Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Julai 14, 2011

A.Samad Said si tua bangsat produk terbaru Pakatan Haram !!!

"Ya, saya mahu(beliau letak jawatan). Saya ikut(perkembangan) dalam facebook, amat jelas(kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salahpun, menteri tunduk depan orang.
"Ada Perdana Menteri Jepun tidak sampai satu penggalpun(letak jawatan). Tapi disini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah dengan sukaan umum.
Apa lagi yang si tua kutuk ini tidak berpuas hati dengan kepimpinan negara di bawah teraju Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak? Sudahlah sebelum ini dia bersekongkol secara terbuka dengan petualang-petualang negara untuk menghuru-harakan keadaan di dalam negara, kini dia muncul semula mendesak agar Datuk Seri Mohd Najib segera meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sebab utama orang tua ini sanggup untuk diheret ke hulu ke hilir atas jalanraya oleh para petualang negara 9 Julai lalu adalah kerana kononnya dia menyokong sebarang usaha oleh BERSHIT 2.0 dibawah naungan Bapa Petualang Negara Anwar Ibrahim bagi menuntut Pembaharuan Demokrasi dalam sistem Pilihan Raya yang bersih, telus dan adil di negara ini.

Jadi apabila orang tua ini datang dengan tekanan mendesak agar Datuk Seri Najib segera melepaskan jawatan Perdana Menteri yang dipegangnya kini atas pilihan majoriti rakyat Malaysia, adakah itu cara demokrasi yang sedang diusahakan oleh pihak Pakatan Haram DAP, PKR dan PAS yang disokong secara membabi-buta oleh orang tua berjanggut ini?

Apabila BERSHIT 2.0 gagal dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional secara kekerasan melalui rusuhan jalanan seperti yang mereka lakukan pada 9 Julai lepas, kini mereka buat pula bermacam-macam usaha termasuk mewujudkan page facebook yang menyeru Datuk Seri Najib supaya segera berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia, namun saat itu juga A. Samad Said ini turut masuk sekaki meminta Perdana Menteri agar cepat meletakkan jawatannya.

Sudahlah wahai si tua yang tak sedar dek untung !!! ..lebih baik di usia kamu yang sudah mau hampir tamat tarikh lupus itu buatlah sesuatu yang betul-betul berguna untuk bangsa dan negara ini dan tak payahlah kamu untuk turut ikut petualang-petualang negara yang sengaja hendak menghancurkan perpaduan kaum, keamanan negara serta keharmonian masyarakat majmuk didalam Malaysia ini !

1 ulasan:

Dot berkata...

tok samad penyokong pr tertua ni kata "kerajaan tidak lagi memerintah dengan sukaan umum"

SUKAAN UMUM tu bukankah undi MAJORITI tok samad?

BN jadi kerajaan krn MAJORITI memilih BN. maafla tok samad..kamu berada dlm kumpulan sukaan minoriti! terpaksalah menelan pahitnya, tok!!

nyanyuk ka apa tok samad ni?!!!

Arkib Blog