Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, April 24, 2011

PRN Sarawak: Khairy Jamaluddin semakin mengarut..

Setelah selesainya proses pilihanraya umum negeri Sarawak yang ke-10 pada 16 April lalu, berbagai rumusan, analisa serta pandangan telah dikemukakan oleh berbagai pihak berkenaan dengan keputusan yang sudah dibuat rakyat Sarawak samada Barisan Nasional menang ataupun kalah dan begitu juga di pihak pembangkang.

Turut tidak ketinggalan untuk mengulas mengenai keputusan yang diterima oleh Barisan Nasional Sarawak itu ialah Ketua Pemuda Barisan Nasional Pusat yang juga Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin. Ketika di Kota Bharu Kelantan semalam, Khairy ada menyebut bahawa kemenangan lebih besar DAP pada pilihanraya negeri Sarawak ke-10 baru-baru ini tidak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur sokongan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional.

Khairy juga turut menggesa agar semua pihak dalam Barisan Nasional duduk semeja bagi mencari pendekatan bagaimana untuk menarik semula sokongan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional. (..maksud Khairy selama ini pemimpin BN tak pernah duduk semeja kah? ada yang duduk semeja dengan DAP, ada yang duduk semeja dengan PKR dan ada yang duduk semeja dengan PAS?... perlu diingatkan, walauapapun usaha dibuat untuk menarik balik sokongan kaum berkenaan kepada BN ianya tidak akan berjaya selagi masih banyak suara-suara yang ada didalam BN itu sendiri suara mereka lebih mirip dengan suara DAP)

Dibawah ini kenyataan terbuka daripada Khairy Jamaluddin sewaktu beliau menyertai Program Jelajah One Malaysia Pemuda BN di Kota Bharu 22 April Jumaat, yang saya rasa paling mengarut pernah dikeluarkan oleh seorang Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional dimana beliau memang terbukti jahil tentang DUN-DUN Sarawak apabila cuba membandingkan keputusan pada PRN Sarawak yang lalu dengan keputusan pada siri PRK di Semenanjung Malaysia dan Sabah sebelumnya.

"Sebelum ini beberapa pilihan raya kecil yang lain, sokongan masyarakat Cina terhadap BN semakin meningkat tetapi berlainan di Sarawak dan sebab itu kita tidak boleh membuat ukuran bahawa sokongan masyarakat itu kepada kita sudah terhakis. "Kita mesti melihat apa sebabnya perkara itu berlaku dan semua pihak dalam BN perlu mencari pendekatan bagaimana mahu menarik semula sokongan mereka kepada kita selepas ini. "Saya juga menolak andaian masyarakat Cina itu menolak kerana bencikan BN dan itulah sebabnya kita kena cari punca kenapa ini berlaku," katanya.

Pada pilihan raya negeri 16 April lalu, BN terus berjaya mendapat majoriti mudah 2/3 dengan memenangi 55 dari kesemua 71 kerusi DUN, pembangkang dari DAP memperolehi 12 kerusi daripada 15 calon yang diturunkan manakala PKR hanya mampu mendapat 3 kerusi dari 49 kerusi yang ditandingi dan Bebas cuma menang 1 kerusi daripada 44 kerusi yang mereka sertai.

Yang saya tidak faham bagaimana YB Khairy boleh tidak tahu bahawa di P94 Parlimen Hulu Selangor Selangor, N45 DUN Galas Kelantan, P185 Parlimen Batu Sapi Sabah, N05 DUN Tenang Johor, N27 DUN Merlimau Melaka dan N28 DUN Kerdau Pahang majoriti pengundinya adalah terdiri daripada kaum Melayu dan Bumiputera dan bukannya pengundi Cina seperti di N09 DUN Padungan, N10 DUN Pending, N11 DUN Batu Lintang, N12 DUN Kota Sentosa, N13 DUN Batu Kawah, N39 DUN Repok, N40 DUN Meradong,  N45 DUN Bukit Assek, N46 DUN Dudong, N48 DUN Pelawan, N59 DUN Kidurong, N63 DUN Piasau dan N64 DUN Pujut Sarawak.

Sebab mengapa di ketiga belas kawasan DUN itu boleh terlepas kepada DAP serta satu oleh calon kaum Cina daripada PKR jawapannya memang mudah kerana majoriti besar pengundi disitu adalah terdiri daripada kaum Cina manakala pengundi daripada kaum Melayu dan Bumiputera hanyalah mewakili jumlah peratusan yang amat kecil sekali. Lagipun dengan segala bentuk kemudahan yang sudah disediakan oleh kerajaan BN selama ini kepada penduduk di bandar lengkap semuanya telah menyebabkan ada diantaranya pula mudah lupa diri dan akan cepat melenting kepada kerajaan apabila hanya ditimpa dengan sedikit kesusahan sahaja dan ini juga sudah tentu akan membawa kepada penentangan terhadap Barisan Nasional itu sendiri.

Ini sangat berlainan dengan kawasan yang dimaksudkan oleh YB Khairy misalnya di P94 Parlimen Hulu Selangor apabila BN menang pada PRK 25 April 2010 dengan majoriti 1725 undi setelah mendapat sokongan daripada 24,997 pengundi berbanding PKR yang hanya mendapat 23,272 undi. Dari segi pecahan undi mengikut kaum, Melayu dan Bumiputera adalah 53.9% manakala pengundi Cina dan India bila dicampur peratusan menjadi 46.1% lebih rendah daripada pengundi Melayu dan Bumiputera.

Begitu juga dengan sokongan pengundi terhadap Barisan Nasional di P185 Parlimen Batu Sapi di Sabah serta di N45 DUN Galas Kelantan pada 4 November 2010 dimana kedua-dua kawasan berkenaan majoriti pengundinya adalah terdiri daripada kaum Bumiputera dan Melayu. Di P185 Parlimen Batu Sapi walaupun calonnya seorang Cina namun kebanyakkan pengundinya adalah Bumiputera yang membentuk 62.8% manakala pengundi Cina hanyalah 37.2% jauh lebih rendah berbanding Bumiputera. BN menang majoriti 6359 dengan undi keseluruhan 9773 undi, PKR 3414 dan SAPP 2031.

Begitu juga dengan keadaannya di N45 DUN Galas Kelantan dimana kaum Melayu merupakan pengundi terbesar dengan 80.3% berbanding dengan Cina dan India yang hanya 19.7% daripada keseluruhannya. Barisan Nasional telah berjaya dengan mendapat undi sebanyak 5177 mengalahkan PAS yang hanya mendapat 4108 undi untuk memberi undi majoriti 1069 kepada calon daripada Barisan Nasional.

Di N05 DUN Tenang Johor pula, biarpun jumlah pengundi Cina dan India bila digabung menjadikan peratusannya lebih besar iaitu 52.46% berbanding Melayu dan Bumiputera 47.54% pun begitu Barisan Nasional berjaya juga dalam PRK yang diadakan pada 30 January 2011 itu oleh sebab apabila undi dari kaum India lari kepada calon Barisan Nasional dan bersatu dengan undi daripada kaum Bumiputera maka ini tanpa disedari undi daripada kaum Cina yang biasanya memang menentang BN dengan sendirinya telah menjadi sedikit dan lemah dan inilah yang membantu BN berjaya mendapat undi sebenar 6698 dengan majoriti sebanyak 3735 undi setelah menewaskan calon PAS yang hanya mendapat 2963 undi.

Seterusnya berkenaan dengan kemenangan yang diperolehi oleh Barisan Nasional pada 6 Mac 2011 lalu dalam dua Pilihan Raya Kecil serentak iaitu di N27 DUN Merlimau Melaka dan N28 DUN Kerdau di Pahang. Di DUN Merlimau, BN telah berjaya mendapat undi sebanyak 5992 menewaskan calon daripada PAS yang hanya meraih undi 2316 daripada pengundi. Majoriti 3643 undi yang diperolehi oleh BN di DUN Merlimau memang tidak dapat dinafikan bahawa ianya jelas diraih daripada pengundi Melayu dan Bumiputera yang merupakan majoriti iaitu 64.89% sementara pengundi Cina dan India cuma 35.41%.

Dan di N28 DUN Kerdau pula, pengundi Melayu dan Bumiputera merupakan jumlah yang terbesar dengan 94.95% manakala 5.5% terdiri daripada pengundi Cina dan juga pengundi India. DUN Kerdau yang terlibat dengan PRK secara serentak dengan DUN Merlimau telah dimenangi oleh calon daripada Barisan Nasional yang mendapat undi sebanyak 5060 mengalahkan calon daripada PAS yang hanya mampu mendapat 2336 undi. Majoriti 2724 undi yang berjaya diperolehi Barisan Nasional pada PRK 6 Mac 2011 juga adalah disebabkan yang menjadi pengundi terbesar disana adalah Melayu serta Bumiputera dan bukannya kerana sokongan yang semakin meningkat daripada pengundi masyarakat Cina sebagaimana yang telah didakwa oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional YB Khairy Jamaluddin itu.

Apa yang tersirat disebalik semua kenyataan Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin berhubung dengan keputusan daripada pilihan raya umum negeri Sarawak 16 April lalu itu jelas sekali seperti membawa maksud dimana faktor sebenar kekalahan teruk SUPP dalam PRN Sarawak ke-10 itu telah diletakkan 100% ke atas Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib bin Mahmud.

Inilah sebenarnya apa yang saya rasa cuba untuk dibayangkan oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional itu berkenaan dengan kegagalan besar SUPP dalam pilihan raya tersebut tetapi YB Khairy tidak pula menyebut tentang kemenangan besar BN dikawasan luar bandar yang kebanyakkannya diwakili oleh parti-parti kaum Bumiputera seperti PBB yang menang semua 35 kerusi, SPDP juga menang menang 6 dari 8 yang ditandingi dan begitu juga dengan PRS yang menang 8 walaupun tewas hanya 1 kerusi di N54 DUN Pelagus.

2 ulasan:

Melanau berkata...

artikel menarik..saya linkkan bro..

mk berkata...

Mari ambil kebaikan atas keadaan ini.
Apabila memilih calon untuk satu jawatan yang tinggi, pastikan dia cukup sempurna kematangannya.Ini satu pelajaran yang dibayar dengan harga yang mahal olih parti.Kepada Pemuda jangan compromise quality kepimpinan kerana ia membantutkan perjuangan dan perjalanan sahsiah anda.Lebih lebih lagi anda dipandang remeh dan perlekeh olih sekeliling.
Ibarat kata perasan handsome sesame sendiri didalam rumah.Bila bila ke majlis orang tak pandang.Malunya tak terasa sebab perasan lebih dan puji sesama sendiri.
Dari itu wahai Pemuda,sekira anda masih ada jiwa UMNO bertindaklah membetulkan kepimpinan anda sabelum nak membantu rakyat agar tidak membuntukan harapan rakyat.Pakat baik baik buat baik baik jadilah pejuang yang baik.

Arkib Blog