"Bukan... Ini bukan kerana Karpal Singh. Kita tidak tunduk kepada DAP. Kita membetulkan peraturan salah yang dibuat oleh UMNO. UMNO tidak ada sempadan antara hak orang bukan Islam dengan Islam itu sendiri, sebalik kita membuat sempadan, ia (sempadan) perlu ada. "PAS mengambil jalan terbaik dalam isu ini yang tidak boleh diselesaikan oleh UMNO. Hak orang bukan Islam kita tidak boleh ganggu, walaupun hak itu diharamkan oleh Islam, tetapi diizinkan oleh agama mereka," - Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang. |
Molek sungguh usaha Hadi tu yang mahu agar sempadan antara DAP dan Parti Kebajikan SeMalaysia itu dibentuk dengan kadar segera, seboleh-bolehnya sebelum menjelangnya bulan Ramadhan nanti. Bermula dari dalam kelab-kelab atau pusat hiburan, sempadan pemisah yang akan memisahkan antara orang-orang Islam dengan puak-puak DAP besar kemungkinan akan diperluaskan ke kawasan-kawasan yang lain pula seperti kedai, hotel, sekolah, hospital, klinik, taman permainan, pantai, bank-bank dan lain-lain lagi.
Berita lanjut mengenai kisah "sempadan: antara PAS dengan DAP, Bro Jinggo ada butirannya.
2 ulasan:
SLM BRO...HADI BESI SAJE BUAT STETMEN BODO SEBAB DIA MEMANG BODO. SANGGUP PERBODOHKAN DIRI NAK JAGE HATI DEEAYYPIG. PADA PAS, DAP BOLEH PERTIKAI ISU AGAMA ASALKAN PAS DAPAT UNDI LEBIH KEHKEHKEH
Salam Jeff,
kalau dah terjerat dalam perangkap sendiri..macam tu PAS..jari akan ditunjuk kepada pihak UMNO..walhal kalau benar mereka mahu memperbetulkan apa yg didakwa kononnya kepincangan kerajaan yg terdahulu, kenapa perlu untuk PAS tunggu reaksi negatif DAP baru nak buat..
Catat Ulasan