Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Mei 10, 2011

Menjelang 16 Mei: Anwar buat filem "Kun Taw" lagi!

 Dengan hanya tinggal berbaki lima hari lagi untuk sampai ke tarikh 16 Mei 2011 iaitu hari penentuan oleh Mahkamah Tinggi yang akan memutuskan samada Penasihat PKR Anwar Ibrahim perlu membela diri ataupun dilepaskan dari dakwaan dalam kes liwat yang sedang dihadapinya kini sejak 28 June 2008, satu lagi sandiwara terpaksa dilakukan oleh PKR bertujuan untuk mengalih tumpuan umum agar tidak tertumpu kepada kes liwat Anwar dan berharap akan beralih kepada perkara yang lain.

Dalam gambar di atas menunjukkan pemandu peribadi Anwar Ibrahim iaitu saudara Abdullah Sani bin Hj Said ketika membuat laporan polis di Balai Polis Merchant Jln Tropicana jam 4:00 petang tadi berhubung dengan dakwaannya bahawa ada usaha mensabotaj kereta milik Anwar Ibrahim oleh pihak tertentu bertujuan untuk membunuh Anwar Ibrahim berikutan kejadian pada 19 April 2011 lalu di Chenor Perak yang dakwanya hampir mengakibatkan kemalangan apabila kereta dipandunya yang membawa Presiden PKR Wan Azizah tiba-tiba gagal untuk dikawal dan diberhentikan.
 Abdullah Sani yang mendakwa beliau sudah 28 tahun bekerja sebagai pemandu kepada keluarga Anwar Ibrahim dan selain itu beliau juga mengaku yang dia turut mempunyai pengalaman selama 7 tahun bekerja sebagai seorang mekanik kereta mewah sama seperti kereta mewah milik Anwar Ibrahim yang dipandunya itu iaitu Mercedes Benz S350 dan berkata mula mengesan masalah pada bahagian brek kereta tersebut sebagai punca setelah diberitahu oleh mekanik dibengkel tempat kereta terbabit dihantar untuk membuat pemeriksaan.
 Inilah agaknya gambar brek kereta Mercedes Benz milik Anwar Ibrahim yang dipandu oleh Abdullah Sani. Mekanik yang membuat service kereta berkenaan memberitahu Abdullah Sani bahawa 'pin bolt' yang berfungsi sebagai pengikat kepada 'brake cliper' telah tercabut dan hilang dan bagi Abdullah Sani ini satu kejadian yang "sangat mustahil"...sangat-sangat mustahil kata Abdullah Sani.

Terus saja timbul perasaan buruk sangka dalam pikiran Abdullah Sani dan sudah tentu dia akan berkali-kali berkata "mustahil, mustahil, mustahil, mustahil, mustahil, mustahil, mustahil, mustahil, mustahil...pasti ini kes sabotaj!!!...tetapi Abdullah Sani terlupa bahawa zaman ini tidak ada satupun perkara yang boleh dikatakan sebagai mustahil lagi. Semuanya boleh berlaku tanpa diduga apatah lagi kenderaan-kenderaan yang sememangnya memerlukan pemeriksaan berkala.

Sebagai seorang pemandu lama dan sangat berpengalaman ditambah lagi dengan pengalamannya yang pernah 7 tahun bekerja sebagai seorang mekanik adalah sesuatu yang sangat mustahil bagaimana Abdullah Sani boleh tidak menyedari tentang adanya kelainan dari biasa pada kereta yang dipandunya itu sedangkan sebelum bergerak atau hendak melakukan sebarang perjalanan tak kiralah jauh ataupun dekat, perkara pertama yang harus dibuat ialah periksa keadaan kereta terlebih dulu, periksa keadaan tayar, skrew tayar, angin tayar, air batery, keadaan brek, lampu brek, lampu signal kiri kanan, lampu depan belakang, lampu tinggi dan jika pasti kereta berada dalam keadaan yang baik maka boleh jalan dan jika tidak bawa ke bengkel terlebih dulu utnuk service.
Ini gambar bonus. Gambar kereta mewah milik Ahli Parlimen Batu Tian Chua. Mercedes Benz. Kereta ini pernah terbabit dalam satu kemalangan di KM 49 Jalan Johor Bahru - Mersing dekat dengan Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi negeri Johor Darul Takzim pada 13 Mac2010 jam lebih kurang 9:30 malam.

Kemalangan itu telah menyebabkan kematian seorang askar Melayu DiRaja iaitu Allahyarham Mohd Salleh bin Hamdan apabila motosikal yang ditungganginya telah bertembung dengan kereta yang dinaiki oleh Tian Chua yang dipercayai tiba-tiba memasuki lorong sebelah kanan tanpa menyedari kehadiran motosikal yang ditunggang Mohd Salleh dari arah hadapan.

Berkaitan dengan kes kemalangan tersebut, rakyat Malaysia sehingga kini belum lagi mengetahui perkembangan lanjut tentang siasatan polis mengenainya samada kes sudah ditutup atau masih dibuka tambahan lagi tiada sebarang desakkan dibuat oleh mana-mana pihak terhadap kerajaan untuk membuat siasatan telus kepada kes ini sama seperti yang dilakukan terhadap kes Teoh Beng Hock, Kugan dan Aminul Rasyid. Rakyat juga mahu tahu samada berlaku sabotaj terhadap kereta Mercedes Benz kepunyaan Tian Chua sebelum berlakunya kemalangan itu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ANUWAR DAH GELABAH. BREK X MKN PUN NAK SALAHKAN ORG LAIN. REKA CITER DONGENG X HABIS2 SEMATA2 NAK SELAMATKAN PUNGKOQ DAN KEMALUAN DIRI SENDIRI KEHKEHKEH

hilbert berkata...

haha yelah bro,

kita pun kalu sebelum bergerak ada rasa tak kena pada kereta tentu hantar ke bengkel dulu, check mana yg patut..ye lah sama macam check tulang belakang yg selalu sakit,,,

tak habis2 Anwar buat drama

Arkib Blog