Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Julai 07, 2011

KJ, Ambiga & Tok Him layak ke peringkat akhir...

Setelah hampir sebulan berhempas-pulas memburu tempat untuk melayakkan mereka dapat bersama-sama dengan peserta lain dalam kejohanan rally asia pada 9 Julai di Ibu Negara, akhirnya ketiga-tiga mereka iaitu Khairy Jamaluddin, Amiga Sreenevasan dan Datuk Ibrahim Ali berjaya juga dalam mereka di mana masing-masing telah terpilih untuk menduduki tempat yang ke 89, 90 dan seterusnya tempat ke 91.

Dengan 8 pingat emas disediakan oleh pihak penganjur untuk direbut, ketiga-tiga mereka ini akan turut disaingi oleh nama-nama yang telah lama tersenarai seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Haji Abdul Hadi Awang, Teresa Cock, Nik Aziz Nik Mat, Nurul Izzah Anwar dan ramai lagi dari pasukan BERSHIT 2.0 iaitu sekitar 60 orang dan begitu juga dari pasukan Perkasa ada 14 orang manakala Pemuda UMNO/Barisan Nasional pula terdapat 11 orang menjadikan kesemua peserta terpilih adalah 91 orang.

Bagi pasukan yang diwakili oleh Ambiga Sreenevasan, sasaran mereka adalah untuk menyapu BERSIH kelapan-lapan pingat yang dipertaruhkan namun keinginan pihak Ambiga itu memang agak sukar atau bolehlah dikatakan sebagai memang sangat payah untuk direalisasikan memandangkan cabaran daripada pasukan PERKASA yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali akan menyusahkan pasukan Ambiga kerana pasukan PERKASA memang sangat digeruni oleh pihak lawan dan kawan kerana memiliki semangat juang yang begitu kental sekali.

Manakala untuk pasukan yang diwakili oleh Khairy kurang membanggakan, kekuatan pasukan Pemuda UMNO/BN lebih banyak bergantung kepada mereka yang di bawah seperti Timbalan Ketua Pemuda, Bendahari dan sebagainya dan kekuatan bukannya terletak pada diri Khary yang selalu buat benda-benda yang tak ubah seperti kata pepatah lama iaitu hangat-hangat tahu ayam. Mula saja bukan main berkobar-kobar tapi tak lama lepas tu senyap dan terus lenyap.

Walauapapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga mereka itu kerana turut terpilih bersama dengan yang lain disaat-saat akhir, harap dengar baik-baik nasihat pihak berkuasa demi keselamatan orang ramai dan sebagai orang yang terpelajar dan berilmu, adalah lebih baik apa yang dimiliki itu digunakan untuk tujuan yang berfaedah dan berguna kepada masyarakat dan negara.

2 ulasan:

Jeffry berkata...

GAYJ NGAN TIM AMBINGAI PATUT DI SUMBAT DLM BUT KETA PASTU HUMBAN DLM LAUT BROO. JADI TUKUN LAUT. KURANG2 DIORANG BERJASA GAK KAT IKAN2 TUL TAK KEHKEHKEHKEH

hilbert berkata...

ye betul bro,

walaupun menduduki tangga tercorot namun mereka berdua, KJ & Ambiiga bertuah kerana terpilih jua hehe..

Arkib Blog