Mungkin ada sesetengah daripada kita masih ingat dan masih percaya bahawa kegagalan Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi menerajui kepimpinan negara pada tahun 1998 dulu adalah disebabkan oleh pendedahan Karpal Singh di dalam Dewan Rakyat mengenai aduan yang beliau ketahui membabitkan masalah moral bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Tetapi bagi saya dan juga mungkin ada yang lain tentu masih ingat tentang apa berlaku seterusnya di sebalik isu buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM Malaysia" tulisan Allahyarham Khalid Jeffrey di mana ketika itu isu tersebut begitu hangat dan panas sekali di dalam negara.
Anwar yang pada mulanya hanya berdiam diri mengenai isi kandungan buku berkenaan namun mula bertindak apabila semakin banyak pendedahan oleh pihak lain menyusul yang mana kalau tidak dihalang dengan kadar sebeberapa segera memang akan meranap segala impiannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5 mengganti Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila semakin banyak rahsianya terbongkar.
Hanya tinggal satu anak tangga saja lagi untuk Anwar Ibrahim melangkah naik dan duduk di singgahsana sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia di mana pendedahan oleh Karpal Singh telah berlaku di Dewan Rakyat pada tahun 1997 di mana apa yang didedahkan oleh Karpal itu selain daripada surat "akuan bersumpah" Umi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar semuanya bersangkutan dengan apa yang terkandung di dalam buku tulisan Khalid Jeffrey mengenai Anwar Ibrahim.
Demi untuk membuktikan bahawa beliau tidak sepertimana yang digambar dalam buku tersebut dan juga untuk menepis dakwaan oleh surat 'akuan bersumpah' berkenaan, Anwar Ibrahim telah membuat satu laporan polis walaupun telah dinasihati oleh Tun Dr Mahathir Mohamad supaya abaikan saja perkara sedemikian yang menganggap surat berkenaan cumalah 'surat layang' yang sengaja diada-adakan bertujuan untuk memburuk-burukkan nama baik Anwar dan ianya tidak perlu untuk dilayan.
Namun Anwar Ibrahim masih berdegil dan tidak mahu mendengar nasihat daripada Tun Dr, Mahathir apabila beliau tetap dengan keputusan untuk membuat laporan polis mengenai buku "50 Dalil" tersebut serta "surat layang Umi Hafilda dan Azizan" dan akhirnya Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir terpaksa akur dengan tindakan yang diambil oleh bakal pengganti beliau itu.
Malahan Ketua Polis Negara ketika itu Ybhg Tan Sri Abdul Rahim Nor sendiri juga pernah mengingatkan Anwar Ibrahim yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan segala risiko yang harus beliau tanggung ekoran hasil siasatan kelak sekiranya pihak polis menyiasat secara menyeluruh ke atas laporan yang beliau buat itu.
Kata nasihat Tan Sri Rahim Nor kepada Anwar Ibrahim lebih kurang berbunyi begini; "Tuan, tuan adalah bakal Perdana Menteri yang seterusnya dan akan menjadi pemimpin kepada seluruh rakyat Malaysia, apakah tuan pasti dengan keputusan tuan ini dan apakah nanti tuan tidak akan rasa terganggu sekiranya siasatan menunjukkan hasil yang positif, ermmm... maksud saya seandainya dakwaan dalam buku tu terhadap tuan berkemungkinan memang benar?"
Dan jawapan Anwar Ibrahim terhadap kerisauan yang dinyatakan oleh Tan Sri Rahim Nor itu juga agaknya lebih kurang berbunyi begini; "ada aku kisah!!! tak apa, jangan bimbang, jalankan saja siasatan tetapi apa yang penting sekali ialah harus maklumkan sentiasa kepada saya dari masa ke semasa apa juga hasil siasatannya, ok!." Itulah agaknya jaminan yang Anwar berikan kepada Tan Sri Rahim Nor kerana beliau yakin mudah baginya untuk mengubah hasil siasatan kiranya pihak polis berjaya menghidu sesuatu yang tak kena pernah beliau lakukan.
Demi menurut kemahuan Anwar maka pihak polispun bertindaklah dengan meneruskan siasatan berhubung semua dakwaan yang terkandung di dalam buku tulisan Allahyarham Khalid Jeffery itu dan sebagaimana arahan Anwar maka setiap hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak polis akan segera dipersembahkan kepada Anwar dari masa ke semasa. Oh! lupa pulak...siasatan itu diketuai oleh Tan Sri Musa Hassan yang ketika itu adalah Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, jawatan tertinggi polis yang beliau sandang sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dan seterus sebagai Ketua Polis Negara sehingga bersara.
Nak dijadikan satu cerita, siasat punya siasat maka akhirnya pihak polis berjaya mendapat suatu kesimpulan bahawa apa yang ditulis dalam buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri Malaysia" lebih banyak menunjukkan bukti ianya memang benar dan bukan satu rekaan dan perkara itu segera dimaklum serta diberitahu kepada Anwar Ibrahim oleh Tan Sri Musa Hassan selaku ketua penyiasat yang dipertanggungjawab dalam misi penysiasatan terhadap kandungan buku "50 Dalil" itu.
Tersentak dan terperanjat dengan apa yang telah dimaklumkan oleh Tan Sri Musa Hassan itu bahawa apa yang ditulis dalam buku Khalid Jeffery itu lebih 90% ada kebenarannya, Anwar Ibrahim yang ketika itu sedang menikmati sarapan kuih karipap serta teh tarik hampir jatuh pengsan kerana tidak menyangka bahawa polis begitu cekap dalam tugas mereka hinggakan perkara yang beliau jangka boleh terlepas dari siasatan berjaya juga dirungkai dan ditemui oleh pihak polis.
Anwar Ibrahim menjadi serba salah. Duduk salah berdiripun salah. Sekejap pergi bilik air sekejap keluar bilik pejabat. Sekejap dia suruh pembancuh kopinya buatkan kopi, sekejap suruh bancuhkan teh, sekejap suruh buatkan nescafe, sekejap suruh buatkan milo. Tan Sri Musa Hassan yang masih berada di situ mulai naik pening melihat gelagat Anwar Ibrahim yang nampak resah gelisah semacam saja ketika itu. Sekejap Anwar buka tali leher, sekejap dia pasang tali kasut. lepas tu buka tingkap bilik pejabat sambil tengok Bangunan Kedutaan Turki yang nun jauh di sebelah.
Akhirnya Tan Sri Musa Hassan bersuara, "Tuan, macam mana ini tuan? Kami polis tidak mahu membuang masa lagi...
Dan Anwar segera menjawab, "Ok, ok, ok...macam ni, macam ni, tutup saja siasatan dan saya akan tarik balik laporan polis yang saya buat pasal buku tu, ok"
Tan Sri Musa Hassan terkejut dengan permintaan Anwar Ibrahim itu seraya berkata, "mana boleh tuan, itu sudah menjadi satu kesalahan, kami polis tidak boleh lagi berpatah balik dalam soal siasatan kes seperti ini dan tuan tidak berhak menghalang kami dari meneruskan siasatan kes ini tambahan pula isu ini sudah diketahui umum, nanti apa pulak kata orang ramai atau parti pembangkang"
Anwar Ibrahim tidak berputus asa dalam mempengaruhi Tan Sri Musa Hassan yang nampak semakin tegas, "Ok kira macam nilah, saya Timbalan Perdana Menteri dan tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri dan sudah tentu jawatan Menteri Dalam Negeri saya yang pegang dan pihak polis berada dibawah arahan saya, oleh itu saya jamin tidak akan berlaku apa-apa. Bolehkan, hentikan saja siasatan ini??? desak Anwar kepada Tan Sri Musa Hassan.
Namun Tan Sri Musa Hassan tetap tegas dengan pendirian beliau lalu berkata kepada Anwar, "Mana boleh tuan, perbuatan macam tu jelas menyalahgunakan kuasa dan amat tidak baik kepada seseorang yang bakal menjadi pemimpin sesebuah negara."
Anwar terpinga-pinga malu sebaik mendengar alasan yang diberikan oleh Tan Sri Musa Hassan yang terus bertegas bahawa siasatan tidak akan dihentikan bagi mencari kebenaran dan sekiranya pihak polis menurut arahan Anwar supaya menghentikan siasatan tersebut itu bermakna pihak polis sengaja menempah bala kerana pasti kecaman hebat terhadap polis oleh pihak pembangkang terutama sekali daripada Karpal Singh tentu akan memburukkan nama baik serta imej polis di mata masyarakat.
Itulah, kalaulah dulu Anwar Ibrahim mendengar nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad, nasihat daripada Tan Sri Rahim Nor sudah tentu lama sudah dia dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tun Dr. Mahathir melarang beliau supaya jangan buat laporan polis tapi terus berdegil konon untuk membuktikan beliau tidak bersalah. Betapa sayangnya Tun Dr. Mahathir kepada Anwar ketika itu, bagaikan menatang minyak yang penuh.
Keyakinan serta kepercayaan Tun Dr. Mahathir terhadap Anwar Ibrahim untuk menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri adalah seratus peratus. Malahan seluruh rakyat Malaysia juga berperasaan sedemikian termasuklah saya juga. Memang ramai kalangan rakyat Malaysia yang percaya bahawa Anwar memang layak dan sesuai sekali menggantikan Tun Dr. Mahathir dan ramai sekali yang memuji beliau.
Tun Dr. Mahathir merupakan orang yang paling kecewa sekali dengan keputusan Anwar Ibrahim apabila tidak mendengar nasihat supaya membiarkan saja apa orang kata dan tidak payah membuat laporan polis. Rakyat Malaysia juga turut kecewa dengan tindakan Anwar yang enggan mendengar nasihat daripada Tun Dr. Mahthir itu. Hanya tinggal selangkah saja lagi untuk Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi kesilapan yang beliau lakukan itu gara-gara tidak mendengar nasihat Tun Dr. Mahathir telah memusnahkan harapan Tun Dr. Mahathir, harapan beliau sendiri dan juga harapan seluruh rakyat Malaysia.
Kalaulah dulu Anwar Ibrahim sudi mendengar kata nasihat daripada pihak lain terutamanya daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga nasihat daripada Tan Sri Rahim Nor agar berpikir banyak kali sebelum membuat laporan polis pasti untuk menjadi seorang Perdana Menteri tidak memerlukan beliau mengadakan berkali-kali perhimpunan haram, demonstrasi liar sehingga mendatangkan kecederaan yang tidak sepatutnya beliau alami di ketika usia emas yang semakin lanjut seperti dalam gambar di atas.
Dan pastinya peralihan kuasa daripada Tun Dr. Mahathir kepada beliau dulu akan berjalan dengan lancar tanpa perlu adanya pertubuhan haram seperti Hindraf, Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0, Seksualiti Merdeka dan sebagainya merusuh di atas jalanan untuk menyatakan sokongan kepada beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tetapi mengapa Anwar Ibrahim harus memilih jalan itu untuk berkuasa ?
Salah siapa??? mengapa sekarang Anwar Ibrahim menyalahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, UMNO serta BN atas kegagalan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia? Lihatlah dulu, imbas kembali peristiwa dimana punca sebenar yang menyebabkan beliau tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Tun Dr. Mahathir telah begitu bersusah payah mengasuh beliau untuk menjadikannya seorang pemimpin hebat negara ini namun semuanya telah disia-siakan oleh Anwar Ibrahim apabila beliau kini adalah Penasihat Umum PKR serta Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia sekarang ini.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, Januari 29, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan