Pangkalan laut akan dibangunkan di Dalat
KUCHING 28 Jan - Pangkalan laut pertama di Sarawak akan dibangunkan di Dalat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, projek yang sepatutnya dibina di Kampung Buntal, dibatalkan kerana tanah tidak sesuai untuk pemibinaannya. "Selepas pemeriksaan lengkap, didapati tanah (di Kampung Buntal) tidak sesuai. Perbincangan dengan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memutuskan ia akan dibina di luar Kuching iaitu di Dalat," katanya ketika ditemui semasa kunjungan rumah terbuka Tahun Baru Cina di kediaman Berry Tan di sini, malam kelmarin.
Ahmad Zahid menjelaskan, pangkalan laut yang melindungi wilayah timur Malaysia perlu ditempatkan di kawasan strategik bagi kegunaan pemantauan perairan.
Tambahnya, memang ada keperluan untuk mewujudkan pangkalan laut di Sarawak. "Pangkalan terdekat terletak di Teluk Sepanggar di Sabah dan Labuan dan ia agak jauh sekali gus menyukarkan pemantauan di perairan negeri ini," ujarnya.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, perancangan pembinaan projek tersebut bergantung kepada peruntukan yang diberikan daripada Belanjawan 2013.
"Kita sudah mengemukan permohonan peruntukan dan berharap ia (projek) termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Untuk RMK10, ia tidak dinyatakan dalam bajet berikutan beberapa pelan strategik perlu dikenal pasti kementerian," tambahnya - Utusan Borneo (Akhbar)
Bagi kami penduduk yang merupakan anak kelahiran Daerah Dalat ini adalah satu berita yang amat membanggakan serta akan sentiasa ditunggu-tunggu. Pengumuman tentang pembinaan pangkalan laut tersebut sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri Pertahan Malaysia itu bagaikan satu hadiah tahun baru 2012 yang paling berharga buat seluruh penduduk Daerah Dalat khususnya dan penduduk Bahagian Mukah amnya.
Dalat merupakan satu kawasan penempatan penduduk yang berdekatan dengan pesisir pantai di mana Daerah Kecil Oya yang berada dibawah urustadbir Majlis Daerah Dalat sebenarnya satu daerah yang berkongsi pesisiran pantai yang panjang dengan Daerah Mukah serta Daerah Kecil Igan. Maka amat tepatlah Dalat dipilih sebagai lokasi pangkalan laut bagi pertahanan negara kerana Daerah Dalat juga terletak di kawasan tengah Sarawak.
Penduduk Dalat pastinya akan menerima khabar ini dengan rasa penuh kesyukuran kerana sejak sekian lama Daerah Dalat walaupun ia sebenarnya bukanlah satu daerah yang terletak di kawasan pendalaman yang menyulitkan sebarang bentuk projek-projek kerajaan persekutuan ditempatkan tetapi jika dibandingkan dengan beberapa daerah tertentu di Sarawak, Dalat masih terpinggir dari segi pengiktirafan oleh kerajaan pusat.
Adalah amat diharapkan agar apa yang telah dinyatakan oleh YB Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan lokasi pembinaannya yang memilih Dalat sebagai kawasan paling sesuai adalah satu keputusan yang muktamad dan diharapkan supaya tidak akan dipindahkan ke kawasan lain lagi selepas itu sebab jika terlaksananya projek itu nanti pasti untuk jangkamasa panjang ia mampu mengubah wajah Dalat dari satu daerah yang tersisih akan berubah menjadi satu kawasan tumpuan ramai.
Terima kasih Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas pemilihan Dalat sebagai tapak atau pangkalan pertahanan laut baru negara, pertama di Sarawak. Tiada kata lain yang dapat kami berikan kepada Datuk Seri selain daripada ucapan jutaan terima kasih, terima kasih dan terima kasih dan semoga apa yang sedang dirancang pasti akan menjadi kenyataan...
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Januari 28, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan