Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Julai 19, 2011

A. Samad Said nak buat apa jika kediamannya dipecah masuk perompak ?

Jika sebelum ini A. Samad Said telah menganggap pihak polis sebagai kejam dan bengis serta seperti mahu memakan dirinya. Lantaran itu orang tua ini telah mengsytihar bahawa beliau sangat membenci pihak polis tak kiralah, asalkan mereka itu polis dan tidak kira samada anggota polis itu terdiri daripada saudara-mara dia sendiri ataupun orang lain sebab yang penting kini ialah A. Samad Said sudah sangat benci kepada polis.

Kebencian A. Samad Said terhadap polis bermula apabila perarakan haram BERSHIT 2.0 menemui kegagalan yang sama sekali tidak dijangka oleh Pakatan Haram 3 Parti akan berlaku. Belum lagi reda rasa kebencian A. Samad Said yang meluap-luap terhadap pihak polis, kini beliau menambah satu lagi rasa benci didalam jiwa dan sasaran dia kali ini ialah kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, semuanya gara-gara BERSHIT 2.0 yang gagal mencapai objektifnya pada 9 Julai lalu.

Kalau A. Samad Said setakat mahu membenci kerajaan, saya tak heran sangat sebab orang lainpun sudah biasa dah buat perkara macam tu sejak dulu-dulu lagi. Dia nak benci ke atau nak kutuk kerajaan Malaysia itu dia punya hak. Tetapi apa yang menjadi satu persoalan disini ialah andaikata rumah kediaman A. Samad Said dipecah dan dimasuki pencuri dan perompak, apakah tindakan yang bakal A. Samad Said akan ambil?

Adakah A. Samad Said akan membuat laporan polis serta memohon pihak polis untuk mengesan kedudukan perompak yang telah menyamun segala harta benda milik beliau yang tersimpan didalam rumahnya? Tetapi saya yakin bahawa A. Samad Said tidak akan melakukannya kerana perasaan benci dia terhadap polis takkan mudah terpadam dengan begitu saja walaupun dia sedang berada didalam keadaan yang sangat terdesak.

Sekurang-kurangnya A. Samad Said terlebih dulu akan membuat aduan kepada Ambiga Sreenavasan, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan untuk dia membuat laporan kepada pihak polis adalah sesuatu yang sangat mustahil hendak dilakukan kerana mana mungkin orang yang sangat membenci polis sanggup pula untuk sujud dikaki polis merayu bantuan serta pertolongan.

3 ulasan:

razak berkata...

sekiranya perompak masuk kedalam rumah A Samad, beliau tak perlu panggil polis sebab dia anti polis.
cuma beliau akan cari kerusi malas nya terus membaca puisi @ mendeklamasi puisi terbarunya BERSHIT edisi 2.0. perompak akan terpegun.

hilbert berkata...

Zulkiflee,
Samad Said rasa segan nak minta bantuan polis sebab dah terlanjur cakap dah benci sangat hehe...

AJAI62 berkata...

Assalam bro

Dia akan panggil Anwar dan Ambiga and the geng utk merusuh kat rumah dia...

Arkib Blog