bukannya sebuah supermarket yang terdesak untuk menghabiskan stock dengan menawarkan berbagai-bagai cara pembelian kepada pelanggan..."pakai dulu kemudian bayar"..."bakar dulu kemudian minta." - Maaf!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bismillah...

Bukan hanya menuduh maling/pencuri dan membakar bendera negara anda, akhir-akhir ini ramai media di Indonesia memberitakan lagu kebangsaan "Negaraku" sebagai ciplakan daripada lagu kabaret "Terang Bulan" padahal mereka sendiri tidak paham sejarah dan asal usul lagu kebangsaan "Negaraku". Begitu pula sebagian rakyat Indonesia seperti dibutakan oleh media-media itu sehingga mereka percaya begitu saja.

Salam Persaudaraan
http://mujahidin09.blogspot.com

Unknown berkata...

Gaji Rm 800 seperti lulusan SPM di negara kita. sedangkan indon yang datang ramai yg kurang cerdik,buta huruf dan tidak tahu buat kerja rumah. Nak Rm 800 boleh..tapi :

SEWA BILIK = RM 150
MAKAN MINUM = RM 150
BIL AIR,ElEKTRIK & TEL = RM 100
PERUBATAN = RM 100


Semua neh diorang tanggung. Jgn korang indon harap duduk free kat Malaysia. Tak perlu bagi muka kepada bangsa rasis seperti Indon yang tak bersyukur..

anaz berkata...

bang hilbert,

Dimata mereka pemerintah Malaysia berkeras dengan warga mereka.Tetapi dimata kita pemerintah terlalu berlembut.

Im getting sick of this 'serumpun' things.Gaji sebanyak rm800 aka -+ 4 juta rupiah sebulan itu agak tinggi.Dalam mereka menghina Malaysia,mereka membuat tuntutan yang tidak munasabah.

Benar,semangat sesuatu warga itu terletak pada benderanya atau lambang.Bertahun2 mereka bakar bendera Malaysia,tetapi belum pernah sekalipun kita mendengar warga Malaysia membakar bendera Indonesia.

Warga Malaysia terlalu berlembutkah..?

hilbert berkata...

Aditya,

Terima kasih kerana walaupun anda warganegara atau rakyat Indonesia tetapi anda lebih memahami apa yang sebenarnya berlaku. Jika ada lagi rakyat Indonesia berpendirian sama seperti anda, saya pasti hubungan baik diantara Malaysia dan Indonesia dapat dikekalkan. Terima kasih juga kerana sering memberi banyak penerangan yang sangat membina ke arah perpaduan di dalam tulisan pada blog anda. Terima kasih banyak-banyak.

Betul tu AKU,

Dalam pada kita sendiri sedang berhempas-pulas berjuang untuk menyambung nafas didalam negara, sewajarnya Kementerian Sumber Manusia haruslah "mendahulukan" rakyat sendiri dalam soal tuntutan gaji...jangan serahkan bulat-bulat kepada CUEPEC, MTUC atau mana-mana agensi pekerjaan yang berkaitan untuk memperjuangkan kadar gaji yang munasabah. Gaji harus selaras dengan harga barang sekarang yang naik saja tahu, tapi bab nak turun harga buka main liat. Oleh itu janganlah abaikan kepentingan rakyat sendiri.

Anaz.AKIRA.,.salam,

...memang benar apa yang anda katakan. Saya pun hairan...sampai Jalur Gemilang kena bakarpun tiada kecaman yang dibuat sebagai membantah oleh kerajaan Malaysia, apa sebabpun saya tidak tahu.

Ye lah Anaz, seingat saya memang begitulah...belum pernah pun kita membakar bendera Indonesia...harap-harap jangan ada yang akan berbuat demikian, biar apapun..tiada ada masalah yang akan dapat kita selesaikan dengan tindakan bodoh sedemikian.

Harap semua rakyat Indonesia memahami bahwa setiap helai bendera apabila ianya pernah dinaikan serta diiringi dengan lagu-lagu serta nanyian doa, bermakna kita telah meniupkan semangat pada bendera itu...semangat bendera akan hidup dan akan tersebar di angin yang lalu serta merayau ke seluruh pelusuk alam.

Maka apabila bendera itu dibakar dan sebagainya tentu sekali akan ada tindak-balas dari bendera itu yang akan kita lihat...lihat saja...gempa sudah 3 kali melanda daerah Jakarta dalam tempah dua minggu... percayalah.

Arkib Blog