Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Oktober 22, 2011

Jasa besar Gaddafi kepada rakyat Libya yang tidak disedari mereka

Di bawah ini adalah sebuah catatan menarik mengenai perjuangan murni almarhum Muammar Gaddafi untuk rakyat dan negara Libya yang dicatat oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru YB Datuk Zulkifli Noordin melalui laman blog beliau seperti yang telah disiarkan kembali oleh saudara Azli Shukri di dalam blog miliknya Azli Shukri Today.

Saya mengambil keputusan untuk turut menyiarkannya semula agar ianya dapat menjadi satu peringatan kepada semua betapa rakyat di sesebuah negara yang mudah terpengaruh dan ditutup mata mereka oleh dakyah kuasa Barat dari melihat tentang semua kebaikan juga jasa-jasa besar kerajaan yang diterajui setiap pemimpin di negara yang mereka duduki akhirnya hanya akan merugikan diri mereka sendiri.

Merujuk semula kepada keadaan dan situasi yang sedang dihadapi oleh negara Iraq, Mesir dan juga Indonesia sekarang ini. Ketiga-tiga negara berkenaan semasa pemerintahan Presiden yang terdahulu seperti almarhum Saddam Hussein, almarhum Suharto dan Hosni Mubarak kita dapati dan akui bahawa keadaan di dalam negara berkenaan adalah aman, makmur serta keselamatan dalam negara berada didalam tahap yang cukup baik tetapi kini setelah ketiadaan mereka kita boleh lihat bagaimana sukar dan payahnya pemimpin yang menggantikan mereka untuk mengembalikan suasana itu kepada keadaan di waktu zaman pemerintahan ketiga-tiga pemimpin berkenaan.

Iraq yang saban hari berpesta dengan bunyi letupan bom, siri serangan berani mati selepas kematian Saddam Hussein, begitu juga dengan Mesir yang kononnya telah bebas dari cengkaman pemimpin diktator malah selepas kejatuhan bekas Presiden Hosni Mubarak keadaan di Mesir telah bertambah parah dan menjadi tidak menentu dan begitu juga yang berlaku di Indonesia walaupun pada zahirnya kita lihat negara mereka berada dalam keadaan yang aman tetapi dalam banyak hal Indonesia kini sudah tidak pernah stabil dari semua perkara tidak seperti sewaktu pentadbiran almarhum Suharto dulu terutama di dalam hubungannya dengan negara lain dimana Suharto nyata lebih berupaya mengawal karenah rakyatnya namun sekarang kerajaan Indonesia seolah-olah hanya membiarkan rakyatnya bebas sesuka hati bertindak mengikut kemahuan mereka.

Bagaimana pula dengan di negara Libya selepas ini, setelah ketiadaan Kolonel Muammar Gaddafi ? Apakah rakyat Libya akan menikmati lebih banyak kesejahteraan hidup sebagaimana yang mereka kecapi semasa zaman pemerintahan Gaddafi atau nasib mereka yang kemungkinan besar akan dicorakkan oleh kuasa Barat dan Amerika Syarikat akan bertukar menjadi sebaliknya malah semakin buruk dan teruk dimana banyak keselesaan yang telah dinikmati selama ini oleh rakyat Libya ketika di bawah pentadbiran Gaddafi akan ditarik balik oleh kerajaan peralihan yang baru ?

Tulisan YB Datuk Zulkifli Noordin seperti di bawah ini bagi mendapatkan jawapan mengenai persoalan tentang masa depan Libya selepas kematian almarhum Muammar Gaddafi adalah sangat menarik bagi saya untuk dikongsi bersama;

*Salam 2 all. Presiden  Muammar Muhammad Al Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al Qaddafi terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia.

Kelantangan beliau sehingga mencampakkan buku Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak bertolak ansur dan tiada kompromi kepada Barat.

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan Barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka.

Cuba mike tengok apa yang tidak kenanya dengan kerajaan Libya di bawah pimpinan Mua'amar Al Qaddafi:

(01) Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing. Tak payah nan tuntut royalti dah! Ini juga amalan kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan di dalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!;

(02) Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

(03) Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/riba;

(04) Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah dan Qaddafi serta isterinya masih duduk di dalam khemah;

(05) Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

(06) Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberi tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

(07) Tidak ada bil elektrik di Libya;

(08) Pendidikan adalah percuma;

(09) Kemudahan perubatan adalah percuma;

(10) Tiap-tiap pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada kerajaan;

(11) Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cent per liter;

(12) Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

(13) Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

(14) Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain;

(15) Kebanyakan skim kesihatan umum, pendidikan dan minyak di bawah subsidi kerajaan;

(16) Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

(17) Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik ilmu hanyalah 10%;

(18) Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

(19) Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi Zionis la'natullah.

Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonominya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tdak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukupi untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas saja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi Ziois la'natullah tidak ada pilihan lain melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi kerajaan mereka sendiri.

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.

YB Datuk Zulkifli Noordin
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru
Selasa
13 Zul Qaedah 1432 / 11 Oktober 2011

1 ulasan:

red berkata...

Satu lagi kuasa besar Islam tumbang... hurmmmm



ps:- http://cakapmerah.blogspot.com/2011/10/dunia-konspirasi-aaron-ramsey.html

Arkib Blog