Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Disember 18, 2011

Mahakangkung menurun bendera DS Najib, tindakan amat tidak bertamadun!

Sekumpulan penuntut universiti yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) serta Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) semalam telah bertindak sungguh kurang ajar, biadap dan yang paling teruk tidak bertamadun sama sekali apabila tergamak menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak yang dikibarkan dihadapan bangunan Pusat Dagangan Bumiputera Kuala Lumpur (PWTC).

Tindakan sedemikian tentu sekali sangat tidak bersesuaian dengan status mereka sebagai seorang penuntut ilmu di Menara Gading di mana ilmu yang hendak mereka tuntut bukan lagi sama tarafnya dengan apa yang pernah mereka pelajari sewaktu masih duduk di sekolah rendah mahupun ketika berada di sekolah menengah dulu kerana apabila sudah berada di peringkat universiti kematangan berfikir sebelum bertindak di samping disiplin yang tinggi bagi seseorang yang berilmu adalah amat penting sebelum berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

Tetapi malang sekali, dengan tindakan bodoh dan tidak melambangkan mereka sebagai kumpulan pelajar bertaraf tinggi apabila mengambil bahagian berhimpun serta berarak untuk menuntut itu dan ini daripada pihak kerajaan sehingga sanggup pula menurunkan bendera Perdana Menteri telah dengan sendirinya meletakkan mereka sebagai sekumpulan pelajar yang KOSONG serta BEKU dari segi pemikiran mereka dan apakah mereka ini masih layak lagi untuk gelar sebagai kumpulan Mahasiswa? Tindakan kumpulan ini sebenarnya telah keterbelakang malah lebih mirip dan serupa dengan tindakan tidak bertamadun sebahagian rakyat Indonesia ketika demonstrasi Anti-Malaysia dihadapan Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta baru-baru ini.

Kerajaan telah bersusah payah menyediakan begitu banyak pusat-pusat pengajian seperti kolej-kolej, universiti-universiti selain sekolah-sekolah tempat seluruh rakyat Malaysia terutamanya generasi muda untuk belajar dan menimba ilmu malah ada pula sebahagian daripada mereka yang menerima biasiswa kerajaan bagi membantu mengurangkan beban agar mereka boleh berjaya hingga ke pengajian akhir sama seperti pelajar yang berkemampuan namun malangnya apabila kumpulan penuntut ini tidak pernah mahu berpikir ke arah itu tetapi lebih cenderung berpihak kepada pihak pembangkang untuk menentang kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib.

Kita tidak tahu, apa lagi yang tidak memuaskan hati sekumpulan Mahakangkung itu yang begitu terdesak sehingga bendera Perdana Menteri juga turut menjadi sasaran. Apakah mereka telah menjadi talibarut kepada pihak pembangkang? Untuk beranggapan mereka akan duduk di pusat-pusat pengajian tinggi dalam tempoh yang lama atau seumur hidup tidak mungkin juga sebab biasa mereka hanya akan berada di tempat pengajian cuma lebih kurang dalam 5 tahun dan adalah tidak mungkin untuk mereka meninggalkan legasi yang perlu diwarisi kepada penuntut yang seterusnya, jadi apakah motif sebenarnya kumpulan Mahakangkung itu yang telah sanggup bertindak diluar batasan sebagai seorang pelajar?

2 ulasan:

WIRA KENYALANG™ berkata...

Inilah pelajar-pelajar yang dinaungi Pakatan Pembangkang. Yang menyedihkan semuanya pelajar Melayu yang telah diracuni pemikiran Pakatan pembangkang yang diterajui Tian Chu. Melayu mudah lupa.

hilbert berkata...

begitukah sikap bakal pemimpin negara masa depan...sangat merugikan,,

Arkib Blog