Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, April 13, 2012

Bershit 3.0: Ambiga & Pak Samad adalah ancaman besar kepada ketenteraman awam di Malaysia !

Walaupun sudah berpuluh-puluh laporan polis dibuat oleh rakyat yang cintakan kedamaian dan ketenteraman berhubung penganjuran Perhimpunan Haram Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu oleh S. Ambabiga Sreenavasan, A. Samad Said dan yang lainnya serta tanpa adanya tindakan susulan oleh pihak berkuasa, dan kini pihak yang sama sekali lagi mahu mengadakan satu perhimpunan haram serupa iaitu Bersih 3.0 yang dijangka akan diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Terus bermaharajalela dan mereka semakin berani mencabar undang-undang dan juga kedaulatan negara, pihak S. Ambiga dan Pak Samad nyata semakin angkuh, biadap untuk mengheret seramai mungkin rakyat negara ini untuk berhimpun secara haram mengikut juga menyokong pihak mereka bagi tujuan menentang segala usaha yang telah dan akan dibuat oleh pihak kerajaan.

Sengaja memekakkan telinga serta membutakan mata terhadap semua pembaharuan yang giat dilakukan dari masa ke semasa oleh kerajaan, nyata sekali pihak S. Ambiga dan Pak Samad yang merasakan diri mereka sudah begitu kebal di sisi undang-undang tetap mahu terus menggugat ketenteraman dalam negara tanpa menghiraukan keselamatan orang awam, tanpa peduli perasaan serta hak majoriti rakyat yang tidak suka dengan apa yang sedang pihak Bersih lakukan kini.

Sebagai salah seorang rakyat yang sudah begitu bosan, sudah muak dengan segala tindak-tanduk pihak S. Ambiga dan Pak Samad ini, maka apa masalahnya jika kita sarankan kepada pihak berkuasa di negara ini khususnya pihak polis yang bertanggungjawab penuh terhadap keselamatan dalam negara serta ketenteraman awam supaya menahan, menangkap untuk tempoh beberapa lama Datuk S. Ambiga Sreenavasan, Datuk A. Samad Said, Hishamuddin Rais dan juga mana-mana mereka yang begitu beriya-iya untuk meneruskan perhimpunan haram Bersih 3.0 itu nanti.

Tangkap dan tahan mereka ini mengikut mana-mana Akta yang bersesuaian agar apa juga perkara yang jelas boleh menimbulkan keadaan tidak membantu negara yang selamat untuk rakyatnya berteduh dapat untuk dielakkan daripada berlaku. Cegah sebelum parah.! Bertindaklah sebelum terjadinya sebarang kejadian yang tidak diingini. Lagi satu, sebagai rakyat...saya rasa berhak untuk menyatakan bahawa wang ringgit yang digunakan untuk tujuan mengawal sebarang bentuk keganasan pada hari perhimpunan haram itu nanti adalah lebih baik digunakan untuk tujuan yang berfaedah.

Pada Perhimpunan Bersih 2.0 tahun lepas, kerajaan telah menggunakan begitu banyak wang semata-mata untuk kegunaan mengawal keadaan keselamatan hari berkenaan. Wang telah dibazir untuk perkara yang jelas tidak memberi sebarang faedah kepada rakyat yang terbanyak. Jadi, apa masalahnya bagi pihak kerajaan mahupun pihak berkuasa polis untuk menangkap serta menahan beberapa ekor petualang bangsa dan negara demi keamanan berterusan dalam negara kita. Belanja untuk kegunaan makan minum kalau mereka ditahan bukannya banyak sangatpun...

2 ulasan:

Jeffry berkata...

BERSHIT 3.0 NI NAK KENE SAPU SBB BYK HABUK LER BROO KEHKEHKEHKEH

hilbert berkata...

kita harap bertindak tegas bro, bukan sekadar memberi amaran sepanjang masa tetapi pastikan bahawa BERSIH yg diketuai oleh Ambiga dan Pak Samad dihapuskan seluruhnya..

Arkib Blog