Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Julai 19, 2011

Diplomatik antara Vatican dgn Malaysia: Pakatan Haram mulai resah !

Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib menyampaikan cenderahati kepada Pope Benedict XVI ketika kunjungan beliau bersama rombongan kerajaan Malaysia ke Vatican City, Rome.
Keputusan kerajaan Malaysia dibawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Vatican sebuah kerajaan yang menganut fahaman Roman Katholik iaitu mazhab tertua dalam agama Kristian nampaknya tidak sahaja akan menambah lagi hubungan rakan Malaysia dengan negara lain di seluruh dunia namun yang pasti akan menambah lagi derita pihak Pakatan Haram DAP, PAS dan PKR yang selama ini begitu beriya-iya sekali melaga-lagakan kepimpinan Perdana Menteri dengan masyarakat Kristian di Malaysia.

Syabas buat Datuk Seri Mohd Najib kerana telah mengambil keputusan ini walaupun ianya nanti mungkin akan mendapat tentangan dari segolongan pihak dalam negara namun apa yang lebih penting ialah kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO yang mewakili kaum Melayu dan Islam di negara ini namun tidak pernah mengamalkan sikap permusuhan dengan mana-mana masyarakat Malaysia yang mempunyai pegangan agama berbeza sebagaimana yang sering ditohmah oleh pihak Pakatan Haram terhadap kerajaan Malaysia sebelum ini.

Di pihak orang-orang Kristian dalam Malaysia ini pula, anda semua boleh lihat bagaimana kesungguhan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib dalam mewujudkan hubungan mesra, aman dan jujur dengan semua pihak dalam negara ini tanpa mengira siapa mereka walaupun sering berdepan dengan bermacam cabaran seperti apa yang telah dilakukan oleh sekumpulan pengkhianat negara iaitu BERSIH 2.0 baru-baru ini, tetapi semua itu bukanlah satu penghalang buat kerajaan Barisan Nasional untuk meningkatkan apa yang sudah dicapai kepada peringkat yang jauh lebih tinggi lagi.

Dengan keputusan pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib untuk mengadakan hubungan dua hala secara formal dengan kerajaan Vatican maka diharaplah masyarakat Kristian di Malaysia ini walaupun bukan kesemuanya mempunyai pandangan serong terhadap kerajaan Malaysia, namun apa yang diharapkan daripada keputusan itu akan membukan lebih luas ruang kepada kumpulan berkenaan untuk melihat, menilai dan berfikir bahawa kita dalam Malaysia ini sebenarnya adalah bebas untuk mengamalkan pegangan hidup masing-masing tanpa tekanan daripada pihak pemerintah asalkan tindakan yang kita lakukan tidak melanggar undang-undang negara serta sentiasa terkawal sesuai dengan prinsip rukun negara yang kita sanjung selama ini.

2 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..SBB TU DLM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DH JANJIKAN KEBEBASAN MENGAMALKAN AGAMA KPD SEMUA KAUM. TP ANUWAR PANDIKUTTI KONON2 NAK JADI HERO AGAMA SEMUA KAUM DGN MENGHASUT RAKYAT. DIA TU LEBIH SUDU DARI KUAH...HARKKK PTUIHHH!!

hilbert berkata...

Salam bro,

ye lah,,,tapi malangnya apabila pakatan haram masih lg berusaha untuk mengelirukan rakyat pasal perkara berkenaan..

kerajaan dah buat berbagai-bagai program penerangan mengenai perkara berbangkit isu agama, budaya jadi harap rakyat akan memahami semuanya dengan sebaik mungkin

Arkib Blog