Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Julai 18, 2011

Apa sumbangan rakyat Malaysia yg bermastautin di negara lain terhadap pembangunan negara ini ?



Video ini memaparkan bagaimana sikap biadap dan kurang ajar segelintir rakyat Malaysia yang tinggal dan yang mungkin bekerja di luar negara terhadap pemimpin negara sendiri yang berkunjung ke negara di mana mereka sedang menetap. Insiden berlaku ketika lawatan empat hari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Britain serta England baru-baru ini.

Langsung tidak mencerminkan sikap sebagai seorang rakyat Malaysia yang pernah hidup di dalam kelompok masyarakat timur yang asal-usul budaya mereka adalah penuh dengan nilai sopan santun, lemah lembut dan yang berbudi pekerti mulia apabila sanggup meniru tingkahlaku masyarakat Barat yang kurang ajar dan sungguh melampau seperti aksi mereka didalam video di atas.

Mereka itu sudah bertahun-tahun duduk bersenang-lenang dan ada di antaranya yang telah hidup mewah di rantau orang sehingga ada pula yang sanggup memohon status kerakyatan sebagai warga kepada negara tempat mereka tinggal serta tergamak juga untuk menggugurkan status kerakyatan mereka sedia ada sebagai warganegara Malaysia semata-mata mahu diiktiraf sebagai rakyat Britain, Amerika Syarikat, Italy, Perancis, Jerman dan sebagainya.

Golongan ini memang tidak lagi layak untuk memperjuangkan apa-apa isu yang timbul di Malaysia dan mereka juga tidak layak sama sekali untuk bangkit menimbulkan sebarang isu bagi menarik perhatian dunia terhadap isu yang mereka ketengahkan sebab tanggungjawab mereka untuk tujuan apa sekalipun sudah tidak ada nilainya lagi sebab mereka adalah pengkhianat bangsa dan petualang negara yang bukan lagi sebagai sebahagian daripada warga Malaysia.

Sebarang isu atau masalah dalam negara ini adalah hak serta tanggungjawab rakyatnya yang masih setia tinggal sebagai warga negara di dalam Malaysia ini, yang masih tinggal dalam Malaysia, yang masih mengekal dan mempertahankan status kewarganegaraan mereka sebagai rakyat Malaysia walaupun sedang berada diluar negara atas urusan kerja dan sebagainya.

Apa sumbangan atau jasa kelompok petualang negara ini terhadap pembangunan dalam Malaysia selama ini ? Dari segi ekonomi misalnya, apakah yang telah mereka lakukannya untuk Malaysia ? Adakah selepas tamat pengajian di luar negara sesetengah daripada mereka akan kembali semula ke Malaysia untuk berbakti dan mencurahkan jasa kepada negara yang tercinta ini ?

Yang lebih malangnya, ada pula sesetengah daripada kelompok berkenaan yang pengajian mereka keluar negara adalah atas tajaan agensi-agensi kerajaan yang tertentu seperti MARA dan sebagainya, yang sedihnya sedihnya pula ialah apabila sudah selesai pengajian ada yang enggan pulang ke tanah air untuk berkhidmat kepada negara jauh sekali mahu melunas kembali biasiswa berbentuk pinjaman yang telah diberikan.

Dan yang sangat-sangat menyedihkan, sudahlah ada diantara mereka yang telah berjaya diluar negara, mengelak pula untuk membayar balik kos tajaan yang di terima, lebih parah lagi apabila ada lagi yang bersikap bagaikan "melepaskan anjing yang tersepit, tangan yang membantu pula yang digigit," dan apabila sudah berjaya, mereka lupa daratan, lupa asal-usul dan mudah lupa darimana mereka bermula sanggup lagi bersekongkol dengan pihak asing untuk memburuk-buruk pemimpin negara sendiri serta mencalar imej negara di mata masyarakat dunia.

Tiada ulasan:

Arkib Blog