Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, November 11, 2011

Anak Merdeka Sdn Bhd, tak bertuan !


Blog ini sudah beroperasi hampir lebih 3 tahun iaitu selepas berlalunya PRU-12 2008. Masih mentah lagi. Mula berblog dan mengemukakan pandangan sendiri tentang perkembangan politik tanah air selain untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta kefahaman Anak Merdeka dalam Bahasa Melayu.

Pada peringkat awal terlibat dalam dunia penulisan blog ini, Anak Merdeka tidak terfikir untuk terlalu cenderung menulis mengenai politik tetapi lebih suka hendak menulis apa saja perkara yang berlaku di sekeliling atau di persekitaran yang luas.

Panglima Perang Cyber atau sering saya kenali sebagai PPC dulu, AIDC/Joyah/Mamat Hensem/Yuhu/Faizal/Zek AIDC/, Analisis Politik Ringan/Kumbang, Beranikan Hati/Brave Hearth, Bumi Yang/ISSAC, Dimensi/Jeffry Damien, Yang Gambi, Rajah Mas/Apai adalah antara blogger yang paling awal penulis kenali di alam siber dan pada peringkat itu tulisan di blog merekalah yang sering menjadi rujukan penulis sekiranya mahu membuat artikel baru.

Pendek kata, penulis banyak belajar dari apa yang mereka terbitkan di blog mereka dan suka mempelajari sesuatu yang baru. Maka bermula dari saat itulah penulis masih bertahan untuk terus berblog sehingga kini walaupun adakalanya dah beberapa kali langganan broadband penulis ditamatkan kontraknya oleh syarikat telekomunikasi yang membekalkan khidmat jalur lebar gara-gara lambat membayar sewa bulanan disebabkan sumber kewangan yang kadangkala terhad, menyusut dan meruncing he he he...

Anak Merdeka hanya bergerak secara bersendirian lebih kurang macam kera sumbanglah ceritanya :-) dan lebih selesa dengan cara begini, tidak suka dikawal dan tidak mahu tertakluk atau terikat dengan mana-mana arahan namun sejak dari dahulu sehingga kini tetap melihat kerajaan Barisan Nasional sebagai satu wadah yang wajar untuk terus disokong oleh seluruh rakyat Malaysia berdasarkan kepada komitmen tinggi pemimpin yang ada di dalam gagasan tersebut untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat serta membangunkan sosio-ekonomi negara secara adil dan saksama.

Tulisan ini bukan bertujuan untuk memohon sebarang simpati daripada sesiapapun cuma nak jelaskan kedudukan sebenar hidup sebagai blogger picisan macam Anak Merdeka ini memang kadangkala pasti berdepan dengan masalah serupa iaitu sama seperti yang dialami oleh beberapa blogger yang lain tentu tak boleh lari dari masalah yang membebankan.

Tujuan utama artikel ini juga adalah sebagai reaksi kepada tulisan oleh beberapa blogger pro-Kerajaan di blog mereka masing-masing sebelum ini yang membangkitkan tentang kewujudan masalah "pemerdagangan blogger" dikalangan sesama.

Anak Merdeka akan terus menulis. Terima kasih bro ISAC/Bumi Yang atas kata semangat. Suatu ketika Anak Merdeka pernah menulis tentang hasrat nak berhenti berblog tapi ada kengkawan blogger yang minta Anak Merdeka pertimbangkan. Namun akhirnya Anak Merdeka tarik balik niat nak berhenti menulis diblog dan sehingga kini masih lagi menulis apa saja yang terlintas difikiran. Sebab dulu nak stop-berblog, pasal tu lah ha ha ha...gagal bayar sewa broadband :))

Kepada semua,,,kita teruskan perjuangan di alam siber untuk kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13 kelak...kita bebas tegur BN bukan bermakna kita menentang mereka tapi demi kebaikan mereka juga agar terus relevan sebagai sebuah kerajaan. Ada masalah, selesaikan bersama,,,selesaikan cara bermesyuarah,,,buang yang keruh ambil yang jernih...bersatu kita teguh bercerai kita roboh...

Tiada ulasan:

Arkib Blog