Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Oktober 21, 2012

Lagu "Harapan Bangsa" bukan lagu kerohanian Kristian tapi lagu mewakili PR !



Cuba anda semua dengar betul-betul setiap senikata serta lirik di dalam lagu Harapan Bangsa nyanyian oleh Jacqueline Victor ini, bagi saya ia bukan satu lagu yang mewakili suara umat Kristian di Malaysia kerana saya tidak pernah rasa tersentuh hati apabila mendengar lagu tersebut sebabnya ialah lagu tersebut lebih mirip dengan perjuangan pihak pembangkang yang mahu melakukan perubahan dengan cara apa saja sekalipun.

Perubahan dari bentuk apa yang dimaksudkan sepertimana yang disebut dalam lagu Harapan Bangsa itu? Apa yang hendak dipulihkan dalam negara ini jika menurut kata lagu nyanyian Jacqueline Victor itu kalau lagu itu memang bukan mewakili suara pihak Pakatan Pembangkang?

Bagi orang Islam, lagu ini telah dianggap sebagai menghina agama mereka tetapi bagi saya lagu ini bukan saja setakat menghina agama serta umat Islam di negara ini malah lagu ini turut menyatakan hasrat pihak Pembangkang yang mahu melakukan perubahan kerajaan di negara ini kerana kononnya Malaysia di bawah kerajaan BN perlu dipulihkan segera dengan menukar kepada kerajaan yang baru

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim kena bertindak cepat terhadap lagu ini !!!

1 ulasan:

PenganutPAS berkata...

Ramai yang membantah lagu ni . Tapi bagi saya lagu ni tiada kena mengena dengan Islam . Penyanyi nya adalah kristian . Ini lagu kristian dalam bahasa melayu.

Tapi jika terasa bahawa islam dihina. Sila salah kan pihak yang tidak menentang malah menyokong tututan pihak kristian yang mahu menggunakan Bible dalam bahasa melayu.

Lagu ini patut dijadikan sebagai amaran dan pengajaran kepada seluruh umat Islam untuk berhati-hati dengan dakyah Kristian ini . Langkah yang paling berkesan memberi penerangan seluas mungkin kepada remaja Islam.

Arkib Blog