Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, April 12, 2012

Mat Syabu akan 'bercawat' di Miri esok, 13 April..

Jika sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang pernah menghina kaum Dayak di Sarawak dengan berkata "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS."

Kata-kata itu dihambur oleh Haji Abdul Hadi ketika satu sidang media bersama wartawan semasa Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai beberapa tahun lepas dan ianya ditujukan kepada para pengundi berketurunan Iban serta Dayak yang menolak calon pembangkang dan memilih Malcom Mossen Lamuh sebagai Yang Berhormat bagi mewakili rakyat di DUN Batang Ai Sarawak.

Sudah hampir tiga tahun penghinaan yang dilakukan oleh Haji Abdul Hadi itu terhadap kaum Dayak namun sehingga kini beliau belum lagi berusaha untuk memohon maaf daripada masyarakat peribumi terbesar Sarawak itu. Akan tetapi pada hari ini, entah bagaimana tetiba sahaja PAS yang diterajui oleh Haji Abdul Hadi sekali lagi mempermainkan hati dan perasaan kaum Iban dan Dayak Sarawak apabila hendak meletakkan seorang calon dari kaum tersebut untuk mewakili PAS pada PRU-13 bagi kerusi Parlimen Sibuti.

Calon PAS untuk Parlimen Sibuti sudahpun dikenalpasti sebagai Bobby Zaid Tandang, seorang profesional dan sedang bertugas di Semenanjung Malaysia. PAS mahu Bobby menentang calon daripada Barisan Nasional yang berkemungkinan besar sekali lagi akan menurunkan penyandang sedia ada iaitu YB Ahmad Lai Haji Bujang sebagai calon.

Maka untuk mengesahkan perkara tersebut, maka esok Timbalan Presiden PAS Mat Syabu akan berlepas dari KL ke Miri dan akan berada di beberapa tempat dalam kawasan Taman Tunku Miri untuk program-program yang telah diatur oleh PAS cawangan Miri.

Kepada bakal calon PAS di Parlimen Sibuti itu saya ingin melihat seorang pemimpin yang tahu erti bagaimana hendak menjaga maruah bangsa yang pernah dihina. Adakah dengan menerima tawaran tersebut atau akan menolaknya?

Cuma saya terpikir, andaikata Bobby Zaid nanti gagal membantu PAS untuk merampas kerusi Parlimen Sibuti daripada tangan BN pada PRU-13 nanti, apakah jaminan daripada Haji Abdul Hadi Awang yang beliau tidak akan menghina kaum Dayak buat kali yang kedua sebab untuk kesalahan penghinaan beliau yang dulu terhadap kaum Iban pun masih lagi belum selesai.

3 ulasan:

Aura4Fly berkata...

mohon berjuang dipautan blog tuan
http://pecahpalakmikir.blogspot.com

my berkata...

jom tonton pelbagai saluran tv dari dalam dan luar negara seperti Discovery Turbo.Discovery World Hd.Discovery Channel.History Channel.Astro Ria.Astro Prima. Astro Oasis.Tv3.Tv2.Bernama Tv.Al Hijarah Tv .ESPN,STAR SPOTS ,EUROSPORTS dan banyak lagi secara percuma di > http://setcast.blogspot.com/2012/04/live-streaming-malaysia-tv-tv-online.html ,anda jugak boleh mendengar pelbagai siaran radio Online malaysia di > http://setcast.blogspot.com/2012/03/malaysia-radio-online-listen-live.html secara percuma ,jom terjah

princerighty1 berkata...

Salam perjuangan,
Iboh diberi mat sabun ya mijak tanah serawak tok... bagi nya makei cawat jak mun benar2 turun... pakei cawat konon...

Arkib Blog