Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Julai 07, 2011

Rampasan kuasa: Ambiga & konco2nya dapat sokongan 4 negara Barat!!!

Melalui maklumat SMS yang saya terima daripada rakan blogger (HsnLmpg) yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia yang antara lain isi kandungan SMS tersebut ada menyebut bahawa pihak kedutaan Australia, Italy, Amerika Syarikat dan Britain telah bersedia untuk hadir menyokong perhimpunan haram yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan haram BERSIH 2.0 pada Sabtu ini 9 Julai. Dan mungkin akan ada lagi sokongan sedemikian dari negara-negara yang terpengaruh dengan dakyah oleh Pakatan Haram 3 parti.

Jika demikianlah penghujung jalan yang dicari oleh Ambiga Sreenavasan, Asamad Said, Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang, Nik Aziz Nik Mat, Ronnie Liu, Mohamad Syabu dan seluruh konco-konco mereka melalui pertubuhan haram BERSIH 2.0 ini maka saya tidak menolak perhimpunan haram yang telah dirancang lusa iaitu pada hari Sabtu itu adalah sebagai satu percubaan untuk merampas kuasa dengan cara kekerasan daripada kerajaan Barisan Nasional yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat negara ini.

Dengan mendapat sokongan moral, sokongan kewangan serta tidak mustahil mungkin akan ada juga sokongan yang berbentuk senjata daripada pihak negara luar untuk pihak BERSIH 2.0 bagi melunaskan hasrat mereka pada hari Sabtu ini, maka pihak Kementerian Dalam Negeri seboleh mungkin hendaklah bertindak dengan lebih tegas dan berani lagi terhadap mereka-mereka ini yang nyata bakal mengundang begitu banyak kemudaratan terhadap kesejahteraan dan keamanan negara ini.

Tangkap saja Ambiga Sreenavasan, tangkap saja A. Samad Said dan tangkap saja mereka-mereka yang terbukti masih berdegil mahu perhimpunan haram diteruskan, sumbat saja mereka ke dalam penjara, tahan mereka di bawah I.S.A !!!

1 ulasan:

captain berkata...

jangan jadi batu api...najib dh janji nk bg permit...mane?susah sangat ker?rampas kuasa? nak suruh negara barat serang malaysia mcm libya ker?bullshit lah lu..guna otak ler...ini cumam perhimpunan aman...paham tak...nak aku ulang lagi...perhimpunan aman...yang lebih ganas aku rasa perkosa,pekida..nak jadi kl gangster...

Arkib Blog