Pengebom berani mati berkenaan masih lagi berdegil dan mahu terus menghampiri PM manakala pihak Polis juga tetap enggan menurut kemahuan pengebom berani itu yang penuh sarat dengan bahan letupan dibadannya. |
Kerana impak bahan letupan yang diikat serta dililit pada tubuh pengebom berani mati itu yang beratnya mencecah sehingga 50 kilogram menyebabkan beliau hampir tumbang dan rebah ke arah belakang. |
Apakah puak-puak Pakatan Haram mahu kejadian yang pernah terjadi ke atas pemimpin-pemimpin utama negara seperti di India, Pakistan, Amerika Syarikat turut juga berlaku terhadap pemimpin di negara ini. Di Amerika Syarikat pernah berlaku kejadian dimana bekas Presiden Ronal Reegan yang kena tembak oleh rakyat sendiri.
Di Mesir pula berlaku kejadian serupa apabila Presiden Mesir Anwar Shadat ketika itu iaitu sebelum Hosni Mubarak telah ditembak oleh rakyatnya sendiri sewaktu masih berada diatas pentas. Dan begitu juga di Israel apabila Perdana Menteri Yitzhak Rabin menemui ajalnya setelah ditembak ketika berada di atas pentas dari jarak dekat juga oleh rakyat Israel sendiri.
Di India telah dua kali tragedi pembunuhan membabitkan pemimpin negara telah berlaku akibat kawalan keselamatan yang lemah apabila bekas Perdana Menteri India iaitu Puan Indera Gandhi ditembak dan beberapa tahun selepas itu anak lelaki beliau Rajiv Gandhi yang mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri juga turut menjadi mangsa pembunuhan rakyatnya sendiri.
Begitu juga dengan peristiwa pembunuhan pemimpin negara turut berlaku di Pakistan apabila tiga bekas pemimpin Pakistan iaitu bekas Perdana Menteri Ali Bhuto, bekas Presiden Zia Ulhaq, bekas Perdana Menteri Benazir Bhuto yang maut ditangan rakyat Pakistan sendiri.
Oleh itu, sebelum apa-apa berlaku adalah lebih baik sebarang usaha dipertingkatkan agar keselamatan pemimpin utama negara kita sentiasa terjamin dan kita tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap pemimpin dalam negara kita sepertimana yang telah berlaku ke atas para pemimpin di negara luar.
Dengan tindakan pantas pihak polis itu telah berjaya mengawalkan keadaan. Syabas dan tahniah di atas kecekapan pihak Polis itu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan