

Kalau rakyat biasa, tidak usahlah sampai buat kesalahan jenayah seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim memang pasti sudah lama meringkuk dalam tahanan di lokap atau tanpa perlu melalui proses perbicaraan di mahkamah terus saja disumbat ke dalam penjara.
Kalau rakyat biasa yang buat kesalahan kecil seperti mencuri telur cicak pun pasti akan ditangkap dan tangan mereka akan digari, itu jika rakyat biasa yang buat salah tetapi kalau orang politik, ada nama ada pengaruh tiada telur kalau mereka buat salah akan dilayan sama seperti orang yang tak pernah buat kesalahan.
Inilah buktinya. Kerajaan Malaysia harus meneladani apa yang diamal oleh kerajaan Amerika Syarikat didalam menegakkan keadilan, tiada pilih bulu semua akan digari dan ditahan jika disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah.
