Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Oktober 23, 2012

Puak2 pemisah Sarawak bergaduh sesama sendiri dalam page Facebook SSKM !

 Saya pun jadi naik bingung melihat hala tuju perjuangan sekumpulan kecil mereka yang mendakwa mahu membawa Sarawak dan Sabah keluar dari Malaysia. Atas alasan apapun sebab mereka bertindak sedemikian saya kurang pasti namun saya berpendapat mungkin kerana diri mereka sudah dipengaruhi emosi yang melampau gara-gara prasangka buruk yang bersarang di dalam hati masing-masing hingga sanggup untuk bertindak tanpa mengguna akal yang waras.
Kumpulan ini menamakan page pada facebook bagi menandakan perjuangan mereka sebagai "Sabah Sarawak Keluar Malaysia" dan telah wujud sejak beberapa bulan yang lalu. Perjuangan berkumpulan mereka ini rasa-rasanya telah disertai oleh ramai orang, tidak tahulah samada yang menyertai kumpulan SSKM ini menyokong perjuangan mereka ini ataupun cuma untuk memantau setiap perbincangan ahli-ahli dalam SSKM itu.

Yang sungguh melucukan dan paling kelakar sekali ialah, belumpun apa-apa... mereka dalam SSKM dah pun bercakaran sesama mereka, cabar mencabar sesama sendiri serta saling tuduh menuduh antara satu dengan yang lain kononnya siapa yang lebih hebat dan kuat yang patut menerajui SSKM hingga ada yang mengajak diadakan debat bagi membuktikan siapa yang benar-benar berpengaruh hehehe...adehhhh..!!!

Ini belum lagi berjaya menawan Sarawak dari tangan Pehin Sri Taib Mahmud, mereka awal-awal lagi telah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap negeri ini. Mereka ini tiada matlamat yang jelas dalam perjuangan tetapi cuma bertindak ikut emosi mereka yang tidak stabil.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..NAMPAK SGT DIORANG GILER KUASE MCM PEMIMPIN2 ATASAN GAK BROO...MAKIN DKT PRU BAB CAH KETING MAKIN HANGAT HUHUHUHU

Mordechai Kuchai berkata...

Dia ingat negara berdaulat nak biar saja ke?

Tentera dia ingat kayu ke?

Nak keluar bukan cukup dengan air liur. Bab tu PBB dah tentukan Sabah Serawak masuk Malaysia dari undi datuk nenek mereka juga.

Kalau nak keluar terbaik pemberontakan bersenjata saja tapi ada berani ke?

Cerita air liur macam Nuar boleh la sebaliknya pondan.

Pondan2 ni memang banyak mulut.

hilbert berkata...

sedih juga rasa apabila melihat tindakan anak negeri yang tidak matang begini..

harap mereka dapat melihat dari sudut hati yang waras tanpa dipengaruhi oleh perasaan yang kacau bilau..

Tulars berkata...

saya selama ini tertanya-tanya... bila dah keluar dari malaysia, kemana hala tuju kita mereka nak bawa?
malangnya mereka pun tak tahu...




hilbert berkata...

MB, iye lah bro, ...mereka nak bawa Sarawak ke mana.. apa yg mereka tak puas hati dengan Malaysia.

mereka juga tak pernah pikir samada mereka di atas landasan betul atau tak...mereka tak boleh nafikan hak rakyat Sarawak lainnya yg sentiasa menjunjung semangat kesatuan dlm Malaysia ini..

Arkib Blog