Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Julai 06, 2011

BERSHIT 2.0: dari Mekah, Nik Aziz kirim surat layang kepada YDP Agong !

Dari Kota Suci Mekah, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kini sedang berada di Tanah Suci untuk mengerjakan umrah ataupun sengaja ke sana semata-mata untuk melarikan diri dari isu panas dalam negara ketika ini mengenai BERSHIT 2.0 telah menulis surat terbuka kepada KBDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bagi menyampaikan ucapan terima kasih beliau terhadap Tuanku Mizan yang telah berkenan menerima masuk mengadap Pengerusi BERSHIT, Ambabiga Sreenavasan ke dalam Istana Negara semalam.

Adakah betul cara yang dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan itu ? Kenapa tidak hantar saja SMS melalui telefon bimbit kepada Baginda agar nampak lebih mudah bahawa sememangnya Datuk Nik Aziz Nik Mat walaupun usia sudah semakin lanjut namun langsung tidak mempunyai perasaan hormat terhadap Yang Di Pertuan Agong sebagai Payung kepada rakyat serta negara ini. Dengan menulis surat secara terbuka kepada Tuanku Mizan telah menyerlahkan lagi sikap sebenar pemimpin PAS ini yang memang sanggup berkomplot dengan DAP dan PKR untuk menumbangkan kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja di negara ini.

Antara lain dalam surat terbuka itu Datuk Nik Aziz juga berkata beliau mempersembahkan pendirian bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara dibawah sistem pilihanraya yang adil tidak mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

"Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas keprihatinan Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin dalam Perlembagaan Malaysia," kata Datuk Nik Aziz dalam surat layang beliau itu.

Kandungan dalam surat itu sendiri membuktikan apa yang diperkatakan oleh Datuk Nik Aziz sebenarnya telah menunjukkan bahawa Datuk Nik Aziz telah masuk ke alam nyanyuk kekal bilamana dia telah tertulis berkenaan pilihan raya yang bersih dan adil. Disitu ternyata Datuk Nik Aziz lupa dan tidak sedar bahawa kerana sistem pilihanraya negara ini yang kononnya didakwa olehPakatan Haram selama ini sebagai tidak adil dan tidak bersih itulah yang menyebabkan beliau sendiri masih kekal sehingga kini menjadi Menteri Besar di Kelantan selain Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP, Selangor dikuasai PKR dan Kedah yang dirampas oleh puak mereka pada PRU-12 2008 dulu.

2 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..TAK HERAN PERANGAI FUCKATAN MMG CMTU. SEJAK DIORANG 'NIKAH HARAM' SIFAT KURANG HAJAR SEMAKIN TERSERLAH. MEREKA DH TAKDE RASE HORMAT KAT PEMERINTAH ATAU RAJA. SEKALI2 KITA PUN KENE KURANG HAJAR DGN DIORANG BALIK BROO!

hilbert berkata...

Salam Jeffry,

Kesian orang tua macam Nik Aziz, Asamad Said, LKS, Karal Singh makin tua makin mamai...

Arkib Blog