"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas," - DS Hj Abdul Hadi Awang, Presiden Pas, 11 Julai 2009. |
Jika sebelum ini hampir kebanyakkan daripada syarikat-syarikat swasta yang tertentu di Sarawak menggunakan "punch-card" untuk merekod kehadiran para pekerja ke tempat kerja masing-masing dan punch card perlu didaftar sebanyak empat kali sehari iaitu sebelah pagi waktu mendaftar masuk kerja, tengah hari sewaktu mendaftar keluar rehat, tengah hari sekali lagi sewaktu mendaftar masuk selepas rehat dan akhir sekali pada sebelah petang untuk mendaftar keluar.
Namun penggunaan punch-card ini lama kelamaan disedari mampu untuk mendatangkan kerugian dari segi kos upah dipihak syarikat atau majikan yang membayar gaji setelah terdapat kes dimana ada pekerja yang menipu majikan apabila sanggup bersubahat dengan penjaga mesin pendaftar yang diamanahkan oleh pihak syarikat untuk menjaga kehadiran setiap pekerja yang datang mendaftar punch-card sebelum masuk bekerja.
Perbuatan sesetengah pekerja yang berani meminta penjaga mesin pendaftar punch-card supaya membantu mereka mendaftar punch-card milik mereka sekiranya mereka lambat masuk ataupun ponteng dari tugasan. Dan perkara ini terjadi apabila penjaga mesin pendaftar punch-card mahu pula melakukannya setelah dijanjikan dengan sejumlah imbuhan oleh pemilik punch-card atau pekerja tersebut asalkan saja gaji dia tidak dipotong majikan pada hari yang berkenaan.
Inilah antara sebabnya mengapa sudah terdapat syarikat-syarikat tertentu di Sarawak ini sejak beberapa tahun yang lalu telah mengambil langkah yang selamat apabila menukar penggunaan sistem punch-card sebelumnya kepada sistem biometrik kini bagi mengelak syarikat dari terus mengalami kerugian akibat daripada perbuatan para pekerja sendiri yang khianat serta tidak produktif malah perbuatan seumpama itu boleh menjejaskan operasi syarikat jika ianya dibiarkan berterusan.
Dan apabila sistem biometrik diperkenalkan dan seterusnya digunakan oleh syarikat-syarikat ini, risiko untuk ditipu oleh pekerja sendiri adalah selamat sebab adalah sesuatu yang sangat mustahil bagi para pekerja yang suka ponteng dari tugas untuk memanipulasikan sistem biometrik yang baru berbanding semasa masih menggunakan kaedah punch-card sebelumnya kerana jika tanpa pekerja itu sendiri yang datang untuk melakukan "thumb-print" bagi mengesahkan kehadirannya, maka mesin pendaftar juga tidak akan dapat membaca apa juga data yang berkaitan dengan pekerja berkenaan.
Cumanya disini saya hendak katakan bahawa sistem biometrik yang telah diperkenalkan dibeberapa buah syarikat utama dalam Sarawak adalah sangat baik untuk pihak syarikat dan juga amat berguna kepada para pekerja itu sendiri dan ramai pekerja-pekerja yang berasal dari daerah pendalaman di Bumi Kenyalang ini yang masih dianggap sebagai "tidak reti undi, kerana masih pakai cawat" oleh Presiden PAS sebenarnya sudah lama didedahkan kepada sistem baru ini dan sudah biasa menggunakannya sejak beberapa tahun yang lalu serta mendapati bahawa sistem biometrik ini adalah satu sistem yang sangat sukar sekali untuk dimanipulasi atau untuk tujuan menipu.
2 ulasan:
SLM BRO..AMBABIGA TUNTUT PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL SEBAB DIA INGAT DIA BOLEH PAKSA KERAJAAN IKUT CKP DIA. DAKWAT KEKAL NI BIAR SECANGGIH MANA DAN SETAHAN MANA PUN BOLEH DI HILANGKAN DGN PELBAGAI BAHAN PELUNTUR BROO. SEKURANG2NYA KAEDAH BIOMETRIK ADE KELEBIHAN TERSENDIRI SBB DATA2 PERIBADI TELAH DI SIMPAN DALAM SISTEM JPN >:]
Salam bro Jeff,
Iya bro, dakwat yang kononnya kekal oleh ambabiga tu memang mudah diluntur dgn bermacam-macam bahan seperti "Tar Removed" yg digunakan pada kereta serta bahan lain seperti "clorox, serbuk pencuci kain yang lain"...
Catat Ulasan