Negara kita Malaysia adalah merupakan sebuah negara walaupun kecil namun telah berjaya membangun sebagai sebuah negara maju diantara negara-negara membangun yang lain.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang sering membantu serta sering menyumbangkan segala bantuan dalam berbagai bentuk rupa kepada negara-negara jiran bilamana negara-negara jiran berhadapan dengan apa jua jenis bencana yang menimpa mereka.
Bantuan bukan hanya disumbang oleh kerajaan atau pemerintah malah lebih daripada separuh adalah sumbangan daripada semua golongan rakyat di negara. Sumbangan atau bantuan yang dihulurkan diatas tanggungjawab sebagai rakyat yang berjiran yang saling perlu memerlukan diantara satu dengan yang lain.
Rakyat Malaysia tidak kira usia, bangsa, agama, pangkat atau darjat apabila negara tetangga telah ditimpa kesusahan bencana seperti Tsunami, banjir, kebakaran dan sebagainya akan segera bersedia untuk menghulurkan apa saja bentuk bantuan seperti wang ringgit, pakaian, makanan, selimut serta keperluan asas dan juga segala jenis alat perubatan. Kerana apa? Kerana sifat prihatin, tanggungjawab sebagai rakyat negara tetangga serta atas rasa belas kasihan terhadap mangsa walaupun mereka hanyalah sekadar rakyat negara jiran.
Akan tetapi kini, kita saban hari melihat semua pengorbanan kita, sumbangan yang telah kita berikan ketika rakyat mereka mengalami segala bencana bagi meringankan segala bebanan yang terpaksa mereka tanggung ketika susah seolah-olah tidak pernah dipandang dengan ikhlas apatah lagi untuk menghargainya.
Sebagai rakyat yang sudah biasa dengan aktiviti kemanusiaan, rakyat Malaysia bukan mengharapkan apa-apa juga dari apa saja sumbangan yang telah dihulurkan, cukuplah sekadar jika rakyat negara jiran yang pernah dibantu dapat untuk menghormati perasaan rakyat Malaysia agar tidak terguris dengan tidak membuat tuduhan yang paling tidak munasabah seandainya ada terjadi sesuatu perkara kecil yang melibatkan kepentingan bersama diantara kedua negara serumpun ini.
Saya bukan berniat untuk membangkit tentang perkara remeh seperti ini, tetapi apa boleh buat setelah saya melihat begitu banyak sekali serangan terhadap negara kita walaupun bukan tanpa senjata tapi dengan cara membakar bendera kita Jalur Gemilang, memijak gambar pemimpin kita, tidak cukup dengan itu mereka menggelarkan negara kita sebagai pencuri.
Jadi sebagai salah seorang rakyat yang sangat menyayangi negara Malaysia yang berdaulat ini, maka tentu sekali saya rasa sangat terhina dan kesal dengan segala apa yang telah mereka lakukan sehingga tergamak menuduh kita sebagai pencuri. Kita boleh lihat dan baca disetiap artikel dalam blog warga mereka yang menulis tentang negara kita serta tentang rakyat kita, saya sampai tidak sanggup untuk membacanya.
Rakyat negara jiran ini bukan kesemuanya, saya tahu bahawa tidak semua rakyat Indonesia yang bersetuju dengan perbuatan sesetengah rakan-rakan mereka yang membuat angkara sebegini sebab saya mempunyai banyak rakan-rakan dari warga Indonesia baik yang berasal dari Sulawesi, Kalimantan, Jawa, Lombok dan sebagainya, haruslah ingat bahawa walaupun ada diantara mereka yang bekerja di Malaysia tidak memiliki sebagai dukomen perjalanan yang sah, namun demi berpegang kepada prinsip kawan dari negara jiran yang serumpun dan sebangsa ada juga rakyat Malaysia yang melindungi mereka dari dikesan oleh pihak berkuasa.
Tindakan seperti itu walaupun jelas menyalahi undang-undang Negara atau juga peraturan Imigresen namun oleh kerana memikirkan warganegara Indonesia adalah sebahagian dari rumpun bangsa di Malaysia maka mahu tidak mahu rakyat Malaysia terpaksa menyelamatkan rakan-rakan mereka ini dari tindakan pihak berkuasa walaupun sedar akan risiko yang terpaksa diterima jika rakyat Malaysia ini didapati bersubahat menyembunyikan warga asing.
Apakah warga Indonesia tidak sedar akan perkara ini? Bukan saja Kerajaan Malaysia yang sering memberi apa-apa bantuan kepada kerajaan Indonesia jika diperlukan malah rakyat Malaysia sendiri juga turut sama terlibat walaupun mungkin bukan dengan cara atau saluran yang betul. Mereka juga perlu sentiasa ingat, bahawa Malaysia lah negara yang pertama sekali datang membantu negara mereka jika ada apa-apa trajedi yang melanda negara dan rakyat mereka.
Apa yang membuat hati saya sangat kesal dan kecewa diatas perbuatan biadap mereka adalah sepertimana yang terdapat didalam gambar disebelah.
Samada gambar disebelah menujukkan yang membakar Jalur Gemilang itu adalah rakyat negara ini sendiri ataupun rakyat warga asing yang bekerja dinegara ini.
Jika perbuatan itu telah dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri, maka pihak Kementerian Dalam Negeri(KDN) hendaklah mengambil tindakan segera kepada mereka yang terlibat.
Jika alasan KDN sukar untuk mengesan dimanakah lokasi membakar Jalur Gemilang ini dilakukan jika benar ianya perbuatan rakyat negara ini, jadi saya rasa apa salahnya jika KDN minta kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ), Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Tanah dan Ukur(PEMETAAN) bagi menyelidiki dimana tempat letaknya tapak yang digunakan oleh mereka itu untuk membakarkan bendera Malaysia.
Dalam kes ini saya rasa, Jabatan Kerja Raya yang arif tentang gambaran tempat tersebut boleh mengesan dimanakah lokasi itu berpandukan, garisan jalanraya, lampu tiang yang dipasang tepi jalan, bahu jalan, bangunan-bangunan disekitar dan sebagainya. Dalam pada itu khidmat Jabatan Pengangkutan Jalan juga amat diperlukan sebab mungkin ada dikalangan anggota peronda JPJ ini yang kenal akan kawasan seperti yang ada dalam gambar disebelah.
Oleh itu, diharap KDN bolehlah mendapat khidmat dari empat agensi yang seperti disebut diatas bagi mengesan tempat jalan yang diguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah membakar Jalur Gemilang itu. Diharap KDN dapat bertindak dengan menggerakkan pegawainya menyiasat perkara ini demi kesejahteraan Malaysia.
Manakala gambar ini adalah menunjukkan Jalur Gemilang, bendera kebangsaan Negara kita dibakar oleh rakyat negara jiran kita.
Apakah trend ini akan berterusan?
Adakah segala masalah akan selesai setelah bendera kita menjadi abu...?
...dan ini...
...dan ini...
...dan ini...
...dan ini...
...dan ini...
...dan juga ini.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, September 02, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
1 ulasan:
Salam, inilah perbuatan orang yang rendah akhlak, tidak pandai menghuramti kedaulatan negara oarang lain, sebab itu rakyat negara ini terlalu ramai merempat ke negara orang, bumi sendiri, eonomi dikuasai bangsa lain yang lebih cerdik dan matang pemikirannya.
Catat Ulasan