Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Oktober 24, 2012

Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat selalu mungkir janji !

Jika sebelum ini Datuk Nik Aziz pernah berjanji akan turut bersara dan meletakkan jawatannya selaku Menteri Besar Kelantan sekiranya YABhg Tun Dr Mahathir yang ketika itu masih Perdana Menteri Malaysia bertindak untuk berundur atau bersara dari menerajui kepimpinan negara.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah melepaskan jawatannya daripada kerajaan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003 iaitu hampir genap 9 tahun sudah namun Datuk Nik Aziz sehingga kini masih lagi kekal sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa ada petanda atau petunjuk-petunjuk yang beliau akan berundur dari memimpin negeri Kelantan.

Begitu juga apabila beliau baru-baru ini pernah berjanji bahawa tidak akan bertanding dalam mana-mana kawasan pilihanraya DUN serta Parlimen pada PRU-13 nanti tetapi selepas itu beliau sekali lagi mungkir janji apabila berkata akan turut bertanding atas alasan sebab desakan datang daripada kepimpinan serta akar umbi PAS sendiri yang mahu beliau berbuat demikian.

Keputusan oleh Datuk Nik Aziz telah dibidas oleh YABhg Tun Dr Mahathir yang menganggap Menteri Besar Kelantan itu akan terus menjadi seorang pemimpin yang sentiasa memungkiri janji-janjinya sendiri sepanjang masa dan tidak akan pernah berpegang kepada apa yang pernah beliau katakan.

3 ulasan:

Ali berkata...

Hadits Nabi Muhammad SAW Tentang Orang-Orang Munafik :
“Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).

Azizi Melaka berkata...

waa aaaa tabik bab n ajis nih. tegar gila. nak jadikkan kemahuannya nyata di msia nih selagi nyawa di kandung badan walau apa pun.

tapi ia hanya dicandui oleh pas yang semakin mabok untuk mengejar impian. sedangkan apa yang mereka kejar sememangnya sudah tersedia ada. mau tak mau sahaja . sikap angkuh yang menolak islam kepada 'islam ala pas' itu menjadikan n ajis merasakan amat berguna kepada pas dan keujudan pas bagi setiap pru.

bagi n ajis impian akan kuasa diperolehi melalui politik sebegini adalah segalanya.biarpun menyedari perpecahan atas perpaduan sesama islam jadi gadaianya.

Arkib Blog