Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, April 28, 2011

Video porno: Nujum Pak Belalang gagal meramal konspirasi keatasnya


Melihat kepada apa yang sedang berlaku didalam dunia politik Malaysia hari ini terutama sekali yang berkaitan dengan isu yang sentiasa hangat iaitu video klip yang memaparkan adegan atas ranjang antara seorang pemimpin kanan pembangkang dengan seorang pelajar warga China yang menuntut di sebuah kolej tempatan pinggir Ibu Kota Kuala Lumpur membuatkan saya sering teringat kepada ayat-ayat yang digunakan untuk dialog dalam filem arahan dan lakonan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu filem 'Nujum Pak Belalang.'

Tidak payahlah untuk saya hendak ceritakan bagaimana babak-babak yang terdapat di dalam filem tersebut kerana saya percaya semua rakyat Malaysia adalah peminat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan sudah tentu kebanyakkan daripada mereka hafal dengan dialog yang terdapat didalam filem berkenaan cuma saya cuba nak mengambil beberapa ayat-ayat yang mempunyai mesej tertentu untuk kita fahami akan maksudnya supaya dapat disesuaikan dengan apa yang sedang berlaku pada ketika ini.

Ayat yang lebih kurang berbunyi seperti "haaa!!!..nampak tak?,,,,tuuuuu, tuuu yang dibawah sebatang pokok tu" digunakan oleh Nujum Pak Belalang untuk meyakinkan sekumpulan orang yang telah kehilangan lembu dan kambing peliharaan mereka, tetapi oleh kerana Nujum Pak Belalang cepat menyedari bahawa diantara mereka itu masih ada yang kelihatan masih ragu-ragu, lalu segera juga Nujum Pak Belalang bermain dengan emosi sekumpulan penduduk ini tadi, jadi seterusnya beliau berkata "..jadi kalau barang siapa yang tidak nampak, maknanya orang itu adalah anak di luar nikah"

Sekumpulan orang yang telah kehilangan lembu serta kambing ini tadi akhirnya terpaksa mengakui yang mereka juga boleh nampak objek berupa dua ekor lembu dan dua ekor kambing yang kononnya telah dilihat oleh Nujum Pak Belalang dalam mangkuk khas iaitu disatu lokasi yang dikatakan tidak jauh dari tempat mereka berada dan semuanya dilakukan adalah demi untuk menjaga nama baik keluarga masing-masing supaya tidak dipandang serong oleh pihak lain walaupun sebenarnya mereka sendiripun tidak nampak benda yang didakwa wujud dalam mangkuk berisi air yang digunakan untuk menilik oleh Nujum Pak Belalang.

Kisah dari filem 'Nujum Pak Belalang' ini sedikit sebanyak hampir serupa dengan kisah yang kini telah menjadi isu hangat di Malaysia waktu ini iaitu Video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim dengan seorang pelajar warga China. Anwar Ibrahim pula bermati-matian menafikan yang beliau terlibat didalam video berkenaan walaupun sudah terlalu ramai pihak setelah menonton adegan dalam klip video itu turut  menyatakan bahawa individu yang mereka nampak dalam rakaman video tersebut adalah Anwar Ibrahim.

Namun tidak kurang juga yang turut menafikan yang beraksi didalam video lucah itu adalah Anwar Ibrahim walaupun mereka sendiri sudahpun menontonnya malahan ada yang turut bersuara sama seperti suara Anwar Ibrahim dengan menuduh itu semua adalah satu tipu muslihat atau satu "konspirasi" jahat UMNO dan BN untuk membunuh terus watak politik  Anwar Ibrahim agar lenyap dan hilang dari arena politik negara ini.

Anwar Ibrahim yang telah diisyitihar sebagai seorang manusia "anugerah Tuhan" oleh isterinya sendiri sepatutnya lebih awal tahu apa malapetaka yang bakal akan menimpa dirinya kerana sebagai seorang yang "telah dianugerah" oleh Tuhan kepada rakyat Malaysia sudah tentulah beliau mempunyai banyak kelebihan yang tidak ada pada manusia biasa dan Anwar Ibrahim sudah semestinyalah akan bertindak awal dengan mengelak berbagai-bagai percubaan untuk memerangkap beliau dalam konspirasi yang kononnya telah dirancang oleh musuh-musuh politiknya.

Dan apa yang lebih melucukan lagi ialah apabila Anwar kata "muka orang dalam ideo itu sama seperti muka saya TAPI perut orang itu buncit sedangkan saya tidak," maka secepat kilat juga pengikut Anwar Ibrahim turut mengiyakannya padahal ada diantara mereka yang belum lagi menonton video berkenaan. Maka itulah hanya kerana untuk mempertahankan perjuangan PKR yang semakin tidak menentu mereka juga sanggup untuk berbohong kepada diri sendiri malah membenarkan lidah untuk menipu dan memperdayakan hati serta mata diri sendiri.

Tiada ulasan:

Arkib Blog