Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, September 07, 2011

PRU-13: anak sulung Taib ke Parlimen Mukah, Dr Leo ke Astana Kuching..

 Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud dalam ramalan saya akan bersara dari politik Bumi Kenyalang sebelum Pilihanraya Umum ke-13. Beliau yang juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan DUN N.51 Balingian di Mukah. Selain DUN N50 Dalat, DUN N51 Balingian ini juga berada didalam kawasan Parlimen Mukah.

Ketika berucap kepada para tetamu dalam majlis ramah tamah aidil fitri bersama rakyat di Mukah, Pehin Sri Taib dengan jelas memberi bayangan awal kepada penduduk Parlimen Mukah bahawa anak sulung beliau iaitu Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib akan menjadi calon Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Dalam ucapannya di hadapan tetamu pada majlis berkenaan, Ketua Menteri telah mengingatkan DS Mahmud supaya bekerja keras disamping memastikan tempat asal nenek moyangnya iaitu Bahagian Mukah terus membangun seiring dengan kawasan-kawasan yang lain di negeri Sarawak. Pehin Sri tanpa berselindung mahu agar anak sulungnya itu kembali berbakti dan menabur jasa ke kepada rakyat dalam kawasan asal usul keluarga mereka.
Jika ini menjadi satu kenyataan, maka orang yang pertama sekali melonjak kegembiraan adalah saya sendiri dan selepas itu seluruh penduduk Daerah Dalat serta Mukah. Setelah sekian lama mengharapkan pemimpin baru untuk mewakili rakyat dalam Parlimen Mukah, sudah tentulah dengan pengenalan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir bagi menggantikan Datuk Sri Dr. Muhammad Leo Toyad di Parlimen Mukah mampu memberi perubahan sekurang-kurangnya berubah dari seorang pemimpin yang tidak bermaya kepada seorang pemimpin yang baru dan lebih muda.

Andaikata ianya menjadi kenyataan, apabila kelak DS Mahmud dipilih untuk bertanding mewakili BN di Parlimen Mukah bermakna penyandang yang sedia ada iaitu YB Datuk Sri Dr Muhammad Leo akan berpindah ke Astana Negeri Sarawak bagi menggantikan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Tempoh TYT sekarang kurang dua tahun lagi akan berakhir.

Pehin Sri Haji Abdul Taib tidak berminat dengan jawatan berkenaan sebab sebagai seorang pemimpin yang sejati, saya melihat beliau lebih selesa untuk berkhidmat sebagai seorang wakil rakyat dan dengan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak telah memberi banyak kelebihan serta membolehkan beliau untuk berkhidmat secara bersungguh-sungguh kepada Sarawak serta rakyatnya dan ini merupakan satu kepuasan tak terhingga bagi dirinya berbeza sekiranya beliau berkhidmat sebagai TYT.

Memandangkan kepada usianya yang sudah menjangkau ke 75 tahun jelas tidak memungkinkan untuk Pehin Sri Taib akan menerima jawatan sebagai TYT Sarawak ke-7. Ketika menjawat jawatan sebagai TYT Sarawak yang ke-3 pada tahun 1977, usia Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin adalah 57 tahun manakala usia YB Datuk Sri Dr. Muhammad Leo Toyad ketika ini ialah 58 tahun...

Pilihan ke jawatan Ketua Menteri Sarawak sekiranya berlaku kekosongan, Pehin Sri Taib lebih cenderung kepada YB Datuk Sri Awang Tengah Awang Ali Hassan. Pehin Sri Taib lebih senang diwakili oleh Datuk Sri Awang Tengah dalam mana-mana majlis rasmi penting yang mana beliau tidak dapat untuk menghadirinya. Ini juga adalah merupakan satu latihan asas yang diberikan oleh Pehin Sri Taib kepada bakal pengganti beliau...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam geng..ko ngn melanaublogger mok molah group blogger melanau..amacam bro??

hilbert berkata...

ok.. daolah jipo,,, kenah nak.. nak siew, beh ien baruk lah pinyang sakai2 menamah ahli ;)

Arkib Blog