Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Mei 20, 2011

Undang2 di Malaysia berat sebelah tidak seperti di Amerika Syarikat !

 Bekas Pengarah Ekskutif Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Khan yang dituduh cuba merogol seorang pekerja hotel tempat beliau menginap dan sejurus itu telah ditahan oleh sepasukan polis New York ketika sedang dalam perjalanan untuk menaiki pesawat, ditangkap dengan tangannya digari dan terus dibawa ke penjara untuk ditahan sementara menunggu perintah selanjutnya daripada mahkamah.
Tetapi amat berlainan sama sekali dengan layanan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Beliau diberi keistimewaan yang begitu sudah sangat melampau oleh kerajaan. Sudahlah tidak pernah digari, bebas pula keluar masuk negara seperti seorang yang tidak ada sebarang kes dalam mahkamah.

Kalau rakyat biasa, tidak usahlah sampai buat kesalahan jenayah seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim memang pasti sudah lama meringkuk dalam tahanan di lokap atau tanpa perlu melalui proses perbicaraan di mahkamah terus saja disumbat ke dalam penjara.

Kalau rakyat biasa yang buat kesalahan kecil seperti mencuri telur cicak pun pasti akan ditangkap dan tangan mereka akan digari, itu jika rakyat biasa yang buat salah tetapi kalau orang politik, ada nama ada pengaruh tiada telur kalau mereka buat salah akan dilayan sama seperti orang yang tak pernah buat kesalahan.
Inilah buktinya. Kerajaan Malaysia harus meneladani apa yang diamal oleh kerajaan Amerika Syarikat didalam menegakkan keadilan, tiada pilih bulu semua akan digari dan ditahan jika disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah.

2 ulasan:

sgray berkata...

CANTIK BRO..KOMEN NYA ...GUA SETUJU AMAT DENGAN LU..

Mana dia ??? Nobodys above the law...

Ada betuk kahh...?Kalau yang gini macam leh buat tak reti..apa lagi yang besar/jerung2.

amoi berkata...

orang salah dsana ditangkap tangan kaki di rantai.. d malaysi itu dikatakan zalim..nuar juburi bebas kesana kemari..kes tangguh lebih 55 kali...Pak Najib kita kena ikut Amerika..dalam segala hal...undang2 agar ngo/pakatan/mp x ada ruang nak bandingkan dgn negera lain.. tang ini meka sumua bisu pulak...kenapa ek?...jika org biasa mahkamah hentam sampai jd lemping.. bab VIP di tatang nya..yg mana tak memberi apa apa faedah pada BN..

Arkib Blog