Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Oktober 21, 2011

Video kekejaman pemberontak Lybia: صور حية لجثة القذافي 20/10/2011



Seperti tidak berpuashati setelah Kolonel Muammar Gaddafi berjaya mereka bunuh, para pemberontak rakyat Lybia yang menderhaka terhadap pemimpin mereka telah bertindak dengan lebih jauh lagi, terkeluar dari batas-batas kemanusiaan apabila tergamak memperlakukan sekujur tubuh insan yang sudah tidak bernyawa tak ubah seperti melakukan penganiayaan ke atas haiwan-haiwan.

Sebagai rakyat yang dididik agar menjadi rakyat yang tahu menghormati pemimpin serta sentiasa menjaga maruah dan kedaulatan negara, kita di Malaysia ini tentu sekali rasa sangat tersentuh dengan perbuatan keji melampau yang dilakukan oleh pemberontak rakyat Lybia terhadap jenazah almarhum Kolonel Muammar Gaddafi kerana jika benar matlamat asal rakyat Lybia bangun memberontak hanya untuk memastikan kerajaan Gaddafi boleh ditumbangkan tetapi mengapa setelah beliau tewas dan bukan saja setakat berjaya ditahan malah telahpun dibunuh tetapi mereka tetap terus bertindak seolah-olah Gaddafi masih lagi menjadi satu ancaman besar terhadap perjuangan mereka.

Cuma apa yang dapat saya lihat berkenaan dengan tuduhan yang dibuat oleh pihak Barat sebelum ini tentang pembunuhan beramai-ramai rakyat Lybia yang mayat mereka ditemui telah dikubur dalam satu kubur besar kononnya telah dilakukan oleh pihak Muammar Gaddafi tetapi tidakkah kita sedar bahawa semua itu seperti telah dirancang secara rapi bersama antara puak pemberontak Lybia dengan pihak NATO bagi mengaburi mata masyarakat antarabangsa yang pasti akan percaya bahawa ianya adalah perbuatan tentera kerajaan yang dipimpin oleh Gaddafi.

Itu juga yang sedang dilakukan oleh pihak Barat terhadap kerajaan Syria bagi membangkit semangat rakyat Syria supaya terus bangun menentang kerajaan yang diterajui oleh Basir al-Assad. Barat terus memainkan isu ramai rakyat Syria yang telah menjadi mangsa kononnya telah dibunuh oleh tentera kerajaan pimpinan Basir al-Assad tetapi nasib telah menyebelahi pihak Assad apabila mereka berjaya menghidu taktik kotor yang digunakan oleh pihak Barat yang cuba memerangkap Syria ke dalam permainan yang mereka cipta setelah pembunuhan ramai rakyat Syria sebenarnya telah dilakukan oleh puak-puak pemberontak Syria sendiri yang disokong oleh pihak Barat.

1 ulasan:

leeza berkata...

tak patut..kesian dan tak berperikemanusiaan..it is never ending story di libya percayalah. Tak akan aman dah libya contoh paling nyata di Iraq, Amerika atau negara lain tak buat kacau mencampuri urusan negara lain negara tak bolehkah? Negara sendiri pun tercicir, rakyat sendiri pun memberontak, entah apa yang mereka dapat selain kepuasan sementara? yang pasti wang usd hasil kutipan rakyat mereka sendiri bakal mengalir dan terus mengalir ke negara yang telah mereka hancurkan dan kedamaian tidak juga kunjung tiba, mcm saya cakap NEVER ENDING STORY.

Arkib Blog