Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, November 11, 2011
Sapa kata kumpulan songsang dinafikan hak mereka di negara ini? ..mana adaaa...!
Hanya Ambiga, Marina dan Irene serta rakan sepasukan mereka saja yang mungkin beranggapan bahawa kumpulan gay, lesbian dan transeksual di negara ini telah dipinggir, ditindas dan dinafikan hak mereka selaku warga Malaysia sehingga memaksa diadakan satu acara di kenali sebagai Program Seksualiti Merdeka kononnya sebagai satu saluran khusus untuk golongan berkenaan menyuarakan masalah atau mengemukakan pandangan bagi mempertahankan hak mereka.
Tetapi tidakkah Ambiga dan rakan-rakan beliau sedar andaikata ada berlaku sebarang jenayah yang melibatkan kumpulan berkenaan, mereka juga sudah pasti mendapat pembelaan yang serupa sebagaimana masyarakat Malaysia yang lainnya atau dalam ertikata lainnya, dari segi perundagan untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya, hak mereka tidak pernah dinafikan malahan nasib mereka akan tetap terbela tetapi bukanlah mengenai amalan seks mereka.
Misal kata jika mereka terbabit di dalam kegiatan jenayah, dalam kes rogol, dalam kes liwat, dalam kes rompakan dan sebagainya maka mereka juga akan diwakili oleh peguam apabila kes dibawa ke mahkamah. Pun begitu, jika mereka tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat peguam, kerajaan Barisan Nasional juga sudah ada Biro Bantuan Guaman khusus untuk yang kurang mampu termasuklah mereka-mereka itu.
Untuk menuduh kerajaan bertindak zalim atau tidak berperikemanusiaan terhadap golongan berkenaan hanya kerana pihak kerajaan enggan mengiktiraf kewujudan mereka yang membawa amalan tidak sihat di negara ini adalah tidak munasabah juga sebab sebagai sebuah kerajaan, sesiapapun jua yang menjadi pemerintah tentulah mereka merasakan bahawa tanggungjawab untuk menguruskan sesebuah negara itu bukan hanya berkenaan dengan pembangunan ekonomi, infrastruktur, fizikal semata-mata tetapi turut merangkumi soal moral dan sosial masyarakat juga.
Mungkin kerajaan Malaysia berpendapat untuk menyelamatkan golongan berkenaan dari terus hanyut dan dibiarkan mereka megah dengan gaya kehidupan yang sedemikian adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab sebab apabila tindakan membenarkan mereka yang berkenaan dengan kehendak mereka nescaya budaya songsang bawaan Barat itu akan merebak dalam lingkungan masyarakat dan sekiranya ia tidak dibanteras dengan lebih awal adalah bukan satu perkara yang mustahil apabila ia akan menjadi ikutan oleh generasi yang seterusnya.
Oleh itu, Ambiga, Marina dan rakan-rakan mereka perlu sedar dan faham kalau sebut pasal hak, memang semua rakyat Malaysia secara amnya punya hak dalam negara sendiri dan tidak semestinya pula mereka berhak untuk berbuat apa saja sehingga akhirnya membinasakan negara sendiri. Hak harus digunakan dengan cara yang betul dan bukan disalahgunakan untuk tujuan-tujuan yang menyalahi undang-undang negara. Hak juga tidak wajar digunakan sebagai alasan untuk menghidupkan budaya tidak bermoral di negara ini.
Marina sebagai bekas orang kuat Majlis AIDS Sedunia ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir dulu, patutnya lebih memahami bagaimana perjuangan 'mencegah lebih baik dari mengubati' terhadap para penagih dadah dan begitu jugalah apabila negara berdepan dengan isu segelintir rakyatnya yang semakin hari semakin ramai terjebak ke dalam masalah moral seperti seks bebas itu, maka satu tindakan berkesan perlu diambil dan bukannya bertindak sebaliknya dengan melebarkan lagi ruang untuk golongan berkenaan bebas bergerak dengan amalan mereka.
Label:
seksualiti ambiga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan