Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, April 25, 2011
PRU-10 Swk: Lim Kit Siang berbelanja besar di N47 Bawang Assan Sibu !
Sebenarnya DAP lah yang berbelanja besar dan bukannya SUPP sebagaimana yang telah didakwa oleh Lim Kit Siang iaitu dari segi jumlah wang 'sogokan' yang dibelanjakan untuk memenangi DUN N47 Bawang Assan dalam Bahagian Ketiga Sibu dalam pilihanraya umum negeri Sarawak yang ke-10 pada 16 April lalu.
Mengikut sumber yang paling dekat dengan saya memberitahu bahawa disaat akhir hari berkempen, jentera pilihanraya DAP yang menjalankan kempen dari rumah ke rumah dalam DUN Bawang Assan telah menawarkan sejumlah imbuhan dalam bentuk wang tunai kepada para pengundi disebelah hilir Sungai Igan merangkumi kawasan penempatan kaum Iban seperti di Rantau Panjang, Tanjung Rian, Sungai Bedil, Sungai Tutus, Pasai Siong, Sungai Pinang, Sungai Manyuk, Sungai Rassau dan juga di dua perkampungan kaum Melanau iaitu di Kampung Bungan Besar dan di Kampung Bungan Kecil.
Tawaran wang ganjaran dibuat setelah pihak DAP diberitahu oleh penduduk-penduduk dikawasan yang berkenaan bahawa sebelum itu pihak jentera SUPP kononnya telah memberi kepada mereka sebanyak RM100 bagi seorang pengundi dan RM100 lagi untuk setiap rumah dalam perkampungan pengundi Melanau dan juga RM100 untuk setiap pintu bagi Rumah Panjang kaum Iban.
Mungkin rasa tercabar dengan berita itu maka pihak DAP tanpa menyelidiki betul-betul terlebih dahulu samada dakwaan itu benar ataupun sebaliknya dan tambahan pula setelah pengundi di kawasan tersebut dikatakan turut mengugut untuk tidak mengundi jika DAP tidak memberi wang imbuhan lebih besar dari yang kononnya telah diberikan oleh SUPP kepada mereka sebelum itu, jadi mahu tidak mahu demi untuk menang dikawasan itu maka DAP juga sanggup memberi wang dengan jumlah yang lebih besar iaitu RM500 untuk setiap rumah kampung Melanau dan RM500 untuk setiap pintu rumah panjang Iban.
Manakala kepada semua pengundi di DUN Bawang Assan pula mereka dikatakan telah diberi sebanyak RM300 setiap seorang dan menjadikan jumlah perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan oleh DAP adalah lebih daripada seribu ringgit Malaysia bagi setiap buah rumah atau pintu rumah panjang sekiranya setiap satu daripada kediaman tersebut mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pengundi.
Itulah sebenarnya apa yang berlaku disebalik kekalahan DAP di kawasan N47 Bawang Assan Sibu. Mereka kalah setelah SUPP berjaya mengatasi DAP dengan majoriti sebanyak 1808 undi dimana DAP hanya berjaya mendapat undi sebanyak 5508 berbanding SUPP dengan 7316 undi. Kemenangan SUPP di Bawang Assan adalah kerana sokongan kuat daripada pengundi luar bandar terhadap BN serta mereka tidak mudah gelap mata dengan wang yang dikipas depan mata mereka.
Andaikata DAP yang menang di DUN Bawang Assan pada 16 April 2011 yang lalu, saya yakin sangat bahawa Lim Kit Siang takkan berani mengungkitkan hal-hal yang sedemikian tetapi oleh kerana kekalahan calon mereka iaitu Alice Lau Kiong Yieng di tangan Datuk Sri Wong Soon Koh yang mengakibatkan DAP terpaksa menanggung kerugian wang yang berjuta-juta ringgit maka mahu tidak mahu perbuatan yang sepatutnya menjadi rahsia kini sudahpun menjadi pengetahuan umum pula apabila Penasihat DAP Kebanggsaan Lim Kit Siang tanpa rasa bersalah telah mendedahkan perkara berkenaan didalam twitter miliknya.
Label:
DUN Sarawak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan