Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, April 14, 2012

Bershit 3.0: dimanakah letaknya ilmu Pak Samad ?

Kalau diikut tafsiran orang-orang dulu dan juga sebahagian daripada orang-orang sekarang, sebaik terlihat seseorang yang menyimpan janggut serta misai yang panjang tentulah beranggapan bahawa orang tersebut memiliki banyak ilmu, tak kiralah ilmu apa yang dia ada.

Begitu juga dengan Datuk A. Samad Said, kita sudah biasa dengan penampilan beliau yang bermisai panjang serta berjanggut panjang berjuntai dan ditambah lagi dengan gelaran Sasterawan yang dimilikinya setelah mendapat pengiktirafan pihak kerajaan atas beberapa sumbangan beliau terhadap bidang pendidikan negara sebelum ini.

Manakala ada juga yang berpendapat jika kita berilmu adalah lebih baik jangan menunjuk-nunjuk agar tidak riak. Namun bagi yang berilmu pula, mereka berhak untuk menentukan kepada umum bagaimana caranya untuk memberitahu kepada masyarakat umum bahawa mereka ada ilmu ataupun berilmu.

Menyimpan misai tebal, panjang dan juga semestinya janggut panjang adalah merupakan pengenalan kepada mereka-mereka yang kononnya orang yang berilmu akan tetapi jika tindakan mereka itu dilihat semakin terkeluar daripada sifat-sifat seseorang yang berilmu, maka harus dimana lagi letaknya ilmu yang ada pada mereka yang wajip untuk kita percayai?

Seperti Pak Samad ini, beliau dikenali semua sebagai seorang yang sangat berilmu dalam bidang yang tertentu, tetapi apabila beliau melibatkan diri secara aktif didalam siri demonstrasi serta rusuhan di jalanan semata-mata terikut yang kemudiannya mengetui segolongan pihak untuk menentang kerajaan secara keras, jadi apakah ilmu yang ada pada Pak Samad itu masih tersangkut dalam janggut mahupun misai beliau?

Patutnya, jika Pak Samad masih lagi berkeras tetap mahu bersama-sama dengan S. Ambiga Sreenavasan, Hishamuddin Rais serta yang lainnya untuk mengetuai perusuh di perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka nanti maka adalah lebih baik potong saja janggut serta cukur semua misai yang sudah tidak bernilai dan tidak berharga itu serta tidak membawa sebarang makna apapun...

3 ulasan:

Jeffry berkata...

MUNGKIN ILMU DIA DAH LETAK KAT ATAS PALE LUTUT LER BROO. MAKIN TUA BKN MAKIN MATANG TP MAKIN BANGANG!..SIANNNN KEHKEHKEHKEH

hilbert berkata...

ye bro, patutnya di usia yg sudah senja Pak Samad isikan waktu itu dgn perkara2 yg berfaedah bukannya ikut belakang Ambabiga setiap masa...berarak macam orang gila atas jalanraya

hilbert berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Arkib Blog