
Sangat mustahil bagi saya kalau orang Islam Sarawak khususnya kaum Melayu dan Melanau Muslim rela agama Islam diperalatkan oleh orang politik untuk tujuan yang salah dan tidak mungkin Islam Sarawak akan membenarkan budaya seperti solat dalam satu masjid dengan dua imam, berdemonstrasi berbaring diatas jalanraya, membenarkan kawasan dalam masijd dimasuki secara sesuka hati oleh orang bukan Islam seperti yang dibenarkan berlaku oleh PAS di Semenanjung Malaysia.
Sistem demokrasi yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional di negara ini memang membenarkan sesiapa saja untuk menyertai mana-mana pilihanraya yang diadakan namun bagi saya itu tidak bermakna orang Islam di Sarawak juga akan membenarkan PAS dengan sesuka hati "merayakan" Islam dalam pilihanyara DUN Sarawak kali yang ke-10 sehingga boleh membantutkan perkembangan agama Islam di Bumi Kenyalang yang sebelum ini kian subur bercambah dikalangan orang-orang bukan Islam.
PAS memang boleh untuk meletak mana-mana calon yang dikira mereka sesuai dengan kawasan yang diyakini mereka boleh menang tetapi untuk memenanginya dengan mengguna cara seperti menabur fitnah serta serangan peribadi terhadap calon lawan adalah tidak boleh diterima sama sekali kerana budaya seumpama itu merupakan satu kejutan orang-orang Islam tempatan yang boleh membuat para penyokong PAS di Sarawak yang sebelum ini percaya kepada perjuangan PAS untuk Islam berpusing balik untuk menyokong calon daripada Barisan Nasional.
2 ulasan:
blog anak negeri telah berubah wajah...
ouwh..berubah macammana?..dari pro-bn kepada pro-pakatan keh???
Catat Ulasan