Jika sebelum ini iaitu sewaktu isu Damansara Utama Methodist Church (DUMC) meledak, setelah adanya kegiatan di situ untuk memurtadkan orang Islam telah mula dikesan oleh pihak JAIS serta oleh beberapa orang Melayu, maka dengan arahan segera "tutup mulut" kepada semua pihak di negeri Selangor agar jangan membincang isu tersebut oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khlid Ibrahim maka dengan arahan tersebut juga bermakna buat pertama kalinya pihak kerajaan Pakatan Haram telah menolak amalan demokrasi dan kebebasan bersuara di negara ini dan kembali semula kepada amalan mengawal kebebasan bersuara.
Dan yang terbaru, berikutan timbulnya perang mulut antara Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mengenai hukum hudud, arahan serupa juga telah dikenakan oleh Pakatan Haram terhadap semua pihak terutamanya kepada semua pemimpin dari berbagai peringkat di dalam pakatan mereka termasuklah juga kepada para penyokong ketiga-tiga parti dalam gabungan Pakatan Haram itu supaya "tutup mulut" dan tidak dibenarkan sama sekali untuk bercakap mengenainya.
Arahan terbaru itu telah disampaikan oleh Pakatan Haram melalui tiga wakil mereka iaitu ketika sidang media bersama ketiga-tiga parti berlangsung di Ibu Negara baru-baru ini yang diwakili oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.
Langkah yang diambil oleh pihak Pakatan Haram ketika berdepan dengan masalah seumpama itu sebenar satu langkah yang kembali mundur semula ke belakang iaitu kembali kepada satu peraturan atau undang-undang yang kini sedang giat cuba dihapuskan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional apabila baru-baru ini Datuk Seri Najib telah mengumumkan bahawa kerajaan pimpinan beliau akan memansuhkan beberapa akta seperti Akta ISA, Akta Mesin Cetak dan beberapa yang lain, semuanya bertujuan bagi memberi lebih banyak kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk bersuara.
Tindakan melarang mana-mana pihak untuk membincang atau menyentuh tentang isu yang sedang berbangkit yang sedang menyelubungi mereka kini oleh pihak Pakatan Haram merupakan satu bentuk tindakan yang amat bertentangan sama sekali dengan usaha oleh kerajaan Barisan Nasional itu. Dan apakah itu semua sebagai satu gambaran awal kepada rakyat Malaysia sekiranya Pakatan Haram berjaya menubuhkan kerajaan di Malaysia, mereka akan kembali semula kepada sistem kuku besi, segala kebebasan akan disekat dan Akta ISA akan dikuatkuasakan semula?
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, September 28, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan