Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, April 23, 2011

SNAP akan hancur musnah jika termakan gula-gula DAP dan PKR !

SNAP, Parti Kebangsaan Sarawak iaitu sebuah parti yang sudah dihanyutkan jauh ditengah lautan akibat krisis kepimpinan yang gagal ditangani kini telah ditambat semula ke tepian dan dibawa masuk kembali ke dalam arus politik Bumi Kenyalang yang sedang menyaksikan bagaimana penolakkan kaum Cina terhadap kerajaan memerintah yang sebahagian besar daripada mereka pernah bersama didalam SNAP sebelum parti tersebut dibatalkan pendaftarannya oleh ROS.

Parti SNAP yang diasaskan serta dipimpin oleh bekas Ketua Menteri Sarawak pertama Sarawak iaitu mendiang Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan pada 10 April 1961 yang kemudiannya jawatan presiden parti telah diambilalih oleh Tan Sri Datuk Amar James Kim Mien sebenarnya sudah melalui banyak perpecahan ekoran kisis dalaman parti sehingga menyebabkan wujudnya beberapa parti baru seperti PBDS, PRS, STAR dan juga SPDP.

Keanggotaan dalam SNAP pada awal penubuhannya jelas dimonopoli oleh hanya sebahagian besar kaum Dayak di negeri Sarawak namun hanya pada tahun 1963 barulah masyarakat dari kaum lain seperti Melayu dan Cina turut menyertainya itupun setelah SNAP diterajui oleh Tan Sri James Wong Kim Mien.

Kini SNAP yang sudah dihidupkan semula oleh kebanyakkan bekas ahlinya yang terdahulu buat pertama kali telah menyertai semula pilihanraya umum negeri Sarawak yang ke-10 pada 16 April 2011 dibawah kepimpinan Presidennya Edwin Dundang namun telah tewas di kesemua 26 kawasan DUN Sarawak yang ditandingi malah apa yang lebih memeritkan lagi SNAP ialah apabila 22 orang daripada 26 calonnya yang bertanding semua mereka telah hilang wang deposit.

Ekoran dari kekalahan yang paling teruk dialami oleh SNAP itu maka sudah terdengarlah beberapa khabar angin yang memberitahu bahawa DAP yang menang besar dalam pilihanraya itu apabila berjaya mengekalkan 6 kerusi DUN mereka sebelum ini selain menambah 6 kerusi lagi menjadikan 12 kerusi DUN miliknya dikatakan telah menawarkan kerjasama melalui pergabungan diantara DAP dengan SNAP.

Saya tak tahulah bentuk kerjasama yang bagaimanakah yang dimaksudkan oleh DAP, adakah DAP mahu ahli-ahli didalam SNAP bergabung dengan ahli-ahli DAP dalam satu parti saja iaitu dalam DAP dengan membubarkan Parti SNAP dan berjuang hanya dengan menggunakan dasar yang telah sedia ada didalam perlembagaan Parti DAP ?

Tetapi apa yang jelas saya nampak ialah, walau apapun bentuk jalinan kerjasama yang ditawarkan oleh DAP kepada SNAP bagi menyelamatkan parti itu semuanya takkan mendatangkan sebarang hasil kerana bagi saya apabila rakyat khususnya yang dipendalaman seakan-akan sudah boleh melupai SNAP sebab ia kini bukanlah lagi sebuah parti dalam kerajaan jadi sudah tentu rakyat tidak terpikir yang SNAP akan mampu memberikan khidmat yang diharap-harapkan oleh penduduk luar bandar apatah lagi sekirannya nanti SNAP bergabung pula dengan DAP yang memang sebuah parti yang cukup tebal dengan sifat perkaumannya.

Adalah sangat mustahil bagi sebilangan besar penduduk diluar bandar khususnya dikawasan pendalaman untuk menerima dengan hati yang terbuka akan kerjasama antara SNAP dengan DAP yang bagi mereka hubungan sejarah antara keduanya tidak ubah sama seperti minyak dengan air yang sampai bila-bila masa jua tidak mungkin akan dapat disatukan.

Walaupun akhirnya nanti akan berlaku juga sebarang kemungkinan dimana SNAP bersetuju untuk membentuk kerjasama dengan DAP, apakah keputusan itu nanti boleh dianggap sebagai telah mendapat restu daripada ahli-ahli SNAP diperingkat akar umbi tetapi seandainya keputusan SNAP setuju bergabung dengan DAP jelas telah membelakangkan suara ahli-ahli serta suara para penyokongnya dibawah, tidakkah SNAP akan merasa terganggu dengan keadaan dimana kemungkinan besar semua ahli-ahli serta para pengikutnya akan berpaling tadah keluar dari parti itu dan akan akan menyertai dua parti lain yang berasaskan kaum Dayak iaitu PRS diterajui YB Datuk Sri James Jemut Masing dan juga SPDP pimpinan YB Datuk Sri William Mawan Ikom.

Disini saya dapat simpulkan iaitu andaikata SNAP bersetuju untuk menerima lamaran DAP dan bergabung dengan parti komunis ini bermakna SNAP sebenarnya sudah bersedia untuk dikubur buat kali yang kedua kerana DAP dan PKR yang sudah lengkap dengan cangkul serta peralatan lain untuk menggali lubang kubur tentu memang tidak sabar untuk mengkebumikan SNAP sedalam mana yang boleh agar pada PRU-13 serta pada PRN Sarawak ke-11 hantu-hantu SNAP tidak akan mengganggu semua calon daripada DAP, PKR dan PAS seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Sarawak yang ke-10 pada 16 April 2011 lalu.

Inilah matlamat sebenar yang DAP mahu, PKR juga...mereka mahu SNAP dihapuskan bukan harus diselamatkan...kedua-duanya DAP dan PKR sepanjang pilihan raya umum Sarawak baru selesai memang merasa sangat tidak selesa dengan kehadiran SNAP disetiap tempat dimana mereka ada bertembung sesama sendiri menentang calon daripada Barisan Nasional. Itulah saja jalan yang DAP dan PKR dapat lihat, tamatkan riwayat SNAP dengan cara yang paling halus...beri ia makan roti manis yang sudah disalut dengan serbuk racun maka lama kelamaan SNAP akan beransur-ansur pening, muntah, mata kabur, pitam dan seterus rebah dikaki DAP dan PKR.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..KALAU LA SNAP BERSAMA2 DALAM BN SUDAH PASTI PARTI2 BN DI SARAWAK AKAN JADI LEBIH MANTAP. TAPI DI SEBABKAN PERSELISIHAN DALAMAN PARTI, KEADAAN TERUS JADI KELAM KABUT DAN TAK TERURUS. MASING2 CUBA NAK MENGATASI SATU SAMA LAIN. AKHIRNYA MEREKA MENGUBURKAN PARTI MEREKA SENDIRI DI SEBABKAN TAK BERSATU PADU..ADOIYAIII MALANGNYA NASIBKUU

Arkib Blog